KALAM HIKMAH
Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.
Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.
Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.
Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.
Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.
Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.
Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.
Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.
Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.
Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.
Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.
Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.
KATA MOTIVASI
Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.
Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.
Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.
Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.
Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.
Anak-anakku,
Bukan semudah menyebut A,B atau C untuk mendidik kalian,
Dan bukan juga semudah mengira satu, dua dan tiga untuk memastikan kalian bijak berfikir dan berakhlak di masa hadapan. Bukan . bukan mudah. . .
Seawal ibu diijabkabulkan sedari itu ibu berusaha mencukupkan ilmu di dada. Ibu berusaha mencedok seberapa banyak ilmu yang termampu agar ibu dapat menjadi seorang ibu yang berilmu dan cemerlang dalam mendidik anak-anak ibu di kemudian hari.
Berbagai-bagai persediaan yang ibu cuba pelajari pada ketika itu. Ada benarnya kata-kata ilmuan, "setiap ilmu yang ditimba tidak akan sama dengan pengalaman spontan yang diperoleh seseorang".
Ya sayang, ibu sudah punya pengalaman itu. Pengalaman itu mengajar ibu lebih tabah, sabar, cekal hati, yakin pada diri dan percaya pada setiap ujianNya bermaksud Dia menyayangi ibu dan Dia mahu ibu sentiasa mengingati-Nya setiap saat dan detik. Allahu akbar.
Anak-anak Ibu,
Kini kalian sudah dewasa. Sudah pandai dan bijak menguruskan diri sendiri. Namun, janganlah lupa pada ibu. Ibu sentiasa menyayangi kalian. Sekelumitpun ibu tidak terdetik di hati memilih kasih sayang antara anak-anak ibu. Semuanya tidak berbelah bahagi. Sama kasihnya, sama makan pakainya, sama bekalnya, sama belanjanya, cuma intonasi, nasihat, belaian ibu sedikit berbeza antara kalian kerana anak-anak ibu berlainan usianya. Oleh sebab itu, maka lainlah gaya layanan ibu. . . .maafkan ibu. Ibu tidak bermaksud membeza-bezakan kalian. Demi Allah! Dia Maha Mengetahui.
Ya Allah Ya Tuhan kami! Kami diserang, dihimpit dari segenap penjuru dalam menegakkan agama-Mu,
sesungguhnya kami tidak berdaya menghadapinya. Maka kami berserah pada-MU untuk bantu kami menegakkan agama-Mu
Fenomena yang paling hebat lewat zaman ini apa//
apakah ia ???
* macam-macam *
> macam-macam perangai manusia <
cuba beri contoh :-
banyak contohnya :-
dari A sampai ke Z pun takkan muktamad
halnya :- kisah ragam kaum HAWA
kaum HAWA aje???
kaum ADAM pun adaaa...
cuma tak semasyhur kaum HAWA....
- jangan marah ya kaum HAWA -
HAKIKAT
KENYATAAN
LUMRAH A'LAM
kerana sebab itulah paling ramai masuk neraka majoritinya kaum HAWA
dari sekecil-kecil dosa....ke sebesar-besar patutnya pahala...
akhirnya jadi DOSA
kenapa boleh jadi semacam itu???
WALLAHUA'LAM
kadang-kadang mausetuju juga dengan slogan masyhur ini :-
" manusia mudah lupa "
" melayu mudah lupa "
" orang melayu nama Islam tapi mudah lupa "
Jangan marah saya kerana hal ini...
saling ingat mengingati itu amatlah dituntut dalam beragama
berlandaskan HADIS/SUNNAH & AL-QURAN
Salam
MENERAJUI PERUBAHAN MENCAPAI KEBERKATAN
amin.
Datang mu ku sambut dengan rasa syukur dengan wajah berseri-seri. Harapan...penuh pengharapan dalam hati ini dengan sentiasa mengingatkan diri bahawa mungkin juga tahun ini merupakan tahun terakhir aku menyambut RAMADHAN.. 'mana tahu...sekadar mendidik diri/jiwa/hati agar usah bersenang-lenang...usah mensia-siakan setiap detik waktu.. mungkin besok atau lusa aku dicabut roh ini...