KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Memaparkan catatan dengan label Cause we are Human. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cause we are Human. Papar semua catatan

November 09, 2014

Aku menulis kerana aku ada ..sesuatu untukmu..teman.


Bismillahirrahmannirrahim.

Allahumma salli a'la sayyidina Muhammad wa'ala Ali sayyidina Muhammad.

Assalamualaikum pembaca budiman .

Bukan sengaja blog ini dibiar sepi . Bukan sengaja menghilang diri tanpa khabaran berita .
Mencipta, merakam kisah kehidupan bukan mudah . Apalagi ianya  berkisar tentang perjalanan hidup sendiri . Adakah..insan yang mau membaca kisah-kisah hidup peribadi orang lain. di sini ?
Andai kisah itu berkisar tentang bagaimana menjadi cantik. jelita. putih mulus itu. mungkin ada yang mau membaca .... 


:-(

:-(


Kelu lidah fikiran  hendak berkata-kata melalui mata pena keyboard ini . Kerana saban tahun ini sahaja pelbagai musibah terjadi dalam kehidupan saya . Kehidupan saya meliputi kaum keluarga seluruhnya. 
Allah menguji hati kami. Allah menguji keikhlasan kami. Allah menguji ukhuwah kami. Allah menguji kesabaran kami menghadapi kesakitan. Allah menguji kesetiaan kami antara satu dengan yang lain. Allah menguji sikap kami terhadap ujian-ujianNYA. Dan yang paling kemuncak adalah Allah menguji kami dengan kematian salah seorang ahli keluarga kami. Allah memilih insan terbaik. Insan yang paling bertolak-ansur dalam kehidupan. Insan yang paling menjaga tali silaturrahim. Insan yang tidak mengeluh dengan segala anugerahNYA kepadanya. Insan yang paling mudah tersenyum walaupun duka datang menyapa. Insan yang paling dibangga dalam ahli keluarga dengan kejayaannya yang cemerlang. Insan yang sangat penyantun dan  berakhlak mulia. Insan yang paling penyabar dalam seramai-ramai ahli keluarga kami. Insan yang paling mulia dengan manusia dan Penciptanya. . . . .Allah . . .Allah . Allah . Bahkan saat beliau menghadapi kemuncak kesakitannya  masih lagi beliau memikirkan makan dan minum ahli keluarga seluruhnya . Ya Rabbi ..


-

-

-


Masa kecil kita teringat nak masuk syurga itu mudah .
Cukuplah dengan berbuat baik kepada manusia . solat jangan tinggal . 
Ibarat , semudah belajar ambil wudhu' , semudah hari-hari pergi ke sekolah , semudah makan Ibu siapkan , semudah bercakap perkara-perkara baik , semudah solat pabila disuruh Ibu, semudah tolong Ibu memberi hidangan kepada jiran , semudah memakai baju yang bersih dan sedap dipandang ..dan macam-macam berupa kebaikan .

Perbuatan yang baik-baik itu kononnya sudah sempurna cukupnya untuk masuk ke syurga idaman . Itulah anggapan naluri zaman kanak-kanak dahulu .

Betapa sayangnya Allah kepada kita semua . Memberi peluang dan waktu berfikir . Matang . Membesar . Mencari seberapa banyak ilmu selama di dunia . Dari masa ke semasa cara kita menilai syurga ITU semakin dalam . Semakin sukar, ya ..semakin besar halangan..semakin mencabar Iman di dada . semakin terluka di jantung hati . semakin merana jasad dan rohani ..semakin berat pondak di belakang..Ya Allah!! ..bukan senang .

Meraih syurga sejujurnya amat mahal untuk dimiliki setiap mukmin pilihan . Beruntungnya bagi orang-orang terpilih . Yang berjaya mengatasi halangan ujian Allah di dunia.. menuju kematian husnul khatimah.. dibangkit di mahsyar untuk timbangan menuju akhirat ..samada selamat ke syurga ataukah celaka ke neraka..nauzubillah himinzaaliq.


***

Kata ustaz, mahsyar ini lamanya sampai kita hari ini tidak mampu fikir berapa lamakah kita akan berada di alam mahsyar . 
Para sahabat Rasulullah saw bertanya, mahsyar di mana?

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ini di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung-ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. 
Ini terjadi pabila malaikat Israfil meniup sangkakala pada pertama kali.
Kali kedua ditiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga .
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita ??

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as. sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.

-Rujuk surah Yassin ayat 52-54

Ditambah dengan binatang, tidak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari itu . Saidatina Aisyah ra. pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita .
Lalu dijawab Rasulullah saw dengan memetik ayat Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri .

-Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37)

" setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya " 


Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.

Apabila sampai di mahsyar, perbicaraan tidak berjalan lagi . Penantian entah berapa lama .
Lalu keseluruhan umat manusia pergi kepada Nabi Adam as. hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab .

Jawab Nabi Adam as. dia tidak dapat memberi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa .
Pergilah seluruh umat manusia kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh as, Musa as, Isa as, dan Ibrahim as. tetapi nabi-nabi ini hanya berdoa keselamatan masing-masing. 

Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab .

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada manusia yang sudah meminta pada Allah swt agar awal-awal disegerakan masuk ke neraka kerana tidak tertahan lamanya berdiri di mahsyar .
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja kerana padatnya manusia pada hari itu .

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash .
Ketika itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab itu . Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tidak menjamin kita ke syurga . 

Kemudian, Allah swt panggil seorang demi seorang untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt menyuruh kita membaca semua amalan yang tercatat di dalam buku kita disaksikan seluruh umat manusia. Tiada satu pun yang tertinggal.

Setelah selesai dibaca, Allah swt akan tanya kita 3 soalan.

1. Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid

2. tak ingat

3. Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. 



Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita Ia melebihi dosa kita .
Ianya seolah sedikit lagi kita ke syurga, tetapi di akhir penelitian...Allah swt menanya semua manusia siapa yang mengenali kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka .

Antara yang mula-mula bangun adalah anak, isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan sebagainya.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa diberi kepada mereka.
Jika pahala sudah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan menanggung dosa anak-anak dan isteri ). 

Diingatkan kita. sebagai perempuan. jagalah diri kita . Kerana. apa yang kita buat tak menjejaskan diri kita seorang sahaja, tetapi  kesannya akan menjejaskan orang-orang yang kita sayang. 
Ayah kita , abang, adik-adik lelaki kita , suami kita . ..

Peliharalah aurat. Jagailah maruah . Jagailah akhlak . Jagailah agama kita .

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. 
Kata ustaz, hidup di dunia jangan kita mengejar populariti, mau terkenal. takut tak tertanggung kesannya di akhirat nanti . 
Jagailah amanah dan kejujuran kita...kerana ianya akan membantu bila di sana nanti ...

Benar.
Nak masuk syurga bukan senang ..











Januari 10, 2013

KERANA KITA MANUSIA BIASA.

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia.

Celoteh saya tidak bermakna andai tiada pembaca yang sudi klik ke sini. Membaca sambil merenung maksud patah kata yang ditulis ini, . . . mungkin maksud kata (ayat) saya tidak tepat, maka sukar difahami semua. Jadi mula ditelaah dengan pelbagai maksud / istilah.

Saya suka berfikir dunia dalaman (kehidupan saya). Berfikir dan menafsir apa kan jadi kalau begitu...atau kalau begini apa pula impak yang akan berlaku. Namun, seronok berkongsi idea, pengalaman, dan memori di sini. Anda tidak mengenali saya, dan saya juga tidak mengenali pembaca saya. Kan seronok begitu,,, >Mysterious< 

Yang penting anda mengenali tulisan saya. . .itulah kepuasan pada diri ini. Kenal atau tidak itu soal kedua atau terakhir. Yang penting kita berkongsi. Anda seronok membaca dan saya dapat keseronokan dan kepuasan (bukan lagi maksimum). Tiada apa-apa yang saya mahu. Biar hanya saya dan Allah yang tahu, itu sudah cukup bagi diri saya, alhamdulillah, terima kasih! :-)

Dua bulan lepas, sempat saya menyinggah ke Popular. . .mencari buku untuk dibaca bagi mengisi minda ini yang agak kosong baru-baru ini. <Speechless> kan sejak dua menjak yang lalu. . . 

"CENDOL PULUT santan lebih" - ABD JALIL ALI  , takdir Allah pertemukan saya dengan buku bacaan spontan dan sempoi ini. 

minta keizinan, saya cedok sepatah sepuluh ayat dari mukabuku penulis, iaitu:-


" boleh manis, asalkan tidak terlebih manis. Banyak manis akhirnya menangis. "


maaf, tak dapat nak share lebih-lebih sebab ini buku baru jugak ler. Nak tahu detail terpaksa beli laaa,


OK

OK

Setakat ini saya seronok dengan al-kisah " Kalaulah Wanita Mogok Raya " , he he..saya gelak seorangan!!
Memang menjadi. . . .  menjadiii!!





Selamat minum petang. . .
Selamat petang khamis, esok Jumaat. . .
Jangan abai, maniskan senyumanmu!

Januari 07, 2013

Para - Para. . . separa normal kehidupan,,

: : Perspektif : :

Assalamualaikum. 

Hidup bernama kehidupan apabila berprinsip dalam hidup. Hidup perlu ada prinsip dan berpegang kepada perspektif agar hidup ada nilai untuk diri sendiri dan untuk manusia sekeliling diri kita juga! Jangan sekali-kali tamak, pentingkan diri sendiri untuk mencapai suatu nilaian bahagia, kepuasan hidup, wang, atau harga sebuah kesihatan, ihsan, kekeluargaan dan sebagainya.

Saya juga belajar dari pengalaman hidup. Merantau, merasa hidup di tempat orang. Lain tempat lain gaya pembawaan diri. Sungguh! Bukan mudah membawa diri dan keluarga di tempat / negeri orang. Diri dan keluarga membawa nama "negeri", secara manual dan automatic .

Pemikiran dan gaya berfikir 'perlu setiap hari, di-refresh, di-backup, agar input dan output dapat di-manage tanpa tersekat atau di-hang oleh virus kehidupan sejagat. 

Betul cakap aku kau ! 
Cuba kau pikir balik. . . ada tak . . .ada tak..??  



. . . .jawab ajo . . . . tak marghoh eshhh . . . .




 



November 02, 2012

Kau Di Dalam EMOSI vs RASIONAL

Harus ' bagaimanakah' mengekang perasaan agar tidak berlebih-lebihan dalam setiap perkataan?
Sedangkan hati melonjak-lonjak, berkobar-kobar untuk menyatakan isihati yang tersimpan terkunci kemas di dalamnya. . . . . . .

Hari yang dilalui bersama rutin setiap hari. Ibarat, dari hari ke sehari, dari seminggu ke minggu sesudah itu, dari bulan hingga berganti ke bulan lainnya, dari tahun ke setahun berikutnya. . .,
Anak-anak. . . dari saat, detik, saban hari saban tahun, terasa cepatnya tempoh tumbesaran mereka!

Tidak . . . bukan mengeluh bukan juga merengus. Dalam mendidik anak-anak perlu ada keikhlasan. 'Wajib'. Ikhlas tu datang dari hati, bukan ada niat, tujuan untuk menunjuk. .  tunjuk bagus kepada umum. Konon, menjaga sahsiah diri di depan khalayak bermaksud 'control bagos ' / 'menunjuk baik' / ' manusia plastik' / ' baik diluar dalam busuk' / dan berbagai istilah seangkatan dengannya. Menjaga sahsiah diri memang wajib. Praktikal di dalam rumah akan automatic semulajadi pabila diri di depan khalayak umum. Ingat! menjaga sahsiah atau akhlak itu dituntut dalam agama. Moral muda-mudi kian luntur dek budaya  "ada aku kisah"??!






Bagaimana. . . . . .

"PENDEKATAN EMOSI"

Contoh:
Kerapkali dalam hidup ini, sesuatu keputusan dibuat berdasarkan emosi bukannya rasional. 

Misalannya, kita perlukan sebuah kereta, rasionalnya supaya memudahkan pergerakan, lebih selamat berbanding motosikal, tidak ditimpa panas dan hujan. Jika begitu, membeli kereta Kancil / Proton Saga sudah memadai dan memenuhi rasionaliti. 
Tetapi, kenapa apabila seseorang itu berduit mereka membeli kereta berjenama ? [ Toyota vs Honda ]
Sebab mahukan keselesaan dan keselamatan, kata mereka. 

Jika begitu, kenapa pula membeli kereta berjenama BMW vs Mercedes ? . . . .supaya lebih lagi selesa dan selamat ?

Bagaimana pula dengan memiliki kereta Ferrari vs Porsche ? . . . Jawapannya adalah kerana "keputusan nafsu"  bukan  kerana "rasional" .

Keputusan emosi ini bukan sahaja dalam soal memiliki kereta tetapi ia mencakupi semua aspek kehidupan kita. Sebab itulah, apabila kita menggunakan pendekatan emosi dalam mendidik / memotivasikan anak-anak, maka mereka lebih mudah membuat keputusan untuk berubah.

[dipetik dari sumber bacaan]

Anak-anak lebih bertindak balas kepada emosi kita dan bukannya kata-kata kita. Malah setiap peristiwa yang berlaku jika disertai dengan kekuatan emosi dapat membuatkan ia tertanam di minda dan terpahat di hati bagi satu tempoh yang panjang. 

Cuba imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Apakah kenangan ataupun peristiwa antara kita dan ibubapa yang tidak dapat dilupakan hingga sekarang. Kenapa peristiwa itu lebih diingati berbanding peristiwa lain ? 
Mungkin sebabnya, peristiwa itu begitu menyentuh perasaan, menyedihkan, menakutkan, menggembirakan. . . . .

Kekuatan emosi yang wujud waktu itu membuatkan peristiwa itu kekal dalam ingatan.. . . .

Benarkan ??
Apa kata kita sama-sama praktikkan. :-)




Oktober 04, 2012

WALAU APAPUN, tersenyumlah...

Assalamualaikum. . . . 

Bulan ni. . . .bukan, bulan lepass 'september'. Dan hari ini Oktober, saya masih 'speechless'.. . .. .
Tiada ucapan. Tiada mesej. Tiada teks. Tiada catatan.. . .tiada. . .tiada. . .tiada..

. . . .tiada sebab menjadi penyebab yang menyebabkan diri beralasan tiada sebab, .

: :   BENAR   : :

' Hakikat Diri Seorang Manusia '


: :   NAMUN   : :


Duhai Hati.. .


 


Januari 27, 2012

BAIK - BAIKK JAGA TUTURKATA

Pernah tak anda berasa tersangatlah seronoknya hari ini disebabkan anda telah melakukan sesuatu perkara yang baik atau bermakna,, senang cakap anda telah menolong seseorang pada hari tersebut...

Percaya tidak..setiap kebaikan yang kita buat dan secara tidak langsung ianya juga memberi impak yang positif kepada insan lain. Sudah tentu orang itu dapat impak yang baik sebab aku tolong kau kan?? hehe.. Kadang-kadang ada juga insan yang berat tulang berkata, "alah...susah la kalau selalu tolong orang ", ATAU " huh! nak tunjuk dia baik la tu!!    -*mode: hurmmmm-
Kalau tak dapat tolong dari segi tenaga fizikal dan material sekalipun cukuplah sekadar memberi bantuan senyuman...senyum.... senyumm sikitt.... Itupun dah cukup. Dah boleh meringankan hati yang memandang wajah-wajah yang berkenaan.




 IKHLAS
" Saya tolong awak dengan ikhlas ni..., Mana nak tahu dia ikhlas ke tidak,,, mungkin ada udang di sebalik mee yang sedap tu! Manalah tahu. Hanya Allah saja yang dapat tentukan manusia ni, tu, ikhlas ke tidak?! Sepatut  dapat pahala akhirnya 0-0. Bukan 0-0 tak ada dosa. Mungkin sudah jadi titik-titik dosa yang tidak kelihatan.

Baiklah. Soal ikhlas kita tolak ke tepi kerana semasa saya berbuat sesuatu pertolongan itu selalunya saya sertakan bersama (bukan borang iye) dalam hati ini NIAT bahawa aku berbuat demikian (buat baik) adalah kerana Allah s.w.t. dan jikalau aku tidak mendapati sebarang imbuhan berupa material, tidaklah mengapa kerana aku buat tu untuk kebajikan akhirat aku. (hurmm baiknya aku...mana nak carik ni..hehe)

Tapi jangan pula ambil kesempatan pulak dah mentang-mentang hati ni baik. Kan kita ni namanya pun manusia bukan selalunya tetap baik ikut orang buat apa kat kita kan...??  Senang cakap bukan malaikat.

Suatu pengalaman saya. Kan saya ni busy, seorang housewife selalu sibuk dengan kehidupan seharian di rumah juga di luar rumah. Pendekkan cerita, suatu hari seorang parent minta tolong saya mengambil dan menghantar anaknya yang berusia 5 tahun ke sekolah selama 2 bulan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mulanya keberatan juga sebab anak saya pun kadang-kadang terbabas..terlambat ...kan budak 6 tahun faham ajelaaa. Ok ringkas. Hari ni saya terlambat 10 minit. Sepatut 7.30am tengok-tengok dah 7.40am tiba depan rumah adik 5 tahun itu. Sesampai aje depan rumah adik tu, dah nampak neneknya dan adik siap tunggu dengan wajah keboringan. Alhamdulillah..aku dah sampai ni. Kata hati aku. Tapi tiba-tiba si adik tu cakap " BODOH!!! " sambil terkumat-kamit mulut comelnya membebel entah apa-apa sambil matanya renung tajam muka aku seolah-olah nak makan telan aku iniiih!!  Oppss...dalam hati saya berkata..ehh2 (ulang balik ayat tu adikkk!!??) Neneknya malu tak terkata.

Pembaca sekalian boleh bayangkan tak bagaimana perasaan  nenek tu terhadap cucunya itu??? Ha ha ha. Saya??? saBar ajelahhhh! *Budak. Namun ada sesuatu yang saya nak share dengan anda tentang anak. Kenapa seorang anak jadik camtu? Kenapa bila sesuatu yang tak memuaskan hatinya terus keluar ayat tak sepatutnya? Siapa ajar? Aissh...mana ada parent ajar anak macam tuh kan?? Kau ada?? Cakap benar....jangan bohong...hehehehe.

.." Setiap detik seseorang anak berada bersama seorang dewasa,
anak itu berhak untuk mendapatkan ilmu.
Dan orang dewasa itu bertanggungjawab 
mengajar anak itu ilmu dan akhlak..."

Ini beerti, setiap situasi akan dimanfaatkan dalam mencetuskan 7 jenis sifat pada anak itu:-

 - Rasa syukur, mesra dan ceria kerana mendapat ilmu

-  Rasa mesra dan senang dengan orang yang mengajarnya ilmu

- Bina bahasa yang baik dengan perbendaharaan kata halus dan luas

- Cenderung terhadap yang indah, tepat dan benar

- Cenderung terhadap sesuatu yang menambahkan ilmunya

- Minat meneroka, bertanya dan mencuba

 - Kesemua ini membuat anak itu menjadi orang yang baik


Dengan terbinanya 7 sifat ini, anak itu berpeluang membesar dengan keperibadian yang memudahkan ia menjadi manusia yang senang dengan ilmu, faham hal-hal yang maarof, dan suka melakukan kebaikan.


Keperibadian ini amat selaras dengan anjuran Imam Ghazalie:-
 Bahawasanya dari detik seseorang bangun dari tidur hingga detik  ia tidur kembali, ia harus lakukan tiga perkara:-

1) Melakukan Ibadah
2) Menuntut Ilmu
3) Membuat Kebajikan

Salam JUmaat & Selamat Beramal... :)




April 07, 2011

SIAPAPUN MANAKAN DAPAT LARI DARI BERPERASAAN

Perasaan...

Menjaga Perasaan

Baik diriku,

kamu,

dia,

teman,

atau

siapa-siapa pun pasti ada perasaan.




Perasaan itu datang dari HATI.

jiwa menjadi Beremosi,

Rohani,

spiritual berteraskan keIMANan menyelamatkan gangguan perasaan.

Terkadang wajar andai berperasaan. . .

sebaliknya perasaan juga boleh memudaratkan ROH diri.

Perasaan sinonim teman kamcing wanita...

Tanda goyah "IMAN", maka. . .

bergoncanglah HATI dan perasaan was-was, apalagi

berprasangka,

mainan Iblis Laknatullah.. . . .

LALU
bergembiralah Iblis dan Syaitan tanda berjaya menipu, memperdaya MANUSIA itu!



Kata Orang:

Janganlah terlalu mengekang perasaan. Mengekang perasaan akan menyebabkan jiwa terganggu dan akan menghalangi munculnya perasaan bahagia. Jangan sembunyikan perasaan anda. Ungkapkan semua perasaan anda dengan cara yang sesuai, kerana cara yang sesuai akan membebaskan jiwa anda dari tekanan yang menghimpit.

Andai semua perasaan dilepaskan tanpa ada sedikit niat untuk bermuhasabah dengan apa yang berlaku, maka perasaan itu akan datang dan datang lagi kerana sememangnyalah mainan yang bersumber dari bisikan syaitan dan iblis.

Soalnya bagaimana....bagaimanakah cara menghalanginya dari terus menguasai diri yang terkadang lemah jua itu...

Allah SWT memerintahkan kita berlindung diri dari syaitan yang direjam dengan selalu membaca Al-Quran. Sesungguhnya keburukan itu boleh jadi bersumber dari hawa nafsu atau dari syaitan. Walhal, adakah kita sedari nafsu manusia itu terkadang malah selalunya dikuasai oleh syaitan..kesebatian nafsu dan syaitan dalam tubuh badan manusia amat bergantung berat pada amalan/cara/iman/sahsiah manusia itu sendiri. Allahu akbar. Sungguh hebat ujian Mu Ya Allah.

Saya teringat kata-kata ini:

Jalan yang biasanya dilalui manusia itu ada empat dan tidak lebih. Terkadang manusia berjalan di sebelah kanan, terkadang di sebelah kiri, terkadang berjalan di depan, dan terkadang di belakang. Jalan manapun yang ia lalui di antara keempat jalan tersebut, pasti ia mendapati syaitan berada di atasnya dan mengintipnya.

Jika ia melalui jalan tersebut dengan taat kepada Allah SWT, ia mendapati syaitan berada di atasnya dengan tujuan melemahkannya, memutusnya dari ketaatannya, atau menghalanginya dan membuatnya MALAS.

Jika ia melaluinya dengan bermaksiat, ia mendapati syaitan berada di atasnya dengan mengusungnya, mengabdi kepadanya, membantunya, dan memberi harapan kepadanya. Jika syaitan sepakat dengannya untuk turun ke tempat yang paling bawah, pasti ia akan datang dari sana.

Syaitan membuat dunia indah di mata manusia, kemudian mereka lebih mementingkan dunia, dan syaitan mengajak mereka mendustakan akhirat dan berpaling daripadanya.
Al-Kalbi berkata: " Syaitan-syaitan membuat indah urusan akhirat di depan mereka, bahawa tidak ada syurga, atau neraka, atau hari kebangkitan. Mereka juga membuat indah urusan dunia YAKNI kesesatan yang ada pada mereka."

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka. Janji syaitan ialah apa yang sampai pada HATI manusia ; bahwa mereka akan berumur panjang, bahwa anda akan mendapatkan kenikmatan dunia, bahwa anda akan lebih hebat daripada sahabat-sahabat anda, bahwa anda akan mampu mengalahkan lawan-lawan anda, bahwa dunia itu berputar sekali waktu menjadi milik anda dan pada waktu yang lain menjadi milik orang lain.

Angan-angan orang tersebut panjang sekali. Syaitan menjanjikan kebaikan untuknya atas syiriknya dan kemaksiatannya. Ia memberikannya angan-angan dusta dalam berbagai bentuk. Perbezaan antara pemberian janji dan angan-angan oleh syaitan, yakni bahawa ia menjanjikan kebaikan dan membuatnya menginginkan (berangan-angan) kemustahilan. Jiwa yang hina yang tidak ada harganya pasti termakan oleh janji dan angan-angan syaitan.






[ Saya percaya  ]

InsyaAllah,,,

ilmu,

iman,

amal,

dan taqwa ;

akan dapat mengatasi segala keburukan, kelemahan diri.
Manusia tiada yang sempurna dari segi akal dan perbuatan zahir bathin.
Allah itu Maha Pengasih, Penyayang, Maha Pengampun lagi Maha Adil dan Bijaksana. 

Berlindung,
  
berharap, 

berdoa,
dan

berserah
diri,

kepada Allah SWT sahaja 
 merupakan jalan yang TIDAK akan sesekali membawa mudharat, walau ke mana pun manusia itu ditakdirkan hidup di atas muka bumi ini. 

Alhamdulillah,

InsyaAllah.
Harapan saya teman-teman yang membaca ini juga mendapat barakah dan perlindungan Allah. 

Aamiin.


NetOops protected image