KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Memaparkan catatan dengan label COOK-book. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label COOK-book. Papar semua catatan

Mac 11, 2011

COOK-book



Antara buku resepi kegemaran saya dan anak-anak. Jika ada kelapangan saya akan menghabiskan masa bersama mereka di dapur menyiapkan cupcakes.

Sebut cupcakes bunyinya sangat menarik, sebenarnya isi cupcake itu biasa2 aje cuma hiasan icingnya aje yg remeh, perlu menarik dan rasa mesti mau sedap! Barulah budak2 ni makan hingga menjilat jari...

Nanti saya akan pilih resepi cupcakes yg paling sedap dimakan serta cantik semesti... :)
InsyaAllah.

Sekiranya favourite cupcakes anda lain dr yg lain dr yg saya catatkan disini boleh aje taipkan permintaan anda di KATAKAN PADAKU, terima kasih.




BASIC CUPCAKES

Terdahulu sebelum itu saya nk kongsikan dahulu cara2 membuat basic cupcakes. Nak mahir buat cupcakes mesti tahu bahan2 basic membuatnya. Dalam buku ini dinyatakan satu persatu secara detail.

Hanya berpandukan empat basic cupcakes sponge recipes ; vanila, coklat, lemon dan lobak merah.

Untuk menjamin kesempurnaan hasil cupcakes, ada beberapa peraturan yg patut kita ikuti iaitu

1. guna bahan2 yg berkualiti tinggi dan biarkan pada suhu bilik sebelum mengadunnya.

2. Sukatan/ timbangan kenalah tepat, tak boleh main agak2 aje

3. Tepung haruslah diayak terlebih dahulu, elak kek jadi lumps.

4. sebaik-baiknya gunakan electric hand mixer, ia lebih cepat dan mudah utk adun bahan bersama ; hasilnya pun akan lebih cantik.

5. Rubber spatula ; diguna utk memastikan adunan diadun rata.

6. suhu oven dan tempoh ia masak mestilah tepat. Ketika proses membakar kek, jangan pula terdorong untuk membuka pintu oven bagi mengelak udara luar masuk kedalam oven yang akan menyebabkan sponge/kek terbenam ditengah.

7. Akhir sekali, apabila cupcakes dikeluarkan pastikan ianya dibiarkan sejuk sepenuhnya sebelum di 'isingkan'.



BASIC ICINGS

Rahsia buttercream ising yang sempurna ialah mesti adun bahan pada kadar masa yang cukup, (cadangan gunakan electric hand mixer) sehingga adunan krim menjadi licin tanpa gumpalan, putih dan halus.

Gula ising perlu disukat dan diayak utk mendapat sukatan ideal.

Bahan2 basic buttercream ising sangat ringkas dan sedikit sahaja TETAPI penting sekali penggunaan vanilla ektrak yang bermutu tinggi, plain coklat, serbuk espresso, dan pilihan jus buah-buahan sitrus segar.


CONTOH:
BUTTERCREAM ICING: VANILA
( utk 60 mini cupcakes )

110 gm butter (unsalted) - biarkan pada suhu bilik
60 ml semi - skimmed milk - biarkan pada suhu bilik
1 sudu teh good quality ekstrak vanilla
500 gm gula ising - diayak dahulu

DAN
beberapa titik pewarna makanan pilihan anda ...


My Selection is...

RASPBERRY CUPCAKES
sempurna utk sederhana besar cupcakes, 12 shj

Pertama sekali preheat oven pada suhu 160 darjah C / 180 darjah C/ 350 darjah F/ gas mark 4 dan line 12- hole muffin tray ATAU tiga 12- hole mini muffin trays saiz cupcakes cases.

110 gm unsalted butter - biar pd suhu bilik
180 gm gula kastor
2 biji telur gred A
125 gm tepung naik sendiri - ayak dahulu
120 gm tepung gandum biasa - ayak juga
125 ml semi - skimmed milk - pd suhu bilik
1 sudu teh good quality vanilla ekstrak
3 sudubesar good quality raspberry jam


HIASAN ISING

WHITE CHOCOLATE BUTTERCREAM ICING
(cukup utk 12 regular/ 36 mini cupcakes)

Good quality raspberry jam
( 1 sudu teh utk setiap biji cupcakes )

100 gm good quality White Chocolate - patah2kan ia, cairkan sebagaimana yg kita semua tahu,
60 g (4 sudubesar) vanilla ekstrak
3 sudu besar double cream
Buttercream icing


*Buah Raspberry sebiji setiap satu cupcakes (hiasan)



STEP BY STEP CUPCAKES:

Sediakan mangkuk adun, masukkan butter dan gula, putar hingga adunan licin. Ambil masa lebih kurang 3 - 5 minit dgn menggunakan electric hand mixer.

Masukkan telur satu demi satu, dan pukul lagi sedikit.

Campurkan 2 jenis tepung ( tepung gandum biasa + tepung naik sendiri ) dalam mangkuk berasingan.

Susu sediakan berasingan juga, tambahkan vanilla ekstrak ke dalamnya.

Tepung dan susu dituang selang-selikan ke dalam adunan krim tadi sehingga habis sambil diputar secara merata.

Setelah semuanya bersatu, barulah masukkan jam raspberry ke dalam adunan. Gunakan rubber spatula, pusing dengan lembut dan perlahan pada satu arah.

Sediakan cupcakes cases, gunakan sudubesar, isikan cuma 2/3 drp bekas cupcakes. Jangan diisi penuh.

Bakar dalam oven selama 25 minit sehingga naik dan berwarna kuning keemasan.

Keluarkan dari oven dan biarkan ia dalam dulang kurang lebih 10 minit, sebelum keluarkan cupcakes dan dibiarkan pula di wire rack sehingga ia sejuk.

Selamat mencuba! ;-)




contoh sahaja : belum snap nanti mula bikin lain saya upload... :)

 -

-

-

-


 Sempat berkunjung ke ??? cuba teka.... boleh tahan juga cupcakes kt sini... disebabkan tersangatlah indahnya decorasi kedainya maka ter-snaplah beberapa keping foto buat kenang-kenangan. He hee..






Jangan bimbang, ianya Halal dimakan... dalam banyak2 cupcakes inilah pilihan ter-enak menurut anak kecil saya yang punyai citarasa 'wanita' menurutnya, (4 tahun setengah usianya) semua dipilihnya....tak sempat pun saya nk tenung lama2 sikit...(sbb semua2nya nan cute miut rasa tak mo mkn)











-

-

-

-



 Terima Kasih kepada seorang kenalan : Jujue , ,
sudi kongsi resepi

" Pound Cake "

Saya adaptasikan sebagai cuppy cakes. . .

^_^

hmmm sedap..sedapp...






Gula kastor di atas....baru belajar mem-baking

^_^

 
suatu hari cuba mem-baking lg dan kali ini isi dlm bekas cantik ini...nasib baik tak hangus kertas tu..ngee


Dengan murah hatinya saya berkongsi dengan anda yang sudi mencuba resepi Paun Kek ini. Andai sedap dan hasilnya lebih success daripada saya diharap sudi-sudikanlah memberi tip dan petua mem-baking kek/cupcakes. Saya tidak sabar mendengar komentar dari anda.... 


KEK PAUN
  • 200 gram mentega
  • 320 gram gula halus
  • 6 biji telur
  • 280 gram tepung naik sendiri (di ayak )
  • 4 sudu besar susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • gula ising utk ditabur (hiasan)

* Terlebih dahulu panaskan ketuhar selama 15 - 20 minit .

  1. Pukulkan mentega dan gula sehingga pucat dan berkrim , kemudian masukkan telur pukul ( satu persatu ) sehingga sebati dan teradun sekata . 
  2. Masukkan tepung , kaup balikkan dan kalau nak pukul tak perlu lama , sekejap sahaja hanya sekadar untuk sebatikannya sahaja .
  3. Masukkan susu , vanila , kacau . 
  4. Masukkan ke dalam acuan kek , bakar 40 minit atau 1 jam ( bergantung kepada kepanasan oven anda ) 
  5. Tunggu sehingga kek sejuk sebelum dihias . 


==================================================

IDEA DECO CUPCAKES











Practice makes perfect. . . . . 

Step by step !

step by step



===================================================

hobi @ dapur. . . .




idea kanak-kanak. . .rupa kurang. . . rasa boleh tahan. . .


coklat-cupcakes


Homemade: garlic bread, chicken pie


.:: Sukatan Tepat Dan Mudah::.

TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter




NetOops protected image