KALAM HIKMAH
Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.
Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.
Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.
Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.
Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.
Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.
Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.
Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.
Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.
Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.
Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.
Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.
KATA MOTIVASI
Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.
Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.
Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.
Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.
Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.
HIKMAH KATA Prof Dr Muhaya
|
[Gambar hiasan] |
Kata - kata Prof Dr Muhaya dibawah ini adalah 'Koleksi Pilihan' Blog Lavender Roses dari Media Sosial Prof Dr Muhaya. Ianya dikumpul dan dikongsikan disini agar dapat dimanfaatkan bersama-sama pembaca pages ini. Semoga Allah merahmati kalian semua.
Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai di padang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah. Walau kita berasa marah pun mesti kerana Allah. Jom audit emosi negatif kita adakah kerana Allah atau sebaliknya. Apatah lagi bagi anak anak yang marah pada ibu bapa, renung anak kita sendiri. Setiap apa kita buat pada ibu bapa akan dibalas. Kasihan anak kita jika mereka juga tidak berakhlak pada kita dan mendapat dosa.
Ramai ibu bapa muda tertipu dengan anak comel yang diberi Allah tetapi mengecilkan hati ibu bapa dan 20 tahun kemudian menangis bila anak mereka mengecilkan hati mereka. Sama kita renungkan. Jaga niat kita sentiasa.
Emosi kita bangun tadi suatu indikator keimanan dan kesyukuran kita. Jika tidak tenang, muhasabah dan bertaubat dan refleksi diri dan hentikan semua kritikan dan menganalisa orang lain tetapi mula analisa diri kita dan ambil langkah betulkan diri. Pasang niat pagi ini utk berbuat baik
Maafkan semua orang dan halalkan semua dan lupakan semua kebaikan kita pada orang dan ingat semua kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kesalahan kita pada orang. Ini formula utk hidup tenang dan sihat, insyaAllah.
Para isteri sebelum tidur ucap terima kasih pada suami dan minta maaf, begitu juga para suami. Tidak jatuh nilai kita bila kita menghargai orang lain dan meminta maaf. It works like magic in a relationship.
Sebelum tidur ingat segala perkara yang kita bersyukur dan bayangkan siapa kita nak jadi esok hari tentu lebih baik dan soleh dari hari ini. Niat utk lebih senyum dan bermanfaat esok hari.
Cara seseorang memberi pendapat dan interpretasi keadaan mencerminkan kualiti. Jom audit bagaimana perspektif dan prioriti kita. Jika baik kedua ini maka baik lah kehidupan seharian. Cuba audit profile kita setiap hari dan komen kita beri pada pendapat orang lain. Adakah mencari salah atau ingin belajar. Orang yg bijak sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan menjadi solusi. Orang kurang bijak sentiasa mencari salah dan menjadi masalah bukan solusi. Orang berjaya suka memberi, orang kurang berjaya sentiasa mencari peluang atas kelemahan orang lain dan sangat berkira dalam kerja seharian. Adakah kita suka menyenangkan orang lain atau menyusahkan, suka menggembirakan atau suka menyakitkan hati, kita menaip utk nasihat atau melepaskan kemarahan,. Apa kita fokus itu kita dapat. Jika negatif , negatiflah hidup kita, jika positif, positiflah hidup kita.
Kepada semua pakar dan medical officer cuba ubah persepsi terhadap houseman dan stop labeling. Bila ada houseman baru cuba lihat dgn kasih sayang dan hormat dan beri galakan. Ingat masa kita houseman dulu pun penuh dgn kelemahan. Ini akan beri motivasi pada mereka. Selalu nya orang yg marah orang tidak akan tenang dan tidak akan bahagia. Ingat keselamatan anak kita dirumah dan jgn sekali menjatuhkan maruah dan menganiaya sesiapa. Hidup ini ada kitaran. Apa kita buat itu kita dapat. Jom semua pakar perubatan dan ketua jabatan, have more compassion. Tidak ada rugi jika kita baik dgn orang dan akan selalu rugi orang yang berbuat jahat.
Komunikasi- 7 % perkataaan, 38% intonasi, 55% fisiologi ( perasaan happy atau negatif termasuk memek muka). Sama fikirkan.
Lihat profile di facebook. Cuba buat perbandingan dengan gambar yg tertera dan ciri keislaman. Jom audit diri kita. Kaum wanita jika tidak ada kelembutan apa beza dgn lelaki. Lihat diri , refleksi diri, dan cuba ubah diri. Jika kita tidak dihormati bererti kita tidak hormati diri dan hormati orang lain.
Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama org yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yg kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa.
Begin the day with gratitude and compassion. Think of doing something kind to another human being. See how your entire day change. Start email someone to tell how you appreciate them
We do not get what we want but what we are. If we want love we have to be loving, if we want friends we have to be friendly, loving people live in a loving world, hostile people live in a hostile world. how come? Decide the world we want by being what we want. Hence we see what we type then we know what world we are living in.
Ramai orang berbual difacebook dan dalam perbualan itu ia samaada break us or make us. Jaga masa. Hanya buat sesuatu yg akan beri progress. Change is permanent, personal growth is a choice. Apa kita willing to do to imprpve. Adakah hanya setakat baca status facebook dan tiada tindakan jika semalam tidak lebih baik dari hari sebelum semalam bererti tiada progress alangkah ruginya. Jangan kita hanya NATO - no action talk only.
Jaga setiap minit akan terjaga jam, hari, minggu, bulan, tahun dan kehidupan. Jaga virus minda iaitu alasan yg di beri dan di cari dalam mencari redha Allah
Isteri menemani, memasak, melahirkan anak, para suami sabar dgn isteri, buat majlis ilmu dirumah atau hadiri majlis ilmu utk didik isteri. Suami yg biarkan isteri tinggal solat hukum dayus. Biarkan maksiat dilakukan isteri. Jom isteri jaga solat dan aurat. Kasihani suami dunia akhirat. Jangan hantar suami ke neraka dgn kedegilan kita. Apa kita dapat kalau degil dgn Allah dan suami dan mula keluh kesah dan tidak disayangi suami setakat toleransi kita sahaja. Niat nak ke syurga bersama suami dan anak anak hari ini. Sia- sia hidup mencari penghargaan manusia dgn menjaga penampilan fizikal sahaja. Lihat muka dicermin dan tanya apa tujuan hidup hari ini.
Allah pandang dgn rahmat dan diberi ketenangan hati bila menghadiri majlis ilmu, sibukkan diri mencari ilmu akidah, ilmu taharah. Kebnyakan azab kubor sebab tidak istinjak dgn betul. Banyak ingat Allah insyaAllah akan tenang. - Ustaz zahazan
Siapa byk solat tahajjud akan sgt positif and terbuka minda. Siapa yg tak solat subuh akan dikencingkan oleh syaitan dalam telinga. Dia bangkit dgn keadaan diri yg negatif, prejudis, segala dalam hidup penuh kotor. Jom qiammulail utk perbaiki diri. -Ustaz zahazan
Imam ghazali. Bila lihat seseorang sentiasa rasa dia lebih baik dari kita. So kita tak boleh bajet bagus dan sentiasa lihat kebaikan orang dan berlapang dada.
Semakin usia bertambah kita harus semakin dekat dgn Allah. Orang yg dah mati pun banyak cubaannya. Ujian hanya selesai bila kaki melangkah dalam syurga. Orang bijak bukan org yg cerita masalah difacebook, tapi bangun malam dan berdoa pada Allah, insyaAllah akan dapat hidayah selesaikan masalah. Hentikan mengharap pada manusia. -Ustaz Zahazan
Hari ini perhatikan sikap kita, hentikan nak label orang dan jaga jgn kita bajet bagus. Tutup kebaikan kita sebanyak mungkin macam mana kita cuba sembunyikan kejahatan. Itulah ikhlas.
Sama kita perhatikan diri kita hari ini dan hentikan sekejap melihat orang lain. Apa yg kita cakap pada diri dan apa fokus kita. Kita selalu bercakap tentang orang itu mati , kasihan dsb dan rancangan tv juga fokus pada cara mati dan betapa sedihnya yg ditinggalkan. Apa kata kita fikir apa yang berlaku bila masuk kubur, adakah taman syurga atau kawah neraka. Jika semasa hidup penuh ingkar pada Allah kita harus rasa sedih untuk yg meninggal dan renung diri kita apakah nasib kita.
Mulakan setiap hari dengan berfikir yang baik utk, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam keluarga tolong seseorang yang merasa rendah diri dengan memberi pujian dan penghargaan. Dalam masyarakat pula kutip sampah yg kita jumpa dan kitar semula sebanyak mungkin. Untuk negara pula doakan mereka yang berkuasa supaya diberi hidayah untuk menjalankan tugas dgn penuh keadilan dan kesejahteraan. Jangan ada komen utk post ini untuk mengutuk sesiapa. Setiap kutukan yang kita lempar akan kembali pada kita semula.
Jika kita payah memaafkan dan sentiasa melihat kesalahan cuba audit kesalahan kita pada orang dan adakah kita mahu orang memaafkan kita. Kita hanya akan dapat apa yg kita buat. Dosa dengan manusia yang payah kita nak bawa diakhirat nanti. Jika kita maafkan orang Allah akan buka hati orang maafkan kita, alangkah tenang kita bila tak banyak dosa dgn orang lain. Dosa dgn Allah boleh taubat nasuha tapi dgn manusia harus mereka maafkan kita. Jika hati kita keras agaknya kita dekat dgn neraka atau syurga, Allah sayang atau Allah murka. Malu pada diri ini yg penuh dosa dan hentikan fokus kesalahan orang pada kita tapi fokus kesalahan kita pada orang utk elak kita bajet bagus.
Setiap orang dari kita dikurniakan kehebatan oleh Allah swt . Hidup dengan kesedaran ini dan fikirkan apa kita boleh buat untuk memberi faedah kepada makhluk Allah. Setiap tindakan kita akan membina atau merusakkan sesuatu. Fikir yang mana satu sedang berlaku setiap kali kita bertindak dalam apa saja situasi.
Jaga anak anak supaya tidak menonton rancangan tv ganas dan ngeri. Akan rosak minda mereka.
Manusia mencipta suasana luar dgn membina dunia dalamn mereka dgn menjaga fikiran dan emosi supaya sentiasa baik dan positif dan sentiasa bersangka baik pada orang lain.
Kita merasa kasihan pada diri kita yg tertipu bila kita sibuk buat amalan soleh menolong orang tapi menyiksa diri kita ke arah neraka bila tidak menjaga ibadah khusus dan aurat dan pegaulan pada kaum wanita. Jom audit diri kita. Apa tujuan kerja adakah hanya memenuhi keperluan hidup membayar bil atau memenuhi tujuan hidup mencari redha Allah supaya menuju jalan ke syurga. Dgn mengingati mati dan syurga dan neraka akan menguatkan kita mengatasi semua masaalah hati insyaAllah. Bebaskan diri dari mencari penghargaan manusia
Ibu bapa yang melabur pada pembangunan peribadi dan sahsiah wawasan dan akhlak Anak anak Akan mendapat hasilnya. Jom audit dimana perbelanjaan kita pada anak anak
Orang yang bermasaalah akan sentiasa ada masaalah. Oleh itu jadikan diri kita orang yg tidak bermasaalah dengan menjadi bahagia dan membahagiakan. Penyelesaian ada dalam diri kita bukan luar diri kita
Orang yg berminat akan buat apa yang selesa. Orang yg komited akan buat APA SAjA untuk capai impian mereka. Yg mana kita. Hentikan mengeluh dan merungut dan mulakan tindakan.
Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita , perkataan kita dan tindakan kita. Lihat bagaiaman hidup kita berubah.
Senyum suatu sunnah dan akan menghasilkan hormonn endorphins bila kita senyum. Hanya manusia boleh senyum dan haiwan tidak dapat senyum. Jangan fikir apa orang kata. Walau orang tak senyum balik kita dah dapat pahala sunnah. Senyum yg benar benar niat sunnah akan diterima dgn baik insyaAllah. Nabi Muhamaad saw tidak akan berkata kata sebelum baginda senyum dulu. Jom jadikan senyum suatu amalan dan tabiat. Ajar anak anak senyum bila bangun pagi. Sesiapa yang masam dan kata moody bila bangun, bayangkan bagaiman hari yg dimulakan dgn muka masam. Ubah tabiat ubah kehidupan.
Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat.
Khutbah terakhir mengandungi semua yang berlaku kini betapa Rasullullah tahu apa akan berlaku. 3 perkara 1. Jaga kebajikan wanita, jangan isteri kerja dan suami rehat sahaja, Nabi Muhammad memuliakan wanita. Wanita dinikahi dgn nama Allah dan harus jaga. Wanita harus bersyukur kerana di khutbah terakhir Rasulullah baginda menyebut kebajikan wanita. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Jom wanita semua niat nak jadi dan disiplinkan diri menjadi wanita solehah. Komen yg diberi jgn sebut masalah orang lain tapi perbaiki diri. Kita semua tahu masalah sekarang tak payah diulang byg negatif tapi fokus yg positif. Setiap kali kita melihat orang lain kita tidak melihat diri kita hingga terlupa keaiban diri. Hentikan semua suara dalaman sakit hati, keci hati, dendam dgn sesiapa. Mula lihat diri dan tanya kenapa Allah izinkan orang menyakiti kita dan mula ingat siapa kita pernah sakiti dan minta ampun dan perbaiki diri.
4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi . DAri fanpage Ustaz Dr Zahazan.
Renung bacaan Quran kita. Alangkah sedih bila umur sudah lebih 40 tahun tapi masih merangkak membaca Quran. Ini disebabkan didikan masa kecil kurang ditekankan bacaan Quran dan mengamalkan ajarannya. Jangan biarkan anak-anak kita lemah Al-Quran. Kalau kita ingin sentiasa menambah baik rumah dan kenderaan kita apa kita buat dengan bacaan Quran. Jom belajar dan tingkatkan bacaan Quran kita.
Iman boleh bertambah dan boleh berkurang. Bila rasa iman berkurang
istighfar. Banyak perkara melemahkan iman. Mukmin yg cintakan Allah dan
syurga akan berbuat amal soleh utk tambah iman dan elakkan maksiat yg
mengurangkan iman- ustaz roslan
Hentikan
melihat dgn mata fizikal sahaja. Guna mata hati. Kita di nilai bukan
dgn apa kita ada, buat, title, rumah, barang branded tapi nilai kita
pada nilai hati dan nilai manfaat kita beri pada orang.
Jika
ingin mendapat hidayah kita harus berusaha. Jika masih di takok lama
tentu hidup akan sama. Lihat kawan kita maka kita tahu siapa kita. Birds
of a feather flock together. Kita hanya suka org yg sama dgn kita.
Hidup
penuh makna bila setiap perbuatan bebas dari penghargaan manusia. Lihat
bagaimana hidup berubah bila capai tahap ini. Lihat hidup kita
sekarang. Kalau tertekan erti belum sampai
Jangan terpesona dgn manusia. Harus terpesona dgn pencipta manusia. Jaga jaga supaya amalan mendapat ganjaran akhirat.
Kajian
menunjukkakn mereka yg positif masa muda bila berumur 70 keatas tidak
ada penyakit. Sebaliknya mereka yang suka risau, takut , marah, dendam,
benci orang masa muda banyak penyakit
Kaum
wanita fikir apakah kita murah atau mahal, eksklusif atau tidak. Lagi
buka aurat lagi murah dan tidak eksklusif tontonan semua. Di dunia
terhina di akhirat papa lagi. Jangan ikut amalan ramai orang. Kaum masuk
syurga kaum yg sedikit. Jangan ikut adat ikut ibadat.
Allah
Maha mendengar, Maha melihat, Maha mengetahui, Maha mengetahui rahsia. Ingat
ini dan kita akan takut untuk buat maksiat dan tidak akan takut selain dari
Allah dan tidak akan yakin selain Allah. Kita akan ada sifat Muraqabah.
Cara
membuat skrip kehidupan. Gambarkan dalam minda kehidupan yang kita mahu dan
tulis dalam bentuk tulisan dan sentiasa baca dan kekalkan gambaran itu sentiasa
dan bertindak ke arah itu dan yakin Allah akan makbulkan.
Semoga
kita semua berjiwa besar dan tidak cepat kecil hati dan marah sebaliknya hidup
dengan penuh kasih sayang dan sifat memaafkan orang. Jika kita sentiasa makan
racun bagaimana akan sihat. Begitulah jika apa kita tonton dan baca adalah
berita negatif dan buruk bagaimana jiwa akan tenang. Sebarkan kasih sayang.
Lihat post kita dan post apa kita baca itulah dunia dalaman kita.
Orang
yang bijak tidak akan terkesan dengan apa dia lihat dan dengar yang negatif dan
hati yang bersih hanya akan menyerap kebaikan. Kita yang tentukan apa yang
masuk dalam jiwa kita. Tidak bererti jika ada kemalangan di jalan raya kita
tidak akan gunakan jalan raya untuk ke destinasi penting. Jom gunakan media
mencari ilmu dan hentikan alasan untuk tidak mendengar ilmu. Orang berminda
kecil mencari alasan dan jadi penghalang, orang berminda besar mencari solusi
dan mencari jalan.
Hentikan
sebut ' saya kecewa, kecil hati, terkilan atas segala yang dah berlaku. Yakin
pada takdir Allah. Boleh kecewa dengan diri jika berdosa dan mengubah diri.
Buang sifat mengeluh merungut mengumpat.
Bagi anak
anak atau adik beradik yang bergaduh cuba lihat album lama dan renungi kasih
sayang pada masa yang lalu dan refleksi diri dan buat perubahan menyambung
silaturrahim. Jangan sekali kali ada dalam jiwa kita orang yang kita benci atau
dendam kerana emosi ini adalah racun jiwa dan akan menyebabkan banyak penyakit
fizikal juga.
Jika kita
bersama seseorang dan merasa tenang dan ingat pada Allah insyaAllah boleh
dijadikan sahabat. Jika sebaliknya elakkan diri jika tidak dapat menyeru pada
kebaikan dan kita sendiri terpengaruh.
Alangkah
rugi jika orang muda yang sihat tidak niat dan mengambil langkah untuk menjadi
salah satu golongan di bawah lindungan arasyh Allah di padang mahsyar dengan
beribadah ketika usia muda. Jom audit aktiviti setiap hari. Imam Qurtubi
mengatakan bergaul dengan anjing lebih baik dari bergaul dengan orang yang
jahat-Imam Suhaib Webb. Hidup bukan hanya untuk bersuka suka dan bermain tapi
untuk ubudiyah kepada Allah.
***
[Penulis LR] berkata......"
Saya pendengar setia Radio Islamic Malaysia...mau tahu, dalam INSPIRASI KU saya telah senaraikan di blog ini.
Di situlah saya meminati aura Prof Dr. Muhaya;- saya kenali suaranya, wadah ilmu dan pemikirannya yg positif. Setiap rabu radio tersebut bersiaran setiap jam 9.00/10.00am tidak silap saya.. maaf kalau salah kira sekitar tahun 2010.
Syukur saya dapat mengulangdengarnya lagi... saya berkongsi dengan anda pembaca. Moga beroleh berkat dan manfaat dan sama-sama kita pergunakan ilmu ini. Moga beroleh kebaikan dunia dan akhirat, amin.
***
Prof. Dr. Muhaya - LEMBUT DALAM KEHDUPAN
Prof. Dr. Muhaya - JENIS MANUSIA DALAM KEHIDUPAN
31 ulasan:
Alhamdulillah.. jutaan manfaat dan faedah yg sy dpt dr blog ni.. Semoga kamu sentiasa dirahmati oleh ALLAH. Amin..
Bgus. Alhamdulillah trmksih.
alhmdulilah,begitu terkesan dn dpt mengubah minda ttg berpikir yg positif utk jalani hdup yg pnuh makna.tq dr.
saya nak copy dan paste maklumat awak boleh tak,,,yg dr muhaya punya banyak best
moga sama2 dpt manfaat..apa salahnya..terima kasih sudi ke sini. :-)
Sangat bermanfaat kpd saya utk meneruskan sisa-sisa hidup di dunia ini.
Assalamualaikum .. mohon share, copy . syukran :)
Assalammualaikum
Mohon ambil dan share input. Sangat membantu dan memberi semangat pada diri saya. suka penulisan dan input blog saudara/ri.
mohon share ilmu yang diberi. syukran. may Allah bless u :)
mohon share ilmu yang diberi. syukran :)
mohon share. terima kasih.
Mohon share pengetahuan yg bermakna ini. Syukran jazilan ya sadiqi :)
Alhamdulillah..
Suka dgn kata2 motivasi & nasihat yang disajikan di blog ini :-)
Saya nak letak blog awak dlm list blog yg saya suka :)
Silakan dtg melawat blog saya di:
www.dunia-naeim.blogspot.com
Kata-kata motivasi dari prof sentiasa memberi aura yg tersendiri kepada sesiapa yg membacanya kerana apa yg diberitahu prof adalah kadang2 sifat yg memang kita selalu buat tanpa sedar setiap hari dan prof bagaikan menyedarkan kita kembali
Syukran..sgt bermanafaat..semoga usaha ini berterusan dan sentiasa di rahmati Allah
Syukran.. Mohon share yer.. Banyak nasihat dan peringatan dr Dr Muhayya untuk kita semua berusaha jadi lebih baik di mata Allah
Mohon share ye
Kak aya (panggilan di sek) memang sudah menyerlah dari dulu. Memang benar jika kita sudah pupuk sifat positif dari awal..ia akan jadi seperti satu routine.Kak Aya headgirl di sekolah. Memang menyerlah dari belasan tahun lagi. Sangat bangga dengan pencapaian kak aya Prof Muhaya.
Kak aya (panggilan di sek) memang sudah menyerlah dari dulu. Memang benar jika kita sudah pupuk sifat positif dari awal..ia akan jadi seperti satu routine.Kak Aya headgirl di sekolah. Memang menyerlah dari belasan tahun lagi. Sangat bangga dengan pencapaian kak aya Prof Muhaya.
Kak aya (panggilan di sek) memang sudah menyerlah dari dulu. Memang benar jika kita sudah pupuk sifat positif dari awal..ia akan jadi seperti satu routine.Kak Aya headgirl di sekolah. Memang menyerlah dari belasan tahun lagi. Sangat bangga dengan pencapaian kak aya Prof Muhaya.
Kak aya (panggilan di sek) memang sudah menyerlah dari dulu. Memang benar jika kita sudah pupuk sifat positif dari awal..ia akan jadi seperti satu routine.Kak Aya headgirl di sekolah. Memang menyerlah dari belasan tahun lagi. Sangat bangga dengan pencapaian kak aya Prof Muhaya.
Assalamualaikum Prof
Saya sudah berusia 51 tahun, wanita, menggunakan reading glass sejak 7 tahun yang lalu. Saya berminat untuk melakukan lasix...agar dapat menjadikan AlQuran sebagai rakan karib...dengan umur sekarang, adakah saya masih layak untuk menjalani pembedahan lasix...terim kasih prof
Alhamdulillah.. syukur..
Alhamdulillah, mohon share kata kata hikmah Prof Muhaya dari entry awak . semoga awak dimurahkan rezeki .. :)
Professor Muhaya masih bekerja dengan mana-mana universiti ke? Setahu saya, gelaran professor oleh seseorang hanya apabila beliau masih bekerja dengan universiti tersebut, dan tidak boleh digelar professor apabila seseorang itu tidak lagi bekerja dengan sesebuah universiti, kecuali lah orang itu mendapat gelaran profesor emeritus.
alhamdulillah..
terima kasih Allah sebab menemukan post ni sampaikan nasihat melalui post nihh..😇 syukur ya Allah...
alhamdulillah..
terima kasih Allah sebab menemukan post ni sampaikan nasihat melalui post nihh..😇 syukur ya Allah...
Assalamualaikum semua.
Saya terkesan dengan pesanan seorang nenek di masjid: Jadikan Allah tempat pertama kita mengadu hal. Kita tak akan kecewa. Beritahu kepada orang (hatta yang terdekat ; setelah kita mengadu pada Allah).Saya rasa benar-benar berkesan. Seperti blog ini ; banyak membentuk jiwa saya. Saya rasa kurang stress walaupun masalah mendatang tidak kurang besarnya. TQ
Mohon share... Sangat bermanfaat.. Kadang-kadang kita perlukan kata2 yg sentiasa membantu kita kearah kebaikan
http://www.hanasihat.com/?m=1
Mohon share juga..moga ALLAH Sahaja mampu membalasnya
Assalamualaikum. terima kasih atas dorongan motivasi yang memberi saya kekuatan untuk terus istiqomah memberi fokus kepada Allah, diri dan keluarga. Mohon agar motivasi seumpama ini sentiasa dibugarkan sebagai suntikan semangat kepada semua agar berfikiran dan bertindak secara positif.
Catat Ulasan