Belum pernah dalam sejarah hidup mahupun dunia berlaku keadaan begini. Tidak bermimpi akan melalui saat getir malah realiti lain-lainnya.
Era kemajuan globalisasi dunia tanpa sempadan mencipta suatu kemudahan tekan jari sahaja semua dapat!
Bukan menafi tidakkan kemajuan canggihnya zaman moden ini namun sesetengah individu mengecewakan hak yang sepatutnya digunapakai secara bertanggungjawab, bermoral, berhemah, berkongsi isu-isu yang sepatutnya SELAIN tiada salahnya hendak bersosial pada kadar yang patut-patut aje, bersilaturrahim (itu yang sebaiknya).
-
-
-
Perihal apa ni??
naper bising macam lalat sampah nih...???
" Betul betul betul...." celah seorang pengampu bosnya itu.
Aduhaii manusia manusia... kenapa lagaknya kau begitu?
" takda apa-apa..saje je..owang bukan nampak kite pun...kehkek "
Kalau sakit hati, merana kah, bohsan kah, sedih kah or u chontek sangat kah
silalah promote diri anda di sana harap maklum.
Issh ishh..
Saya bukan sedang permainkan anda. Ini isu semasa sekarang...yang terhangat di pasaran !!!
FACEBOOK
Ya benar....benar... ianya FB...facebook...mukabuku terhangat di alam maya. Berapa ramai di antara kita yang layak ber-facebook...?? ...mana adaaa...tiada batasan apa /... baby kecik pun boleh buka akaun bank FB tau !? Dan saya tak nafikan...saya juga dihasut untuk punyai akaun tersebut dek desakan anak-anak buah, adik kakak abang ipar duai sepapa. Ooooh, apakan daya pada awal asalnya saya juga takjub dan taksub dengannya. Nauzubillah. Hebaaaaat penangan anasir
YaHuDi ini !!!!
Malah saya juga telah temui semula sahabat2 lama, rakan taulan yang tinggal berjauhan apalagi yang sangat sudah lama tidak berjumpa. Bertemu di sana bagaikan perjumpaan meeting di ofis...memang hot, manis, indah, seronok....
Dah tu apa jadi pada saya...?? sudah hancus kah akaunnya ??
Oooh...tidaklahh..saya masih kekalkan akaun saya
namun sesekali saya cuba tunjukkan kelibat diri dengan mengongsi isu-isu munasabah yang berkaitan dengan kami rakan-rakan sahabat handai.
Itu wajar saya kira.
Andai saya berpatah arang berkerat rotan, agaknya mungkin saya akan mengecewakan mereka semua.
Saya anggap ini satu tanggungjawab juga.
Kesimpulan
Keputusannya..
*BEWARE*
:)
Seperkara lagi Janganlah biarkan DOSA bersarang di dalam FACEBOOK
1. Mendedahkan Keaiban Suami ATAU Isteri
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik Facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan pada ruang status mereka. Mendesak suami/ isteri juga melalui status Facebook. Kemudian, status tersebut mendapat pelbagai komentar daripada rakan-rakan dan kenalan.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai pakar dalam bidang rumahtangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain bagi melepaskan beban yang ditanggung. Ada kalanya tindakan tersebut mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula bertujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu sekadar melepaskan tekanan dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya bercerita perihal rumah tangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui Facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini mempunyai autoriti seperti ibu bapa, mentua dan adik-beradik yang boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Mereka boleh juga dikongsi dengan pihak ketiga seperti kadi, mufti, ilmuan sama ada ustaz, ustazah ataupun kaunselor rumahtangga.
Terdapat sebahagian maklumat tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat "membaca" dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang "perang dingin" dengan pasangannya, suami sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, pasangan bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya.
Ingatlah semua, rumah tangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui Facebook.
Ber-amanah lah. Berikan suami/ isteri password Facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Pasangan juga boleh menyemak dan membuang (delete) mana-mana status yang dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar.
2. Terlebih Gambar
Ramai dalam kalangan wanita hari ini sudah mempunyai Facebook. Mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan pujian terhadap kecantikannya. Oleh sebab itu, semakin ramai wanita yang memuat naik gambar mereka, sama ada gambar jarak dekat, sangat dekat (sehingga memenuhi kotak gambar) atau jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan menayangkan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih membahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiaannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat "lamaran" nafsu.
Lebih pelik, tuan punya Facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen yang kurang beretika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating atau berkahwin walaupun telah bersuami).tersebut pada ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Mereka terus bercanda melalui ruangan komentar - si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami - atas tiket kawan lama, rakan sepejabat dan sebagainya, namun hal tersebut dibiarkan sahaja. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap dosa dan salah di sisi Islam kerana perbuatan tersebut termasuk dalam kategori larangan Allah :-
" Janganlah kamu menghampiri zina ".
3. Penyamaran
Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi "friend" dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi "friend" seorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi memudahkan mengakses mereka mula menyamar menjadi wanita. Dengan cara ini lelaki berjaya menjadi kenalan dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa-apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya berasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis senarai "friend" sebaiknya, rupa-rupanya masih terdedah gambarnya kepada orang yang tidak sepatutnya. Oleh sebab itu, walaupun anda hanya membenarkan "friend" untuk menatap gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4. Muat Turun Gambar untuk Simpanan dan Tatapan
Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang "bersepah" di Facebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah dengan rupa yang menurut pandangan ramai sebagai cantik dan menawan, sedar dan berhati-hatilah. Golongan sebegini amat perlu lebih waspada daripada yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan "dosa". Nasihat saya, simpan sahaja gambar-gambar cantik molek yang dimiliki, cukuplah ia buat tatapan suami. Tidak cukupkah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali diri? Tidak perlulah begitu tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di syurga nanti. Sedarlah, kecantikan itu mungkin menjadikan sebuah rumah tangga hancur, menerbitkan kecemburuan wanita lain kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh cantik wanita di Facebook dengan isterinya. Jika ini berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosanya.
5. Tagging Gambar Tanpa Izin dan Gambar Silam yang Membuka Aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini.
Ini kerana, terdapat trend menyebarkan gambar-gambar lama dan kemudian meletakkan tagging kepada individu dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang ditag,akan muncul dan boleh dilihat oleh semua "friend" dan rakan kepada "friend".
Ini boleh menjadi satu dosa kerana :
a). Sebahagian individu dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat.
Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b). Individu terbabit berada di dalam rumah bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana berada di dalam rumah sendiri atau dalam keadaan candid.
Tetapi akibat ketidakprihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat, gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang ditanda (tag) boleh dengan segera membuang tag itu. Hasilnya walaupun gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik Facebook tidak sedar mereka boleh untagged nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berdosa dalam Islam.
c). Gambar mengaibkan orang lain.
Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat tetapi dalam situasi yang mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia berada dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi yang mengaibkan. Tambahan pula dia kini merupakan seorang yang terhormat dan mempunyai kedudukan baik di mata masyarakat. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemarkan nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung dalam khalayak ramai, sama ada sengaja ataupun tidak. Semua perlu sedar anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda tetapi bukan gambar orang lain. Keizinan perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk Diri Sendiri dan Kebaikan
Terdapat juga sebahagian wanita yang berpenampilan cukup solehah, berpakaian "
exra caution" dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun setelah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan
makeup cukup jelas menghiasi wajah, baju berkerlipan warnanya, fabrik yang tebal dahulu sudah menjadi nipis, adakalanya tidak sempurna. Alasannya, seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan jenis yang cermat untuk menegur/ menasihat.
Lebih menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian
extra caution lagi sopan di Facebook yang disiarkan oleh rakan-rakan lama, tuan punya badan kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung/ tidak langsung. Lahirlah kata-kata, "
zaman aku exstrem ", "
zaman solehah " , "
waktu innocent ", " zaman-zaman suci " , " itu zaman kuno dulu ",
"itu masa duduk bawah tempurung " , dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri apabila melabelkan zaman dahulu sebagai
" zaman solehah ", adakah dia mengaku kini tidak lagi solehah ? Kini tidak lagi suci ?
Dia juga sekaligus seolah-olah mengutuk cara pemakaiannya yang sopan dahulu.
Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan solehah dahulu, janganlah sampai mengutuknya kini kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik dan seolah-olah mendahulukan yang kurang baik.
Facebook boleh menjadi sumber pahala jika digunakan dengan betul, malah boleh menjadi penyebab azab jika digunakan tanpa ilmu dan batasan. Berhati-hatilah dan berpada-padalah wahai pemilik Facebook
Niat untuk mendekatkan Ukhuwah antara rakan lama, sekolah dan lain-lain tidak sama sekali boleh menghalalkan aktiviti bersembang mesra, gurau senda antara suami dan isteri orang serta antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kemudharatan dan keruntuhan rumah tangga. Janganlah lagi mempermainkan nama Ukhuwah untuk berbuat dosa.
Ukhuwah itu hanya terhad kepada sesuatu yang membawa kepada ingatkan Allah, mengajak ke arah kebaikan dan menjauhkan kemungkaran. Lihatlah surah Al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwah dalam kalangan Mukmin.
Dipetik dari :
-
Sumber : Muamalat