DENDA merupakan cara paling biasa digunakan
oleh ibubapa untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Tetapi pendekatan
ini adalah kurang sesuai dan tidak digalakkan walaupun ia nampak
berkesan untuk memberhentikan atau mengurangkan sesuatu tabiat
buruk. Denda membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan dan hanya
patut digunakan sebagai jalan terakhir bagi menangani sesuatu tabiat
buruk selepas ke semua langkah pemantapan positif telah gagal.
Rasulullah (s.a.w.) sendiri tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap kanak-kanak semasa ingin menasihati mereka. Baginda sering berlemah-lembut dalam percakapannya dengan kanak-kanak.

Satu hadith dari Sunan Abu Dawud : Seorang sahabat
Nabi pernah berkata. Semasa saya kecil, Saya suka menjatuhkan buah kurma
dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang
(Rasulullah s.a.w.) yang mendukung saya dan menasihati saya agar
memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya
menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon
rahmat untuk saya.
Rasulullah (s.a.w.) selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul walaupun seorang kanak-kanak (mahupun wanita) di sepanjang hidupnya. Rasulullah (s.a.w.) banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya pemberian denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak.

Kenapakah denda tidak berkesan untuk membentuk tabiat positif jangka panjang ?
1. Denda cuma berkesan jika ia menjadi ancaman kepada anak-anak. Kalau denda itu bukan lagi merupakan ancaman, anak-anak akan teruskan dengan tabiat negatif mereka.
2. Denda mendatangkan perasaaan marah dan benci dalam anak-anak kepada orang yang mendendanya.
3. Anak-anak akan cuba menyembunyikan perkara negatif yang dilakukannya untuk mengelak daripada didenda. Dia masih lakukan perkara negatif cuma dia sembunyikan daripada ibubapa.
4. Denda cuma memuaskan hati orang yang mendenda.
5. Kanak-kanak akan mempelajari bahawa denda adalah cara bagi menyelesaikan masalah dan ini akan memberi kesan terhadap interaksi mereka dengan orang lain. Kanak-kanak akan membesar dengan konsep ini.
Terdapat 2 jenis denda :-
1. Melakukan sesuatu yang tidak disukai anak-anak ( contoh : memarahi, memukul )
2. Menidakkan sesuatu yang disukai anak-anak ( contoh : melarangnya menonton TV )

Cara terbaik melakukan denda .
>> Terangkan kepada anak kita secara lembut apakah kelakukan mereka yang melampaui had dan mengapakah ia mungkin membawa padah .

Kaedah :-
1.
a- Kita tidak semestinya menyatakan atau menerangkan tabiat buruknya, sebaliknya, kita boleh terangkan bahawa kita menyukai kelakuan baik yang diamalkannya.
b- Jangan memberi terlalu banyak perhatian kepada perkara buruk anak kerana ia mungkin berubah menjadi suatu cara untuk anak tersebut menarik perhatian kita.
c- Jangan sekali-kali memalukan anak di hadapan orang lain. Seelok-eloknya nasihati anak dalam suatu suasana yang mesra dan peribadi.
2. Denda yang kedua iaitu menidakkan sesuatu yang disukai anak-anak. Apabila nasihat yang diberi tidak membawa sebarang perubahan, kita boleh mengambil langkah seterusnya dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang disukai mereka. Contohnya, jika anak suka bermain basikal di waktu petang, kita boleh melarangnya bermain basikal selama seminggu bermula dari hari dia membuat kesalahan dan terangkan kepadanya kenapa kita berbuat demikian.
3. Jika semua usaha yang lain gagal dan anak-anak masih meneruskan kelakuan buruknya, hukuman fizikal mungkin menjadi perlu (Ingat! Ini adalah jalan terakhir dan tidak disyorkan).

Syarat hukuman fizikal :-
a. Jangan memukul semasa marah.
b. Jangan pukul di bahagian muka, dada atau perut.
c. Jangan pukul lebih dari 3 kali.
d. Jangan pukul sampai luka, lebam atau bertanda.
e. Merotan cuma sebagai simbolik dan bukan yang menyebabkan kesakitan atau mencederakan.

Kaedah denda / merotan anak :-
1. Jangan pukul anak dari lutut keatas
2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak .

Sabda Rasulullah s.a.w.
“ Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran ) ”
4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. ( Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan ) .
5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari ( Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk )
6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang ( Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran )
7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan ( Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya ).
8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap ( Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap )
12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. ( Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain ) .
15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Jika anak dibesarkan dengan. . . . . . . . . . .
celaan, dia akan belajar memaki .
cemuhan, dia akan belajar rendah diri .
permusuhan, dia akan belajar berkelahi .
hinaan, dia akan belajar menyesali diri .
dorongan, dia akan belajar percaya diri .
pujian, dia akan belajar menghargai .
rasa aman, dia akan belajar menaruh kepercayaan .
dukungan, dia akan belajar menyenangi diri sendiri .
kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menemukan cinta dalam hidupnya .
toleransi, ia akan belajar menahan diri .
sebaik-baiknya perlakuan, Ia belajar keadilan. . . . . .

sumber
*******
ANAK : Kualiti atau Kuantiti ?
Ramlah (bukan nama sebenar) , 48, bertemu dengan kawan lamanya ketika di sekolah rendah, Hasnah (juga bukan nama sebenar) di suatu ekspo buku di ibu kota. Mereka sudah 36tahun tidak bertemu. Ramlah kelihatan lebih segak, muda dan berketrampilan berbanding Hasnah yang seusia dengannya.
Setelah bersalaman, berpeluk dan berlaga pipi, Ramlah membuka persoalan, "Berapa orang anak?"
"Dua, itu pun dah ramai. Bukannya senang nak melahirkan mereka. Itu pun bila besar tak nak jadi orang. Hang berapa?" balas Hasnah.
"Tujuh."
"Heh, hang macam anak dara lagilah!" serkah Hasnah.
"Empat dah kerja. Tiga di luar negara," terang Ramlah tanpa ditanya.
"Untunglah hang. Anak mesti kerja besar-besar," cungkil Hasnah.
"Biasa-biasa aje. Seorang ada tiga buah syarikat telekomunikasi dan IT sendiri, seorang fotografer profesional, dua orang lagi editor."
"Saya bukan tak nak anak ramai tapi susah sangat melahirkannya. Dua-dua bedah. Doktor kata cukuplah dua," sedih sahaja nada suara Hasnah.
"Saya pula enam orang bersalin kat rumah kecuali yang bongsu. Itu pun sebab dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur."
"Memang terrorlah hang!"
"Saya malu nak bersalin kat hospital. Takut dirawat doktor lelaki. Keenam-enam lahir disambut oleh mak bidan yang sama di rumah."
"Yang sulung tu saya tak sedar pun bila mengandung. Maklumlah pertama kali. Sedar-sedar dah enam bulan tak datang haid. Bila pergi jumpa mak bidan, dia kata saya dah mengandung enam bulan!"
"Yang nombor tiga tu, masa bersalin tak terasa sakit sikit pun sebab keluar bersampul---tembuni tak pecah."
"Yang nombor empat tu yang paling rapat dengan saya sebab dia menyusu badan empat tahun sehingga adiknya lahir dan sama-sama berebut susu badan dengan adiknya."
"Yang nombor lima tu saya bersalin sambil berdiri. Ingatkan dia belum nak keluar lagi.
"Yang nombor enam tu, mak bidan lambat sangat sampai. Bapanya yang sambut, sampai mak bidan datang dan kerat pusat.
"Yang bongsu tu, saya pecah ketuban di Kuantan ketika saya sedang mengendalikan kem. Tapi kerana saya takut nak masuk hospital, saya paksa suami drive balik ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan mak bidan. Sampai di pekan Maran tak boleh tahan dah. Dia nak keluar juga. Kenalah singgah di Hospital Maran. Itulah satu-satunya saya bersalin di hospital."
"Fuh, kalaulah bersalin senang macam tu, sepuluh pun saya sanggup! Tak sangka zaman moden hari ni ada orang seperti hang," bersemangat Hasnah.
"Apa peliknya? Bukan ke zaman mak-mak kita dulu ada yang beranak sampai enam belas. Pada hal zaman itu belum ada kemudahan canggih di hospital. Dan semua anak-anaknya membesar menjadi orang yang baik-baik juga."
"Hang makan ubat apa?" cungkil Hasnah.
"Masa saya bersalin, emak,emak mertua dan kakak saya sangat tegas memaksa saya berurut, berbengkung, berpantang makan, bertungku dan bertangas. Heh, lama dah bercakap, hang kerja apa?" tanya Ramlah.
"Tak buat apa. Surirumah sepenuh masa! Hang?"
"Masa muda-muda dulu saya mengendalikan 14 buah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej swasta. Ketika anak-anak sedang membesar saya menguruskan pusat latihan dan menganjurkan kem. Saya juga mengikut arwah ayah masuk ke hutan bersama suami di Batang Kali, Selangor, Kuala Tembeling dan Pekan, Pahang mencari kawasan kayu balak dan tanah pertanian untuk dipohon. Sekarang saya mengetuai satu NGO di Kuala Lumpur, membuat kerja-kerja misi kemanusiaan keluar negara, mengurus rumah anak yatim dan tahfiz serta mengendalikan sebuah syarikat penerbitan."
"Macam mana hang mengasuh anak-anak?"
"Semua anak-anak saya asuh sendiri. Saya tak suka pakai orang gaji. Saya bawa mereka semua pergi kerja sebab saya kerja sendiri. Dalam van mereka kena ikat pada seat . Kalau tidak mereka merayau dan terjatuh."
"Hang patut diberi anugerah ibu mithali."
"Siapalah nak bagi orang macam saya? Cuma Hun Sen , Perdana Menteri Kemboja saja yang bagi saya anugerah tahun lepas kerana penglibatan saya dalam kerja-kerja kemanusiaan di Kemboja selama 6 tahun."
"Habis sekarang anak dah besar-besar?"
"Saya tak boleh bersunyi di rumah. Jadi saya ambil empat orang anak angkat daripada keluarga miskin berumur 10 tahun tinggal di rumah. Pada masa yang sama tiap-tiap hari saya mengasuh lebih kurang 60 orang anak-anak didik saya di sebuah Maahad Tahfiz di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh. Dua tiga bulan sekali saya menziarahi 20 orang anak yatim saya di Acheh, Indonesia yang saya tubuhkan sejak peristiwa tsunami (26 Disember 2004) lapan tahun dulu. Saya juga terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan orang Asli di Kampung Merbau, Maran, Pahang untuk memulihkan akidah mereka."
"Berbahagialah hang. Aku ada dua orang anak pun tak mahu balik rumah. Kerja pun tak tetap. Asyik ke hulu ke hilir naik motosikal. Merempit siang malam," kesal Hasnah.
"Belum terlewat Nah. Cuba bawa berbincang dengan mereka. Ambil berat dengan kebajikan dan hal ehwal mereka. Wajibkan mereka balik ke rumah setiap malam. Jadikan rumah kita tempat yang selesa dan menyenangkan mereka dan bukan tempat yang menyusahkan hati mereka," nasihat Ramlah.
"Aku cuba."
"Mendidik anak ni sedari kecil hendaklah diberi makan dan minum serta dijaga keselamatan dan tempat tinggal. Bila dah mumaiyiz sekitar usia empat tahun atau lima tahun hendaklah kita cetak mereka dengan corak yang kita kehendaki seperti didikan agama, akademik serta menggunakan sedikit paksaan dan dendaan jika mereka ingkar.
Namun, apabila mereka sampai kepada usia baligh atau remaja kita kena berkawan dengan mereka.
Tidak lagi boleh dipaksa. Jadikan komunikasi dua hala. Bincang daripada hati ke hati. Tetapi bila dah besar panjang kita hanya mampu mendoakan mereka dan menjadi penasihat kepada mereka."
"Terima kasih Lah."
"Sama-sama."
sumber :
CHICKEN SOUP : Dato' Haji Muhammad Zakaria
*******
4 ulasan:
Assalammualaikum. Nice entry. Gud sharing...moga awak akan selalu share dan share lebih byk lg parenting tips.
Jemput singgah ke blog saya utk kita bertukar-tukar pendapat mahupun info. Tq
Wsalam. InshaAllah...eima. Terima kasih
Singgah ke sini. ☺
Good sharing. Kisah teladan antara jumlah anak sedikit dan banyak. Ia bergantung kpd bagaimana corak didikan utk mereka semasa kecil
Perkongsian yang menarik. Banyak input yang boleh diamalkan sebagai ibubapa. Kami yang usahakan tadika pun boleh praktikkan tips puan.
Teruskan berkongsi.
Walaupun artikel dah lama publish, tapi masih relevan sampai bila2.
Catat Ulasan