KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Mei 11, 2012

Kita Berkata " Biarlah Rahsia..., namun.

Acapkali kita berfikir. Dan kita berkata-kata pun setelah kita berfikir dahulu. Wajar menyusun dahulu kalimah kata sebelum dilontar menjadi sepotong ayat yang manis enak didengari pendengar dikasihi. Samalah jua jikalau melontarkan kata-kata melalui tulisan pena maupun 'keyboard' komputer/laptop zaman global kini.

"Berfikir dahulu sebelum berkata-kata. atau sebelum berbuat sebarang keputusan wajarlah renung-renungkan, nilai dahulu pro atau kontra, positif dan negatif hasilnya kemudian. Andaikan anda di tempat orang lain sudah tentu anda suka untuk mendengar kata-kata yang membina semangat jati diri anda. Begitulah lebih kurangnya. Jikalau sebaliknya, itulah akan terbit timbulnya Bahaya Lisan.

==================================================



==================================================

BAHAYA LISAN

Ketahuilah bahawa bahaya lisan (lidah) itu amat besar sekali dan samasekali tidak ada suatu hal yang dapat menyelamatkannya, melainkan berkata-kata dengan yang baik.

"Belum dinamakan lurus keimanan seseorang itu sehingga lurus pula hatinya dan belum juga dinamakan lurus hatinya itu sehingga luruslah lisannya dan tidak akan dapat masuk syurga seseorang yang tetangganya itu belum dapat merasa aman dari kejahatan-kejahatannya"

-sabda, Nabi SAW Diriwayat Ibnu Abiddunya & Kharaithi








 Bahaya Lisan ada 20 hal iaitu:

1. BERKATA YANG TIDAK BERGUNA

2. BERLEBIH-LEBIHAN DALAM BERKATA

3. BERCAKAP-CAKAP DALAM KEBATHILAN
    maksudnya, mempercakapkan berbagai kemaksiatan spt. hal-ehwal wanita, kecabulan,                     cakap-cakap kosong, duduk-duduk di tempat peminum arak, tempat-tempat kefasikan.

4. BERBANTAH DAN BERTENGKAR LIDAH

    sabda Nabi SAW : " Janganlah engkau mengucapkan bantahan kepada saudara-mu, jangan pula mengajaknya bersenda gurau dan jangan pula engkau berjanji memenuhi suatu perjanjian, kemudian engkau menyalahinya." 
Riwayat Tirmidzi

Bilal bin Sa'ad : "Jikalau pada suatu ketika engkau melihat seseorang yang banyak cakap, suka berbantah dan lagi merasa bangga dengan pendapatnya sendiri, maka sudah sempurnalah kerugiannya."


Huraian mengenai cela suka berbantah-bantahan ini amat banyak sekali.

Apakah yang dimaksudkan dengan berbantah-bantahan yang terlarang itu?

Iaitu, semua sanggahan kepada pembicaraan orang lain dengan tujuan hendak memperlihatkan kesalahan, kekurangan atau ketidak tahuan orang itu menganggapnya seolah-olah bodoh dan ia lebih tahu atau pintar.

Ini adakalanya berhubungan dengan ucapannya, adakalanya isi yang dibicarakannya dan adakalanya lagi mengenai tujuan dari pembicaraan itu. Menghindarkan diri dari berbantah-bantahan ialah dengan jalan tidak menyanggah atau melawannya. 

Oleh sebab itu, semua perkataan yang engkau dengar, sekiranya memang benar menurut perasaanmu, baiklah dipercaya dan sekiranya kau anggap salah, bathil ataupun ia berdusta baiklah engkau berdiam diri saja, asalkan tidak berhubung soal kehormatan agama. Inilah cara yang sebaik-baiknya.

Apakah yang wajib kita lakukan?

Jikalau ada suatu perbantahan terjadi dan yang dipercakapkan itu persoalan ilmiah, baiklah dikala itu berdiam diri saja sambil merenungkan hujah / alasan di pihak masing-masing.
Jadi, samasekali kita tidak perlu mencampurinya, tetapi sementara itu kita dapat menyaring dan meneliti mana yang benar dan mana pula yang salah. Jikalau kita perlu bertanya dalam suatu hal yang tidak kita faham/mengerti, baiklah itu dilakukan, tetapi sifatnya janganlah dengan nada membantah, menyanggah atau lebih-lebih lagi menyalahkan pendapat orang yang kita tanyai itu.

 5. PERMUSUHAN

 6. MEMBUAT-BUAT KEINDAHAN KATA-KATA

 7. BERKATA KOTOR MEMAKI-MAKI SERTA UCAPAN YANG RENDAH

 8. MELAKNAT

 9. BERNYANYI DAN BERSAJAK (BERSYAIR)

10. BERSENDA GURAU
senda gurau yang tercela dan terlarang menurut agama ialah yang dilakukan secara terus menerus serta yang melampaui batas. 

sabda Nabi SAW: " Sayapun suka juga bersenda gurau, tetapi saya tidak akan mengucapkan melainkan yang haq" 
riwayat Thabrani dan Khatib

11. PENGHINAAN DAN EJEKAN

12. MENYIAR-NYIARKAN RAHSIA

13. JANJI DUSTA

14. BERDUSTA DALAM KATA DAN SUMPAH

15. GHIBAH (MENGUMPAT)

16. MENGADU DOMBA

..." Jangan kau ikuti orang yang suka mencela serta berjalan (kesana kemari) menyebarkan fitnah"
surah Qalam 11


17. UCAPAN ORANG YANG BERMUKA DUA

18. MEMUJI
dalam beberapa keadaan adalah terlarang. 
Bagaimana sebaiknya sikap orang yang menerima pujian itu ?

Orang yang menerima pujian, janganlah menjadi lupa sebab pujian itu. Sebaliknya hendaklah ia terus menjaga dirinya, terutama dari bahaya congkak, merasa megah dan bangga pada diri sendiri dan jangan sampai lupa meneliti keburukan diri sendiri. 


19. KESALAHAN-KESALAHAN DALAM PEMBICARAAN YANG PELIK-PELIK

20. BERBAGAI MASALAH YANG PELIK TENTANG LISAN

========================================================================
saya berkongsi ilmu Bahaya Lisan ini yang saya rujuk dan dikupas yang mana termampu saya lakukan kerana huraian asalnya sangat mendalam dan panjang lebar. Moga perkongsian ini membawa makna dan manfaat semua. Salam Jumaat semua. Mohon keberkatan dari-Nya, amin.
========================================================================

Tiada ulasan:



NetOops protected image