KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

RENUNGAN

Ciri-ciri Kiamat Besar menurut Agama Islam di tandai dengan:
  • - Kemunculan Imam Mahdi
  • - Kemunculan Dajjal
  • - Turunnya Nabi Isa (AS)
  • - Kemunculan Yajooj dan Majooj
  • - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  • - Pintu pengampunan akan ditutup
  • - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar2nya
  • - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang berimansejati shg mereka tidak perlu   mengalami tanda2 kiamat lainnya
  • - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
  • - Pemusnahan/ runtuhnya Kabah
  • - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
  • - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhlukhidup merasa kaget dan ketakutan
  • - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketigayang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

 
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: 
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
 
Allah berfirman :
"Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"
*******

GAMBARAN MANUSIA BERDOSA DI PADANG MAHSYAR

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia


BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah


BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman


PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.


TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.


BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran


BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan


BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid


RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti


TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling


WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat


BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi


TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah


BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina


MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim


KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya


GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.





*******



UJI MINDA 







Soalan-soalan confirm boleh dijawab....
 

Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?

Soalan 3 : Siapakah RAJA SMS MALAYSIA?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?

Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia?

Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?

Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Siapakah penyanyi lagu "Aduhai Saleha"?



Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....
Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?



Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya...
Ya ALLAH bantulah hamba-Mu yang lemah ini.


Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an? 
Jawab: Surah at-Takwir.
 

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an? 
Jawab: Surah Yasin.
 

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT? 
Jawab: Surah al-Ikhlash.
 

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib? 
Jawab: Empar surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)
 

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as? 
Jawab: Surah al-Fajr.
 

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran? 
Jawab: Surah an-Nur.
 

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh? 
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba' dan Fathir).
 

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama? 
Jawab: Surah al-Fatihah.
 

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid? 
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.
 

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw? 
Jawab: Salman al-Farisi.
 

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.
 

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali? 
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.
 

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan? 
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.
 

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan? 
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.
 

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?  
Jawab: Surah an-Nisa'.
 

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'? 
Jawab: Surah al-Kautsar.
 

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as? 
Jawab: Surah al-'Adiyat.
 

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan? 
Jawab: Sepuluh tahun.
 

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi? 
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.
 

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"? 
Jawab: Surah al-Mumtahanah.
 

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an? 
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.
 

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: Siti Maryam.
 

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw? 
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.
 

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dam ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an? 
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.
 

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah? 
Jawab: Surah al-Maidah.
 

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
 Jawab: Surah al-Ikhlash.
 

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah? 
Jawab: Surah ar-Rum.
 

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab? 
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.
 

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah? 
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)
 

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan? 
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.
 

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya? 
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.
 

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?  
Jawab: Dalam 305 ayat.
 

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan? 
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.
 

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as? 
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).
 

Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?  
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.
 

Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw? 
 Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.
 

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis? Jawab: Surah Saba'.
 

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan? 
Jawab: Surah al-'Alaq.
 

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan? 
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.
 

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia? 
Jawab: Surah al-Fatihah.
 

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah? 
Jawab: Surah al-Muthaffifin.
 

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an? 
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.
 

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam? 
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.
 

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah? 
Jawab: 4 surah..
 

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.
 

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: Nabi Musa as.
 

Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)? 
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.
 

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
 Jawab: Surah al-Isra'
 

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: Siti Maryam.
 

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?Jawab: Surah an-Nur.
 

Soal 52: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as? 
Jawab: Surah al-Kautsar.
 

Soal 53: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?  
Jawab: Surah an-Nisa'.
 

Soal 54: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang? 
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.
 

Soal 55: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
 Jawab: Burung Ababil.
 

Soal 56: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud? 
Jawab: Nyamuk.
 

Soal 57: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu? 
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).
 

Soal 58: Siapakah orang-orang yang telah mengumplkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw? 
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.
 

Soal 59: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an? 
Jawab: Sa'id bin Jubair.
 

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an? 
Jawab: Imam Ali as.
 

Soal 61: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an? 
Jawab: Air susu.
 

Soal 62: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: Nyamuk.
 

Soal 63: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an? 
Jawab: Malam Lailatul Qadr.
 

Soal 64: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?  
Jawab: Tartil.
 

Soal 65: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan? 
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.
 

Soal 66: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)? 
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.
 

Soal 67: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?  
Jawab: Imam as-Sajjad as.
 

Soal 68: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"? 
 Jawab: Surah Yasin.
 

Soal 69: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek? 
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.
 

Soal 70: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an? 
Jawab: Bulan Ramadhan.
 

Soal 71: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.
 

Soal 72: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.
 

Soal 73: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)? 
Jawab: Nahjul Balaghah.
 

Soal 74: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.
 

Soal 75: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?  
Jawab: Huruf alif.
 

Soal 76: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an? 
Jawab: Huruf zha'.
 

Soal 77: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa? 
Jawab: Fa`asqoinâkumûh yang terdapat di dalam surah al-Hijr.
 

Soal 78: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang? 
Jawab: 25.500 huruf.
 

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek? 
Jawab: 42 huruf.
 

Soal 80: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan? 
Jawab: Di Makkah.
 

Soal 81: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib? 
Jawab: Surah as-Sajdah.
 

Soal 82: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"? 
Jawab: Surah al-Ikhlash..
 

Soal 83: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali? 
Jawab: Surah Hud ayat 86.
 

Soal 84: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an? 
Jawab: Surah Yasin.
 

Soal 85: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat? 
Jawab: Surah Fathir.
 

Soal 86: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan? Jawab: 13 tahun.
 

Soal 87: Apakah hiasan Al-Qur'an? 
Jawab: Suara yang indah.
 

Soal 88: Apakah musim semi Al-Qur'an? 
Jawab: Bulan Ramadhan.
 

Soal 89: Apakah zikir terbaik? 
Jawab: Membaca Al-Qur'an.
 

Soal 90: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat? 
 Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.
 

Soal 91: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56





                               *******




BAHAYA UJUB

Bahaya 'ujub itu menyebakan timbulnya rasa sombong , sebab memang 'ujub itulah yang merupakan salah satu dari berbagai sebab kesombongan itu . Jadi dari 'ujub maka muncullah ketakabburan itu , sedangkan takabbur itu bukan main banyaknya tentang afat dan bahayanya , sebagaimana kitapun memakluminya . Ini adalah yang berhubungan dengan sesama makhluk manusia .

Adapun yang berhubungan langsung dengan Allah Ta'ala ialah bahawa 'ujub itu menyebabkan seseorang itu lupa akan dosa - dosanya dan dengan demikian lalu melalaikannya , tidak mengendahkannya dan kurang memperhatikan akibat - akibatnya .
Jadi sebagian dari dosanya itu tidak lagi diingatinya , sebab merasa tidak perlu lagi menelitinya . Kalaupun ada yang diingat , juga dianggapnya kecil dan simple saja . Oleh sebab itu , lalu tidak berusaha segiat -giatnya untuk melenyapkan . Mungkin sekali ia merasa bahawa dosanya itu sudah diampuni Allah .

Selanjutnya 'ujub yang berhubungan dengan peribadatan atau amalan - amalan yang soleh iaitu bahawa ia mengira amat banyak dan amat besar sekali pahala yang akan diterimanya , mengira amat berharga sekali amalan yang dilakukan .  Harapannya terlampau besar terhadap Allah , hanya dengan melaksanakan amalan yang belum seberapa itu , tetapi yang dianggapnya sudah sangat dan bermutu tinggi . Ia agaknya lupa bahawa segala yang diamalkan itu semata - mata dengan taufik Allah Ta'ala dan lagi dengan perkenanNya jua .

Yang merupakan afat kedua ialah apabila seseorang itu sudah dihinggapi penyakit 'ujub , lalu buta pada bahaya - bahaya 'ujub itu sendiri . Sebabnya ialah kerana seseorang yang ber'ujub , sudah tentu tertipu oleh dirinya sendiri , tertipu oleh pendapatnya sendiri dan tertipu oleh perasaannya sendiri . Ia merasa bahawa apa -apa yang terbit dari tubuhnya itu semuanya serba hebat dan agung . Inilah tipuannya .

Bahaya ketiganya ialah seseorang itu akan dikeluarkan oleh 'ujubnya sendiri kesuatu keadaan kurang sedar terhadap kedudukan dirinya . Akhirnya ia akan memuji - muji pada dirinya , menyangjung-nyanjungnya dan menganggapnya amat suci dan bersih dari segala kesalahan dosa . Padahal yang sedemikian itu sudah amat membosankan orang - orang yang mendengarnya .

Bahaya keempatnya ialah bahawa seseorang yang meng'ujubkan pendapatnya , amalannya serta akal fikirannya itu akan berakibat :-
  • Tidak suka mencari kemanfaatan ilmu pengetahuan pada orang lain , sebab sudah merasa amat pandai
  • Tidak suka mengajak bermusyawarat pada kawan - kawannya dalam segala hal , sekalipun mengenai kepentingan ummat dan masyarakat dan kalaupun tampaknya sebagai permusyawaratan , maka sifat - sifatnya hanyalah sebagaimana tuntutan supaya kawan - kawannya itu meng-iakan atau menyetujui saja apa - apa yang dikemukakannya . Ini tentulah disebabkan kerana merasa bahwa pendapatnyalah yang terbaik dan harus dijadikan tuntunan dan pedoman, ajarannya wajib dilaksanakan dan segala keinginannya wajib dipenuhi . Padahal semua orang sudah bosan kepada keperibadiannya yang tidak jujur itu .
  • Tidak suka bertanya kepada siapapun juga , sebab adanya perasaan malu kalau - kalau dianggap sebagai orang bodoh . 

Bahaya yang kelimanya ialah bahwa  seseorang yang 'ujub itu akan mengutamakan dirinya sendiri , tidak perlu lagi memikirkan kepentingan orang lain . Ia akan memutuskan segala sesuatu dengan pemikirannya sendiri , berlagak sebagai diktator , tukang memaksa ikut kemahuannya , enggan bertanya kepada orang yang lebih mengerti dari dirinya sendiri , baik dalam bidang apapun . Akibatnya kalau dipercaya untuk membereskan sesuatu pekerjaan , kemudian apabila ternyata gagal , lalu dilemparkanlah kesalahan itu kepada orang lain , pembantu - pembantunya atau siapapun yang dapat dijadikan kambing hitamnya .

Bahaya keenamnya ialah bahwa seseorang yang 'ujub itu kadang -kadang melampaui batas dari akalnya yang sihat . Sesuatu yang salahpun di'ujubkan , padahal kesalahan itu nyata - nyata telah disedarinya . Ia gembira kalau segala sesuatu itu timbul dari gagasannya dan suka sekali mempopularkan apa - apa yang dari dirinya . Sebaliknya tidak suka terhadap kemasyuran yang dicapai kerana gagasan orang lain . Hal ini akan ditindasnya betul - betul . Ia juga pasti tidak akan mengendahkan nasihat yang baik , fatwa yang berharga dan petunjuk yang benar . Bahkan ia memandang orang lain , apalagi orang - orang yang ada dibawah pengaruhnya dengan mata membodohkan dan ia tetap meneruskan kesalahan - kesalahannya .


UBAT 'UJUB
Untuk mengubati sesuatu penyakit haruslah dicarikan  ubat yang  merupakan lawannya . Penentang itulah yang pasti dapat menyembuhkan .
Oleh sebab itu , kita perlu mengetahui lebih dulu , apakah yang menimbulkan penyakit 'ujub ini ?
Penyakit ini ditimbulkan oleh sebab adanya kebodohan semata - mata . Jadi ubatnya tentulah dengan mengetahui apa yang merupakan lawan kebodohan itu .

Untuk mengubatinya ini ialah hendaknya mengembalikan semua sebab yang mendatangkan sifat 'ujub pada diri sendiri kepada kekuasaan Allah Ta'ala , bersyukur sebab telah dikurniai akal yang cerdas , fikiran yang cerdik , kepandaian yang banyak dan pandangan yang luas . Selain itu , baiklah ia berfikir sedalam - dalamnya , bagaimana sekiranya ia ditakdirkan otaknya terkena suatu penyakit , bagaimanakah sekiranya ia menjadi seorang gila ? Apakah ia sendiri tidak akan ketawa menyaksikan dirinya nanti ? Padahal kekuasaan Allah Ta'ala tiada batasnya sama sekali . Jikalau Allah Ta'ala hendak membuat dirinya sebagaimana diatas itupun tidak pula akan ada halangannya . Bahkan sekiranya ia tetap meng'ujubkan , mugkin sekali Allah Ta'ala akan memberinya balasan setimpal selagi ia masih di dunia ini yakni dengan menjadikankannya berubah akal dan lain - lainnya , sebab kenikmatan yang dilimpahkan itu bukan lebih disyukuri , bahkan lebih digunakan tidak sebagaimana mestinya . 



*******


KISAH AHLI SYURGA YANG TERAKHIR

Kisah kali ini diambil dari hadis nabi saw riwayat Imam al-Bukhari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda :

Setelah Allah selesai dari mengadili hambaNya, tinggal lagi seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke Neraka. Dia adalah ahli Syurga yang terakhir memasukinya. Dia berkata: Wahai Tuhanku, palingkanlah wajahku dari Neraka kerana wapnya benar-benar menampar mukaku dan nyalaannya membakarku. Dia terus memohon daripada Allah sepuas-puasnya.

Kemudian Allah s.w.t berfirman: Adakah kamu akan terus meminta sekiranya Aku menunaikan permintaanmu itu? Lalu dia menjawab: Aku tidak akan meminta lagi dariMu perkara lain. Lalu Allah memperkenankan permohonannya itu dan memalingkan mukanya dari Neraka. Apabila dia berpaling mengadap Syurga dia terus terpegun, lalu dia memohon daripada Allah dengan berkata: Wahai Tuhanku, hampirkanlah aku kepada pintu Syurga. Maka Allah menjawab: Tidakkah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi perkara lain dariKu, celaka sungguh engkau wahai anak Adam. Dia pun menjawab: Tidak, demi keagunganMu, lalu dia berjanji lagi kepada Tuhannya. Lalu Allah mendekatkannya ke pintu Syurga.

Setelah dia berdiri di ambang pintu Syurga, terbukalah pintu Syurga dengan luas untuknya, sehingga dia dapat melihat dengan jelas segala keindahan dan kesenangan yang terdapat di dalamnya. Dia terus diam terpegun untuk seketika, kemudian dia berkata lagi: Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam Syurga. Maka Allah s.w.t berfirman kepadanya: Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain perkara yang telah Aku berikan? Celaka engkau wahai anak Adam. Lalu dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak mahu menjadi makhlukMu yang paling malang.

Dia terus berdoa kepada Tuhannya tanpa berputus asa sehinggalah Allah memperkenankan permintaannya lalu berfirman kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Setelah dia memasuki Syurga, Allah berfirman kepadanya: Pohonlah lagi. Maka dia terus memohon kepada Tuhannya dan dia terus meminta sehinggalah Allah mengingatkannya dengan beberapa perkara. Setelah habis permintaannya, Allah s.w.t pun berfirman: Apa yang berlaku itu merupakan kemurahanku kepadamu dan umatmu, begitu juga kepada umat lain bersama Nabi mereka.

Hadis yang panjang ini memberi banyak pengajaran kepada kita :-

1- mukjizah ilmiah rasulullah saw yang menceritakan peristiwa di akhirat padahal ia belum terlaku.

2- Setiap orang Islam yang tidak menyekutukan Allah akan memasuki syurga akhirnya walaupun dia seorang yang fasik dan melakukan dosa-dosa besar.

3- Rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya. Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada setiap hambaNya di dunia dan diakhirat.

4- Jangan berputus asa berdoa dan memohon kepada Allah bila inginkan sesuatu walaupun perkara itu seolah-olah mustahil diperolehi.

5- Khazanah dan kekayaan Allah tidak pernah berkurang.

6- Azab neraka tidak dapat dibayangkan penderitaannya.

7- Nikmat syurga juga tidak dapat dibayangkan kenikmatannya.

8- Allah sangat suka bila hambaNya memohon kepadaNya.

9- Kemuncak kesenangan yang sebenar ialah bila kita dimasukkan ke dalam syurga.

10- Berdoalah kepada Allah agar kita terselamat dari azab neraka.

Semoga Allah merahmati kita semua dan menempatkan kita semua ke dalam syurgaNya di akhirat kelak,

aamiin.


                 *******


KEUTAMAAN SURAH AL-MULK

Sumber : Laman Ilmu & Tips Belajar

Surah al-Mulk merupakan surah pertama dari juzuk kedua puluh sembilan. Surah ini mempunyai kelebihan tertentu sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi saw. Surah ini sepatutnya berada dalam dada setiap mukmin. antara kelebihan surah ini ialah :

Pertama: Memang banyak fadhilat dan keutamaan dari surah al-Mulk, diantara hadis yang sahih adalah:

ـ(1) عن أبي هريرة، عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: سورة من القرأن، ثلاثون اية؛ تَشْفَعُ لصاحبها حتى يُغْفَرَ له: تبارك الذي بيده الملك. (رواه أبو داود واللفظ له, والترمذي وغيرهما، وصححه ابن حبان والحاكم والذهبي، وحسنه الترمذي والألباني)ـ

Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:

“Ada surah dari Alqur’an yang terdiri dari 30 ayat, Surah tersebut dapat memberikan syafa’at bagi ‘temannya’ (yakni orang yang banyak membacanya) sehingga orang tersebut diampuni dosanya, yaitu: Surah Tabarokalladi bi yadihil mulk“. (HR. Abu Dawud dg redaksinya, diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi dan yang lainnya. Hadits ini di-sahih-kan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, dan adz-Dzahabi, sedangkan at-Tirmidzy dan Albani menghasankannya)

ـ(2) عن أنس بن مالك قال، قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: سورة من القرآن، ما هي إلا ثلاثون آية، خاصمت عن صاحبها حتى أدخلته الجنة، و هي تبارك. (رواه الطبراني في المعجم الأوسط وحسنه الألباني في صحيح الجامع)ـ

Anas bin Malik mengatakan, Nabi saw bersabda: “Ada surah dari Alqur’an, ia hanya terdiri dari 30 ayat, Surah tersebut dapat membela ‘temannya’ sehingga memasukkannya ke surga, yaitu: Surah Tabarok“. (HR. Thobaroni dalam Mu’jamul Ausath, dan dihasankan oleh Albani dalam Sahihul Jami’)

ـ(3) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: من قرأ تبارك الذي بيده الملك كل ليلة، منعه الله عز وجل بها من عذاب القبر، وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم نسميها “المانعة”، وإنها في كتاب الله عز وجل سورة، من قرأ بها في ليلة فقد أكثر وأطاب. (رواه النسائي واللفظ له والحاكم وقال صحيح الإسناد وحسنه الألباني)ـ

Abdulloh bin Mas’ud mengatakan: “Barangsiapa membaca surah Tabarokalladi bi yadihil mulk setiap malam, maka Alloh azza wajall menghindarkannya dari adzab kubur, dan dahulu kami (para sahabat) di saat Nabi saw(masih hidup) menamainya “al-Mani’ah” (penghindar/penghalang). Sungguh surah tersebut ada dalam Kitabulloh, barangsiapa membacanya dalam suatu malam, maka ia telah banyak berbuat kebaikan” (HR. Nasa’i dengan redaksinya, diriwayatkan pula oleh al-Hakim dan ia mengatakan: sanadnya Sahih, dan dihasankan oleh Albani)

ـ(4) عَنْ جَابِرٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَتَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ. (رواه أحمد والترمذي وغيرهما وصححه الألباني)ـ

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi saw tidak pernah tidur (malam) sehingga ia membaca surah Alif lam mim tanzil (biasa disebut Surah as-Sajdah) dan surah Tabarokalladi bi yadihil mulk (biasa disebut surah al-Mulk). (HR. Ahmad, at-Tirmidzi dan yang lainnya, dihasankan oleh Albani)

ـ(5) عَنْ وَاثِلَةَ بْنِ الْأَسْقَعِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أُعْطِيتُ مَكَانَ التَّوْرَاةِ السَّبْعَ، وَأُعْطِيتُ مَكَانَ الزَّبُورِ الْمَئِينَ، وَأُعْطِيتُ مَكَانَ الْإِنْجِيلِ الْمَثَانِيَ، وَفُضِّلْتُ بِالْمُفَصَّلِ. (رواه أحمد وحسنه الألباني والأرناؤوط)ـ

Dari Waatsilah ibnul Asqo’, sesungguhnya Nabi sawbersabda: “Aku telah dikaruniai Assab’u yang sebanding dengan kitab Taurat, aku juga diberi Alma’in yang sebanding dengan kitab Zabur, aku juga diberi Almatsani yang sebanding dengan kitab Injil, dan aku dikaruniai kelebihan dengan Almufash-shol” (HR. Ahmad, dan dihasankan oleh Albani dan Al-Arnauth).

Kedua: Fadhilah Surah Almulk boleh diraih oleh mereka yang banyak membacanya, terutama di waktu malam menjelang tidur, sebagaimana diterangkan dalam hadits no: 3 dan 4. Jadi tidak tepat kalau dikatakan bahwa keutamaan tersebut hanya khusus bagi mereka yang menghafalnya saja.

Ketiga: Waktu untuk membaca Surah Almulk ini dapat dibaca pada bila-bila masa , akan tetapi Nabi saw biasa membacanya saat menjelang tidur malam.

Keempat: Melihat keterangan hadits-hadits di atas kita dapat mengambil kesimpulan bahwa memperbanyak membaca Surah Almulk dapat menghindarkan seseorang dari siksa kubur dan siksa neraka.

Semoga kita semua dapat mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian.



          *******


KENALI TALAM DUA MUKA

UCAPAN ORANG YANG BERMUKA DUA

Orang yang bermuka dua atau lazim disebut berlidah dua ialah orang yang berjalan mundar-mandir antara dua orang yang sedang bermusuhan. Kepada yang seorang ia mengatakan ucapan-ucapan yang dicocokinya yang tentulah berupa puji-pujian dan sanjungan-sanjungan dengan maksud untuk melontarkan kata-kata permusuhan kepada lawannya, sedang yang dianggap sebagai lawannya itu dicaci-makinya habis-habisan, dicelanya sesangat-sangatnya. Kepada yang seorang itu dijanjikan bahawa ia akan membantu untuk melenyapkan lawannya. Perbuatan semacam ini adalah termasuk sifat kaum munafik, jadi merupakan pula tanda kemunafikan yang nyata. Begitulah ia berbuat kepada yang satunya lagi.

Tetapi lain pula halnya apabila seseorang itu menghadapi masing-masing orang yang bermusuhan itu lalu mengucapkan kata-kata yang manis dan apa yang dikatakannya memang sebenarnya. Dalam keadaan yang semacam ini bukanlah termasuk bermuka dua, tidak pula termasuk golongan munafik, sebab seseorang itu kadang-kadang masih memerlukan hubungan dengan dua orang yang sedang bertengkar atau bermusuhan. Kepada masing-masing itu ia tetap bersikap baik dan jujur dalam segala hal.

Jadi yang disebut berlidah dua ialah yang memindahkan kata yang seorang kepada lainnya, yang dari sini dibawa kesana dan yang dari sana dibawa kemari dengan maksud supaya permusuhan antara keduanya itu makin tegang dan menjadi-jadi. Kelakuan sedemikian ini benar-benar lebih buruk dari mengadu domba, sebab mengadu domba hanyalah membawa kata dari satu pihak, sedang yang ini dari pihak kedua belah pihak. Tujuannya hanyalah hendak berbuat baik kepada kedua orang yang bermusuhan itu untuk kepentingannya sendiri, sedang permusuhan antara keduanya tetap dikobar-kobarkan.

Terkecuali pula apabila seseorang itu harus menghadapi ujian, sehingga terpaksa menjaga perasaan salah satu pihak dalam ucapan-ucapan yang dikeluarkannya dan ia takut jikalau tidak berbuat sedemikian. Orang seperti ini dapatlah diterima keuzurannya, sebab menjaga suatu keburukan yang mungkin timbul itu dibolehkan dalam agama.

Abud Darda' berkata: ..."Adakalanya kita harus bermuka manis menghadapi sesuatu golongan, tetapi sebenarnya hati kita sangat melaknati mereka itu".

Pernah terjadi bahawa pada suatu ketika ada seorang lelaki meminta izin untuk menghadap Rasulullah s.a.w, lalu beliau s.a.w mengizinkan sambil mengucapkan bahawa orang itu sebenarnya adalah amat buruk dikalangan masyarakat. Anehnya setelah orang itu masuk di tempat beliau s.a.w, tiba-tiba beliau s.a.w bukannya menunjukkan kebenciannya, tetapi bahkan berlemah-lembut diwaktu bercakap-cakap dengan orang tadi. Setelah orang itu keluar, Aisyah r.'anha bertanya : ..."Bukankah tadi Tuan mengatakan bahwa ia orang buruk, tetapi Tuan bermanis-manis saja waktu berbicara dengannya".

Rasulullah s.a.w lalu bersabda : 
 ..."Hai 'Aisyah, sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah orang yang dimuliakan kerana ditakuti perbuatan buruknya".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Namun demikian perlulah disedari bahawa yang dibolehkan itu hanyalah menemuinya dengan bermuka manis, bersikap ramah-tamah dan penuh senyuman. Jadi tidaklah bererti dibolehkannya memberikan kata-kata pujian atau membenarkan ucapan-ucapannya atau menggerak-gerakkan kepala sebagai tanda menyetujui pada pembicaraannya yang bathil. Hal-hal semacam ini termasuk pula dalam kemunafikan. Bahkan jikalau sampai terjadi yang semacam itu, maka wajiblah mengingkarinya dengan sanggahan-sanggahan seperlunya dan sekiranya tiada kuasa demikian, baiklah berdiam diri saja dan mengingkari dengan hatinya.



*******


SIFATNYA SEORANG SAHABAT

Sayidina Ali r.a berkata:

Saudaramu yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada disampingmu. Ia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kemanfaatanmu.

Itulah sahabatmu yang jikalau engkau dalam keadaan bimbang, ia selalu mengatakan yang terang-terangan padamu. Ia suka berkorban mencurahkan tenaga dan kekuatannya untuk dapat berkumpul denganmu.

Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata: "Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu dari dua macam orang ini. Pertama ialah orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua orang yang dengan mengawaninya itu engkau dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jikalau engkau suka bersahabat dengan orang selain dua orang semacam diatas itu, maka pastilah itu merupakan kebengalan dan kebodohanmu yang luar biasa besarnya".

Perlu dimaklumi bahawa bersahabat jangan sekali-kali memilih seseorang yang sangat tamak keduniaan, sebab bersahabat dengannya itu adalah bagaikan bermain dengan racun yang dapat membunuh diri yang tidak mustahil akan ditelannya juga. Ini adalah kerana watak manusia itu suka benar meniru-niru dan menyesuaikan dirinya pada sesuatu yang senantiasa dilihatnya. Bahkan tabiat manusia itu dapat mencuri dari tabiat yang lainnya tanpa disedari oleh pemiliknya sendiri.

Oleh sebab itu mengeratkan persahabata dengan orang yang tamak keduniaan itu dapat menyebabkan hati sendiri menjadi tamak pula, sedang sebaliknya mengeratkan persahabatan dengan seseorang yang zuhud keduniaan itupun akan menyebabkan zuhudnya hati sendiri pula. Maka diMAKRUHkanlah merapati para pencari dan pencinta dunia dan dituntutlah merapati hubungan dengan para alim ulama dan para ahli hikmat dan bijaksana.

NASIHAT LUQMAN kepada puteranya:-

..Hai anakku, duduklah rapat-rapat dengan para alim ulama, eratkanlah dirimu dengan kedua lututnya, sebab hati nurani itu dapat hidup dengan adanya hikmat sebagaimana hidupnya bumi yang mati dengan sebab adanya hujan yang lebat".

HAK-HAK PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN

Ketahuilah saudaramu itu mempunyai berbagai hak yang perlu engkau penuhi iaitu:

Hak dalam harta
Hak dalam memberikan pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
Hak dalam lidah dan hati (cara berdiam)
Hak dalam lidah (dengan ucapan)
Hak memberi pengampunan
Hak dalam mendoakan
Hak dalam memenuhi kecintaan dan keikhlasan
Hak memberi keringanan, tidak memberatkan atau memberi paksaan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

...Barangsiapa meninggalkan perbantahan dan ia ketika itu dalam keadaan bersalah, maka akan didirikanlah oleh Allah untuknya sebuah rumah dalam halaman syurga dan barangsiapa yang meninggalkan perbantahan dan ia ketika itu dalam keadaan benar, maka akan didirikanlah untuknya oleh Allah sebuah rumah di tempat yang tertinggi dari bagian syurga".

(Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Ingatlah selalu bahawa sebesar-besar sebab yang menjadikan menyalanya api kedengkian dalam hati sesama saudara adalah adanya saling berbantah-bantahan dan saling lawan-melawan dalam percakapan. Ia merupakan bibit putus-memutuskan ikatan persaudaraan, seteru-menyeteru dan musuh-memusuhi. Bukankah asalnya perpisahan itu mula-mula kerana saling bertengkar pendapat dan jikalau ini telah panas lalu cemoh-mencemohkan dengan kata-kata yang kadang-kadang disertai ketidaksopanan, sedang puncaknya nanti ialah dengan beradu tenaga dan kekuatan.

Rasulullah s.a.w memberi peringatan dengan sabdanya:

..."Janganlah kamu semua belakang-membelankangi (tidak sapa-menyapa), jangan benci-membenci, jangan hasud-menghasud dan jangan putus-memutuskan tali persaudaraan. Tetapi jadilah kamu semua hamba-hamba Allah sebagai saudara".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


*******


HAK - HAK TETANGGA

Ketahuilah bahawa tetangga itu mempunyai hak - hak yang lain lagi selain hak - haknya sebagai sesama saudara dalam Islam . Jadi apabila tetangga memang seorang Islam , ia memperoleh pula hak - hak sebagaimana orang Islam yang lain ditambah pula hak - haknya sebagai tetangga .

. . . .Tetangga itu ada tiga golongan , ada tetangga yang hanya mempunyai satu macam hak dan ada tetangga yang mempunyai dua macam hak dan tetangga yang mempunyai tiga macam hak .

Adapun tetangga yang mempunyai tiga macam hak iaitu tetangga yang muslim , lagi pula masih termasuk linkungan keluarga . Maka ia mempunyai hak - haknya sebagai tetangga , hak - haknya sebagai seorang muslim dan hak - haknya sebagai keluarga .

Tetangga yang mempunyai dua macam hak ialah tetangga yang muslim . Ia mempunyai hak - haknya sebagai tetangga dan hak - haknya sebagai seorang muslim .

Tetangga yang hanya mempunyai satu macam hak ialah tetangga yang musyrik .

(Riwayat Abu Na'im & Ibnu 'Adiy)
==============================
Resapkanlah baik - baik, bagaimana seorang musyrikpun masih juga ada hak - haknya sebagai tetangga .

Berbuat baiklah dalam bertetangga dengan orang yang menjadi tetanggamu , dengan demikian engkau dapat disebut seorang mukmin .

(Diriwayatkan oleh Khara'ithi)
==============================

Hak - hak Tetangga :-

Dahuluilah selalu mengucapkan salam padanya setiap kali bertemu .

Jangan terlampau banyak menanyakan hal-ehwal keadaannya sehari - hari .

engoklah jikalau ia atau salah seorang keluarganya sakit .

Tunjukkan bahawa engkau ikut berdukacita jikalau ia mendapatkan musibah dan segera memberikan pertolongan jikalau dipandang perlu, sekalipun tanpa dimintanya .

Menyatakan ikut gembira apabila ia memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah Ta'ala.

Ampunilah kesalahan - kesalahannya , apalagi yang tidak disengajanya .

Jangan meneliti cela atau keburukannya , baik dengan jalan apapun .

Jangan membuat sesuatu yang tidak mengenakkan perasaannya umpamanya meletakkan batang pohon di dinding rumahnya .

Jangan mempersempitkan jalan yang menuju ke rumahnya .

Jangan terus menerus meneliti apa yang dibawa olehnya ke rumahnya sendiri .
Tutupilah cela -celanya yang tampak dimatamu dan jangan disiar - siarkan kepada siapapun .

Semangatkanlah jiwanya untuk terus berusaha menanggungi kesukaran - kesukaran , apabila pada suatu ketika ia mendapatkannya .

Jangan lengah melihat lihat rumah - rumahnya di waktu ia sedang tidak ada atau bepergian .
Jangan mendengar ucapan orang lain mengenai dirinya , yang berupa umpatan atau berita - berita yang tidak menyenangkan .

Tundukkanlah matamu waktu melihat isterinya .

Jangan selalu memandang pelayan wanitanya .

Bersikap lemah lembutlah terhadap anak - anaknya , baik dengan percakapan atau lain - lainnya

Tunjukkanlah sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya , baik yang dalam urusan keduniaan atau keakhiratan .

Itulah himpunan dari hak - hak yang harus ditunaikan terhadap seluruh manusia , terutama untuk sesama kaum muslimin .

. . . empatpuluh rumah tetap bernama tetangga

(- Riwayat Abu Dawud)

Empatpuluh rumah dari sebelah kanan , dari sebelah kiri , belakang dan muka .

Ketahuilah hendaknya bahawa bukannya hak tetangga itu hanya dengan mencegah diri dari menyakiti atau perbuatan - perbuatan yang tidak mengenakkan hatinya saja , tetapi hendaklah juga menahan hati dan sabar jikalau disakiti atau diperlakukan dengan sesuatu yang tidak mengenakkan hati , bahkan haruslah lebih dari itu lagi , iaitu hendaknya menunjukkan kesayangan dan memberikan kebaikan dan pertolongan .

Sumber : Ulumuddin Imam AlGhazali


*******



KECEMASAN HARI MAHSYAR


Bersabda Rasulullah s.a.w
maksudnya:

"Manusia akan dibangkitkan (pada hari kiamat) dalam suatu nafas terdengar oleh mereka seruannya dan terbentang kepada mereka pemandangannya."


Itulah keadaan Hari Kiamat. Sesudah semua makhluk terkumpul ditempat itu, tidak kira jin, manusia, syaitan, binatang dari segala jenisnya termasuk yang jinak dan yang buas, maka ketika itu turunlah sekalian Malaikat dengan perintah Allah Ta'ala, lalu mengepung semua makhluk yang ada di situ dan mengaturkan mereka berbaris-baris satu di belakang yang lain. Pada hari itu tiada seorang yang jahat atau yang zalim dapat meloloskan diri dari situ, kerana tidak ada jalan keluar kemana pun.


Maksud Firman Allah dalam Surah Ar-Rahman : ayat 33-35

"Wahai kumpulan jin dan manusia, jika kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, lintasilah! Kamu tiada dapat melintasinya melainkan dengan kekuasaan. Yang manakah dari kurnia Tuhan yang hendak kamu dustakan? Akan dikirim kepada kamu nyala api dan asap, dan kamu tiada dapat mempertahankan diri."


Di situlah semua makhluk akan berasak-asak, laksana gelombang yang satu menimpa yang lain, sedang matahari pula direndahkan jaraknya, sehingga hampir sejarak satu batu lebih kurang daripada kepala-kepala orang di situ.

Berkata perawi Hadis ini:
Saya tiada mengetahui dengan tepat apakah yang dikatakan satu batu itu seperti jauhnya batu kiraan di dunia, ataupun suatu jarak yang lebih dekat dari itu. Ketika itu manusia akan merasakan kepayahan yang amat berat, panas terlalu terik, tekak kering dan haus, tidak dapat disifatkan keadaannya dengan tepat kecuali Allah s.w.t saja yang mengetahui. Manusia tiada tertahan lagi menanggung penderitaan itu, sehingga ada di antaranya yang tenggelam di dalam peluhnya sendiri sedalam empatpuluh hasta.
Berkata Nabi s.a.w:
Pada Hari Kiamat, rmatahari akan turun rendah ke bumi, maka manusia akan tenggelam (dalam peluhnya), ada yang sampai ke buku lalinya, ada yang sampai ke betisnya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pehanya, ada yang sampai ke pinggangnya, ada yang sampai ke mulutnya, baginda menunjukkan tangan ke mulutnya sendiri, dan ada yang sampai tenggelam samasekali, lalu baginda menunjukkan tangan ke atas kepala, begini katanya.

"Setiap orang dilindungi oleh sedekahnya pada hari Kiamat."

Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya, pada hari tiada naungan lain selain naungan-Nya iaitu:
  • pemerintah yang adil
  • pemuda yang membesar (cenderung) beribadat kepada Allah
  • orang yang hatinya sentiasa bergantung kepada masjid-masjid ; dua orang saling mencintai satu sama lain KERANA Allah
  • berkumpul kerana Allah dan berpisahpun kerana Allah
  • seorang lelaki yang dipesona (dipikat) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan, lalu ia menolak ajakan berzina seraya berkata : " Aku takut kepada Allah"
  • seorang yang bersedekah lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanan
  • seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala sendirian, lalu kedua kelopak matanya menggenang airmata.
 sabda Rasulullah s.a.w

maksud 'dalam naungan Tuhan' - di dalam lindungan Arasy-Nya.


Bersabda Rasulullah lagi:
"Siapa yang suka meneliti keadaan Hari Kiamat, hendaklah ia membaca:
Idzas-Syamsu kuwwirat (Surah at-Takwir),
Idzas-Sama-un Fatharat (Surah al-Infithar)
Idzas-Sama-un Syaqqat (Surah al-Insyiqaq)




10 rupa manusia ke Padang Mahsyar

SYAIKH Abdul Wahhab Sya'rani dalam kitabnya Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubi' ada menceritakan, pada suatu hari sahabat Mu'adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai maksud firman Allah swt dalam Surah An-Naba' ayat 18 bermaksud:

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." 

Mendengar saja soalan itu, baginda terus menangis dengan bercucuran air mata sambil bersabda bermaksud:

"Wahai Mu'adz, sesungguhnya engkau telah bertanyakan sesuatu perkara yang amat besar! 

Sebenarnya ada 10 macam bentuk dan rupa umatku nanti ketika dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya telah Allah tukarkan (bentuk dan wajahnya), tidak seperti ketika mereka hidup di dunia:
  • Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
  • Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.
  • Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
  • Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
  • Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
  • Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
  • Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka menganggu tetangga (jiran).
  • Diiringi ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepimpinannya.
  • Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.  
Umat Islam harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar. 


 Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu. Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlinndungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahupun sekadar bahagian muka saja.
Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada. Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt. 


Setelah menunggu terlalu lama di tempat perhentian Mahsyar itu, dan sudah tidak tertahan lagi rasanya menanggung kepayahan di situ, maka mereka pun bermusyawarah di antara sesama mereka kepada siapa seharusnya mereka meminta pertolongan (syafaat) supaya mereka terlepas dari segala penderitaan itu. Mereka kini ingin melantik seorang yang dapat menghadap Tuhan, agar mereka segera diadili dan dilepaskan dari bahaya yang tidak tertanggung lagi itu. Tetapi siapakah orangnya?

Mereka pun pergi menemui Nabi Adam a.s untuk melantiknya, tetapi beliau menolak, lalu mengarahkan mereka pergi kepada Nabi Nuh a.s. Tetapi Nabi Nuh a.s juga menolak, dan mengarahkan mereka menemui Nabi Ibrahim a.s. Malangnya Nabi Ibrahim a.s juga menolak, lalu mengarahkan mereka pergi kepada Nabi Musa a.s., dan Nabi Musa a.s mengarahkan mereka pergi kepada Nabi Isa a.s, dan akhir sekali Nabi Isa a.s mengarahkan mereka pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. 

Maka baginda pun ber-ujar : Baiklah! Akulah yang akan mendapatkan pertolongan kamu. Akulah!


Maka baginda pun berangkat ke Hadhrat Allah s.w.t dan memohon keizinan untuk menghadap. Kemudian baginda bersujud kepadaNya seraya memujiNya, sehingga baginda diperintah oleh Allah Ta'ala mengangkat kepala dan meminta syafaat (pertolongan) agar Allah Ta'ala memberikan pertolonganNya.



- Doa selawat nabi juga doa terang hati -




*******



10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.
 

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
 
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


*******


Pesan Imam Al-Ghazali

1. Apabila berjumpa kanak-kanak , anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa .

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula , anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita .

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya .

5. Apabila berjumpa orang jahat , jangan anggap kita mulia. Tetapi katakan , mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya , sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita .

6. Apabila bertemu orang kafir . Katakan , belum tentu dia akan kafir selama-lamanya

*******


Ciri-ciri Kiamat Besar menurut Agama Islam di tandai dengan :-

- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj dan Majooj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang       sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang berimansejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
- Pemusnahan/ runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhlukhidup merasa kaget dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketigayang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW
telah bersabda:  
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Allah berfirman :  "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"


*******

4 ulasan:

Unknown berkata...

Nabi MUHAMMAD SAWtelah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
..
maaf tapi hadis ini mengelirukan, sanadnya tiada, "ku buatkan tempat disyurga" juga ibarat nabi yg mencipta dan bukannya Allah sedangkan Nabi pun hanya memiliki syafaat. wallahualam.

Rozaimy Baharuddin berkata...

Post Tuan sebenarnya di edit post agama Kristian. Walaupun telah ditukar kononnya Islamic. Tulisan Dari injil tidak boleh suka suka di Jadikan hadis Dan Al Quran

Di bawah sertakan post asal tahun 2012

Baru dapat BBM nih :

Kiamat menurut agama Kristen ditandai dgn:
- Kemunculan setan
- Turunnya Tuhan Yesus Kristus
- Terbitnya matahari dr Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Musa akan keluar dr tanah & akan menandai Kristen yg sbnr2nya
- Kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
- Pemusnahan/gereja akan runtuh
- Tulisan dalam dalam alkitab akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa kaget dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Tuhan Yesus telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akanKu buatkan tempat disorga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita bisa kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang ga terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Tuhan berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"

*********
Post di atas Saya ambil Dari forum Kristian

http://www.ekaristi.org/forum/viewtopic.php?p=142715

Rozaimy Baharuddin berkata...

Post Tuan sebenarnya di edit post agama Kristian. Walaupun telah ditukar kononnya Islamic. Tulisan Dari injil tidak boleh suka suka di Jadikan hadis Dan Al Quran

Di bawah sertakan post asal tahun 2012

Baru dapat BBM nih :

Kiamat menurut agama Kristen ditandai dgn:
- Kemunculan setan
- Turunnya Tuhan Yesus Kristus
- Terbitnya matahari dr Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Musa akan keluar dr tanah & akan menandai Kristen yg sbnr2nya
- Kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
- Pemusnahan/gereja akan runtuh
- Tulisan dalam dalam alkitab akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa kaget dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Tuhan Yesus telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akanKu buatkan tempat disorga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita bisa kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang ga terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Tuhan berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"

*********
Post di atas Saya ambil Dari forum Kristian

http://www.ekaristi.org/forum/viewtopic.php?p=142715

Rozaimy Baharuddin berkata...

Post Tuan sebenarnya di edit post agama Kristian. Walaupun telah ditukar kononnya Islamic. Tulisan Dari injil tidak boleh suka suka di Jadikan hadis Dan Al Quran

Di bawah sertakan post asal tahun 2012

Baru dapat BBM nih :

Kiamat menurut agama Kristen ditandai dgn:
- Kemunculan setan
- Turunnya Tuhan Yesus Kristus
- Terbitnya matahari dr Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Musa akan keluar dr tanah & akan menandai Kristen yg sbnr2nya
- Kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
- Pemusnahan/gereja akan runtuh
- Tulisan dalam dalam alkitab akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa kaget dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Tuhan Yesus telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akanKu buatkan tempat disorga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita bisa kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang ga terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Tuhan berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"

*********
Post di atas Saya ambil Dari forum Kristian

http://www.ekaristi.org/forum/viewtopic.php?p=142715



NetOops protected image