Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
“Wahai orang
yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut”.
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu,
“Wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu
juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu,
”Demi Allah,
wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.
Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir
kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
“Demi Allah,
wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah
kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan
aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi
belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari
rumah, roh pula berpesan,
”Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai
anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.
“Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”.
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang
melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi kubur
masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi
nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga
dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan
nur itu.
Maka mayat itu menjawab:
“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi
nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun
terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa
yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah
untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
”Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.
akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang
akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki
seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan
bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.
”Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia
pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat
maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut
roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki
ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki
ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari
arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat
maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut cuba
mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah.”
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah
S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
”Wahai malaikatKu, tulis
AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.”
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah S.W.T maka keluar lah roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju
ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia
yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Untuk ingatan kita bersama.. .
Salam Jumaat.
Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Berkati, rahmati kami, Ya Allah.. .