PETUA 1
Keluarkan Duri
Pilihan 1:
a. Ambil seulas bawang merah.
b. Kemudian, lumurkan bawang tadi dengan minyak kelapa atau minyak masak.
c. Seterusnya bakar bawang itu sampai hangus.
d. Tampal atau tekapkan bawang yang hangus pada bahagian yang tertusuk duri.
Pilihan 2:
a. Ambil getah betik dan sapukannya pada bahagian yang tertusuk duri.
b. Keesokan harinya duri tersebut akan keluar sendiri.
PETUA 2
Petua Untuk Mendapatkan Balik Barang Yang Hilang
Jika anda kehilangan barang hilang atau dicuri, jangan khuatir atau sedih. Ensaiklopedia Petua Melayu ada petuanya. Insyaallah jika anda tawakal serta sabar berusaha dengan berdoa supaya ia dikembalikan kepada anda. Terdapat 2 doa untuk diamalkan selepas solat. Buat juga solat hajat serta bacaan Yasiin supaya orang yang mengambilnya berasa gelisah, rasa bersalah, takut tertangkap dan senantiasa resah kerana mengambil barang kepunyaan anda. Moga-moga dipermudahkan Allah s.w.t. Jika mendapat kembali barang tersebut, adalah rezeki anda. Jika sudah berusaha dan tidak berhasil, anggaplah itu adalah satu ujian Allah s.w.t. ke atas diri anda.
Pilihan Doa 1: Baca Surah Ali Imran Ayat 9)
Maksudnya:(Surah Ali Imran: Ayat 9)
"Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari Kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya."
Pilihan Doa 2: Baca Surah At Taubah Ayat 46
Maksudnya: (Surah At Taubah: Ayat 46)
"Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka dan dikatakan (oleh Syaitan): Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal."
PETUA 3
Petua Mencegah Kelemumur
Pilihan 1: Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang.
Pilihan 2: Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.
Pilihan 3: Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Kelemumur akan hilang.
Pilihan 4: Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.
Pilihan 5: Tumbuk 13 helai daun pandan hingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu disaring dan usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang terdapat kelemumur. Seterusnya bilas rambut anda dengan air biasa.
Pilihan 6: Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu. Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.
Pilihan 7 : Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu.
Pilihan 8 : Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Pilihan 9: Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, sapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali sebelum mandi.
Pilihan 10: Perahkan air limau purut ke atas kulit kepala anda. Lumurkan rata-rata dan biarkannya beberapa jam. Biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala yang kering dan bersih. Basuh rambut anda dengan air suam.
PETUA 4
Kenapa Ada Jerawat di Anggota Badan?
1. DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.
2. HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.
3. DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
4. PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
5. PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
6. BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
PETUA 5
Petua Untuk Melambatkan Rambut Beruban
1. Dapatkan sebiji betik masak. Ambil bijinya sahaja. Dapatkan pula minyak zaitun sebanyak 200 ml.
2. Biji betik dibersih, digoreng hangit dan disejukan.
3. Seterusnya kisar sehingga halus.
4. Ambil debunya masukan ke dalam botol minyak zaitun. Goncang sehingga sebati.
5. Ramuan ini anda pakai sebagai minyak rambut setiap malam.
PETUA 6
Petua Untuk Membuang Toksid
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal
Daun saleri
1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
PETUA 7
Petua Untuk Sentiasa Ceria dan Bahagia
1. Jangan Takut dan Khuatir - Perasaan takut dan khuatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif. Sebahagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam - Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.
3. Fokus Pada Satu Masalah - Jika anda dihantui beberapa masalah, selesaikanlah masalah anda satu persatu. Jangan cuba untuk menyelesaikan masalah sekaligus, kerana pasti akan membuat anda semakin stress.
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda - Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesihatan tidur kita. Fikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan - Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil porsi terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut justru itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri dengan porsi terbesar.
6. Jangan Hidup di Masa Lalu - Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingati hal-hal yang menyenangkan di masa lalu, tetapi jangan anda terlena di dalamnya. Fokuskanlah pada apa yang terjadi saat ini, kerana kita pun akan bisa merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita merayakan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.
7. Jadilah Pendengar yang Baik - Mungkin sebagian besar orang termasuk saya susah untuk menjadi pendengar yang baik. Justru sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan omongan kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.
8. Jangan Biarkan Frustasi Mengatur dan Bahkan Mengacaukan Hidup Anda - Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksudnya janganlah kita menyerah pada frustasi. Maju terus. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.
9. Bersyukurlah Selalu - Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif sahaja tetapi juga hal yang negatif, kerana disebalik setiap hal yang negatif tersebut ada yangl baik yang perlu kita pelajari.
PETUA 8
Petua Untuk Melebatkan Rambut Secara Tradisional
Petua 1: Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca Selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.
Petua 2: Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.
Petua 3: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.
Petua 4: Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.
Petua 5: Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan hingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam.
Petua 6: Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Perahkan santan daripada 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yang pekat saja. Kemudian, jerang di dalam kuali besar yang tebal. Seeloknya guna dapur kayu kerana memasak minyak kelapa mengambil masa yang panjang. Kemudian biarkan ia sejuk sebelum anda jaramkan pada kepala anda.
Petua 7: Minyak bijan juga bermanfaat untuk melebatkan rambut anda. Campurkan minyak bijan dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Ia akan mengharumkan minyak tersebut. Untuk mengelakkan ia berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.
PETUA 9
Petua Untuk Hilangkan Parut Di Badan
Pilihan 1: Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.
Pilihan 2: Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga anda dapat lihat perubahannya.
Pilihan 3: Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.
Pilihan 4: Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.
Pilihan 5: Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.
PETUA 10
Petua Untuk Hidup Bahagia
1. Tinggalkan sifat PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
2. Tinggalkan sifat PENDENDAM - Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Tinggalkan sifat HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Tinggalkan sifat BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tinggalkan sifat TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tinggalkan sifat TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Tinggalkan sifat EGO - Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8. Tinggalkan sifat RIAK - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.
9. Tinggalkan sifat terlalu MENCINTAI DUNIA - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
PETUA UNTUK SENTIASA DARA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

***

Tiada ulasan:
Catat Ulasan