KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

INFO KESIHATAN

Petua merawat kanser dan makanan mencegah kanser.

ubatsaya2u.blogspot.com
rawatkanser.com
world without cancer


Makanan yang dapat menentang kanser :

Memakan paling kurang 7biji Aprikot setiap hari InsyaAlah 100% tidak terkena kanser. Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kerana maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.

Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon . Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya .

Elakkan produk-produk  tenusu  yang tinggi lemak .
Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu . Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara .

Elakkan daging dan ikan yang dipanggang , digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar . Membakar atau memanggang didalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat .

Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cencaluk, belacan , acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.

Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat .

Jangan makan makanan yang telah berkulat .
Berhenti memakan gula . Kanser merupakan pemakan gula . Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu .

Elakkan menggunakan minyak masak , margerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun , minyak bunga bunga matahari dan minyak biji apricot . Begitu juga dengan margerin .

Makan makanan yang banyak kandungan B17.

Rancangan pemakanan yang disarankan :
Kulit ayam/itik mesti dibuang.
Makan banyak sayuran crucifer seperti kobis bunga, brokoli , bok choy, sengkuang, kubis dan salad/lettuce . Kukus, reneh, celur atau makan mentah .

Makan sekurang-kurangnya 3hidangan ikan air sejuk seperti : salmon, tuna, tenggiri, kod .
Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran , buah-an, kekacang dan bijirin .
Makan tempe, tauhu, tofu, taufu fah dan air kacang soya .

Beli sayuran organik jika mudah didapati .
Makan cendawan payung, shitake , tiram , mitake atau timur barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
Makan makanan yang mempunyai betakeratone, karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.

Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah , bawang hijau, kucai dan daun bawang .

Sentiasa  minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral .

Buang kentang, bawang yang sudah bertunas . Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser .

Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap . Ianya mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan vitamin , mineral , antioksidan , klorofil dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser .
Kurangkan minum minuman bergula . Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.

Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek , kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam .
Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup,reneh/stew atau oven-grilled.



 Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser :

Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak boleh hidup jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan oksigen dalam darah.

Ambilkira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau, atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman serta kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam badan kita.

Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif juga menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan.

Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar, tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan.




Buah Durian Belanda merawat Kanser
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. 
 

Tapi mereka gagal untuk mendapatkan " Graviola Sintetis" untuk di keluarkan dari Graviola dan lakukan di makmal. Sepandai-pandai manusia tidak mungkin untuk meniru 1 bahan sahaja untuk membunuh sel kanser yang ada pada Graviola, bahan ini menjadi misteri hingga kesaat ini. Hanya manfaat dan kesan kesembuhan Graviola sahaja yang dapat kita nikmati. 


Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai Buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. 
Fungus dan Parasit Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing. Untuk pengetahuan anda Kanser merupakan penyakit sel tidak ada hubungan dengan parasit bakteria atau fungus ( kulat), Tetapi 
persekitaran yang dapat menyuburkan Sel kanser merupakan persekitaran yang menjadi "habitat" makhluk perosak ini. Inilah yang membuat organ yang di serang kanser akan menjadi lebih parah dan proses pereputan, pembusukan, penhancuran, penggulatan pada sel yang diserang kanser akan menjadi lebih teruk lagi. Proses kesembuhan akan menjadi lebih sukar lagi. Graviola merupakan satu-satunya produk yang terbukti bekesan menghalau, mengusir dan meracuni pendatang tanpa izin ini ( PATI )... 
Serangan di mulut Seluruh tubuh manusia merupakan persekitaran yang tidak selamat untuk di huni , fungus, bakteria, parasit setelah anda mengamalkan Graviola. Graviola akan di serap oleh badan melalui saluran darah. Semua sel di tubuh manusia melalui salur darah. Darah yang mengandungi zat dari Graviola dapat mengusir dan membunuh fungus, bakteria, parasit dan makhluk perosak. Salah satu tempat yang paling selamat untuk makhluk perosak ini melarikan diri adalah pada bahagian yang tidak mengandungi saluran darah iaitu gigi. Graviola teh merupakan salah satu produk yang dapat membasmikan fungus, bakteria, parasit dan makhluk perosak ini dengan cara yang sangat sederhana.

Durian Belanda juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Bagi saya yang telah terlibat bersama-sama manusia istimewa ( Pesakit kanser ) , bahkan pernah mengusung keranda bersama meraka, menghadiri kenduri arwah dan menganjurkan beberapa seminar memotivasikan mereka. 


 semangat untuk hidup

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. 

Fakta yang membingungkan adalah:
Jauh dipedalaman hutan , tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
 
1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
 
2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
 
3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
 
4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.  

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
 
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru, Rahim, Otak dan Pankreas.
 
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan membunuh dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
 
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
 
4. Secara tradisional digunakan untuk mengubati cirit-birit, disentri, kutu kepala, neuralgia, penyakit Jantung, asma, hipertensi, parasit dan banyak lagi.
 
5.Membunuh cacing terutama pada kanak-kanak. 
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? 
 
Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan . Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. 
 
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan.
 
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. 

Kenapa??..
 
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. 



Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
 
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
 
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
 
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari agent seperti disebutkan terdahulu.







SERAI PENAWAR KANSER. Penemuan Israel yang disembunyikan.

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia untuk diminum. 




***





Satu formula, penemuan dan  petua yang perlu diambil perhatian oleh semua.



Air Liur + Buah  = Ubat Cancer/Kanser

Dr. Stephen memperlakukan pasien sakit Cancer dengan cara yang "un-ortodoks" & banyak pasien Sembuh.

Ia percaya pada penyembuhan alami di dalam tubuh terhadap penyakit.

Ubat untuk Cancer sudah ditemukan!

Anda percaya?

Saya berdukacita bagi pasien cancer yg meninggal di bawah perawatan konvensional.

Pasien cancer tidak seharusnya mati.

Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:-

Makan buah segar dan caranya.

Ini sangat informatif.

Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...

Tapi tidak semudah yg kita pikirkan. Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah :

* TIDAK MAKAN BUAH-BUAHAN SETELAH ANDA MAKAN

* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.


 



BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING

BAHAYA Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung.

 

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton :-

Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah-buahan:
Anda memiliki :-
  • umur panjang,
  • selalu sehat,
  • Penuh tenaga,
  • Tubuh dan fikiran jadi nyaman & berat badan normal.

Makan buah yang utuh segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik daripada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karena Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR BATU SETELAH MAKAN = KANSER

Air dingin akan membuat makanan yang berminyak menjadi solid (beku)

Hal ini akan menghambat proses pencernaan.

Ketika 'lumpur' tersebut ber reaksi dengan asam, maka akan jadi lemak bertoksin(Racun) & berbaris di dalam usus dan terserap dengan sangat cepat! Sehingga menyebabkan Cancer.

 

Cara Terbaik adalah :

* Minum air hangat setelah makan
* Makan buah segar saat perut kosong.

(Buah + Air Liur Manusia = Obat Cancer).





***



LELAKI 45 TAHUN DIANCAM ANDROPAUS ??

Jika wanita sering dikaitkan dengan menopaus selepas usia 50tahun, lelaki juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah seperti itu. Masalah golongan lelaki dikatakan akan mengalami perubahan pada diri sendiri ketika berusia 45tahun ke atas.

Apakah lemak badan anda meningkat, keinginan seks berkurangan dan kekuatan otot merosot? 
Jika jawapan bagi ketiga-tiga soalan itu adalah ya, ada kemungkinan anda sedang mengalami andropaus.

Selain ketiga-tiga soalan itu, adakah anda mengalami kekurangan tenaga, hidup semakin tidak menyeronokkan lagi, ereksi kurang berdaya, sering tertidur selepas makan malam, prestasi kerja semakin merosot dan muram/cepat marah?

Jika jawapan anda adalah ya bagi tiga soalan tadi, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung masalah dihadapi.

Ini kerana, andropaus boleh mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan hidup anda secara keseluruhannya. Keadaan ini sebenarnya dikaitkan dengan kadar hormon testosteron yang dihasilkan oleh tubuh semakin menurun. Hormon itu adalah hormon induk bagi seseorang lelaki dan ia mempunyai fungsi besar dalam seluruh tubuh lelaki.

Ini kerana, testosteron mencorakkan ciri-ciri lazim yang dianggap kejantanan klasik.
Testosteron adalah sejenis hormon yang mempunyai kesan unik ke atas badan lelaki dan ia dihasilkan di dalam testis dan kalenjar adrenal. Hormon ini, bagi lelaki samalah seperti hormon estrogen di kalangan wanita.

Hormon ini membantu membina protein dan penting dalam mencorakkan tabiat seksual yang normal selain menghasilkan ereksi. Ia juga mempengaruhi pelbagai kegiatan metabolik seperti penghasilan sel darah merah dalam sumsum tulang, pembentukan tulang, metabolisme lipid, metabolisme karbohidrat, fungsi hati dan pertumbuhan kelenjar prostat.

Andropaus adalah rangkaian gejala dan risiko yang disebabkan oleh penyusutan tahap hormon testosteron apabila usia semakin bertambah. Anda mungkin sukar mempercayai betapa lazimnya penyusutan itu.

Isu ini amat sensitif dan terlalu peribadi untuk diulaskan secara terperinci. Namun adalah lebih baik ianya dicegah daripada mengubati. Wallahua'lam.

Disini saya sertakan beberapa ilmu yang boleh diamalkan secara berdisiplin sekiranya anda mahu atau ambillah beberapa petua ini sebagai rujukan berguna untuk kita semua, iaitu:-

Ilmu Empat Tabib
Raja Nasyrun Adil (Khalifah Harun Ar-Rasyid) mengumpulkan empat orang tabib yang terkenal dari empat negara untuk bertanya mengenai ubat yang tiada mendatangkan penyakit selepasnya. Empat tabib yang dijemput itu ialah 

- Tabib Iraq
- Tabib Rumawi(Rom)
- Tabib Hindustan(India)
- Tabib Habsyah(Suadil Iraq)

Khalifah berkata, 
" Hendaklah setiap orang daripada kamu menerangkan apakah ubat yang tidak ada penyakit padanya" 

Tabib Hindustan menjawab, " Ubat yang tidak ada penyakit padanya ialah hulaijij (kedekai)hitam" . Memakan 3 biji setiap pagi.

Tabib Iraq berkata, " Iaitu biji batang rasyad (Jab ar Risyadah) yang putih " Dimakan pada setiap pagi.

Tabib Rumawi berkata, bahawa ubat yang tiada lagi mengakibatkan penyakit ialah dengan meminum air hangat tiga teguk setiap hari sebelum makan setiap pagi, katanya. "Menurut pendapat saya ialah air panas".

Apabila tiba giliran  Tabib Habsyah, beliau berdiam diri, sehingga Raja Nasyrun Adil bertanya kepada beliau, maka Tabib Habsyah menjawab,
" Hulaijij (kedekai)hitam itu mengakibatkan penyakit Sadawi (melipatkan perut besar). Ini penyakit.
Biji batang Rasyad (Jab ar Risyadah/halia yang putih) itu mengakibatkan Safrawi (menjauhkan perut dari tempatnya). Ini juga penyakit, dan air panas itu (jika diminum pagi) akan menghancurkan hati dan melembutkan mi'dah (perut besar). Ini juga penyakit ".
Lalu mereka bertanya, "Jadi, apa pendapat kamu?". Maka Tabib Habsyah menjawab,
" Menurut pendapatku, ubat yang tak ada penyakit padanya ialah:


"Tidak engkau makan sebelum engkau mengingininya, dan engkau mengangkat tangan sedang engkau masih ingin kepada makanan itu".

Jangan makan melainkan ketika lapar. Bila makan sila berhenti sebelum kenyang. Jangan minum melainkan ketika dahaga. Bila minum air, jangan terlalu banyak. Jangan makan sekaligus makanan yang sama sifatnya, contohnya, 

Jangan makan daging bersama telur kerana sifatnya hangat
Jangan makan Ikan bersama susu yang baru diperah kerana sifatnya basah.
Jangan makan makanan liat dan susah hadam, atau keras bila dimamah.
Jangan jima' melainkan sudah ghalib syahwat.
Jangan tidur melainkan sudah mengantuk.
Dengan serentak tabib yang lain menjawab, Benarlah engkau. Jelas bahawa pencegahan itu lebih baik
dari segala jenis ubat.

Petua Pantang Larang
Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samaada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

Jangan amalkan minum air batu (ais). Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk, atau telah sejuk, atau disejukkan.

Jangan  terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir. 
Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan lelah ketika........../

Elakkan minum air ketika badan sedang panas, baru berlari atau bekerja berat. Berehat terlebih dahulu, sejukkan badan, barulah minum air. Jangan makan kepak ayam, daging kerana ia melemahkan anggota bathin.
Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu, kurangkan dari memakan Pisang Embun.

Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot....../ dengan baik. 

Dan banyak lagi namun ianya tidak dapat dihuraikan dengan panjang lebar disini atas alasan kesopanan dan adab. Moga segala panduan yang telah dikemukan dapatlah dijadikan panduan bagi pasangan suami dan isteri.

Wallahua'lam.


***



SINDROM EDWARD : TRAUMA WANITA BERUSIA

SINDROM Edward ialah sejenis ketidaknormalan kromosom. Ia adalah penghasilan satu lagi kromosom pada kromosom ke-18 (daripada dua sahaja menjadi tiga), maka ia juga disebut Trisomy 18. Sindrom Edward ialah trisomi kedua paling kerap ditemui selepas Trisomy 21 (juga dinamakan sindrom Down).

Selain itu ada juga Trisomy 13 (sindrom Patau), manakala ketidaknormalan kromosom yang lain kebanyakannya berakhir dengan keguguran awal. Sindrom Edward berlaku dalam 1:3000 kehamilan atau 1:6000 kelahiran hidup di mana 80 peratus kes membabitkan bayi perempuan (tiga kali ganda membabitkan bayi perempuan berbanding lelaki).

Setiap orang mempunyai 46 kromosom (23 pasang kromosom) dalam setiap sel tubuhnya. Mempunyai lebihan kromosom pada kromosom 18 (trisomi 18) bermakna seseorang bayi itu mempunyai lebihan maklumat pada setiap selnya (berjumlah 47 kromosom).

Ini memberi kesan kepada pertumbuhannya sehingga menyebabkan gangguan kepada pembentukan organ seperti:

- Ketidaknormalan jantung, sistem pernafasan dan buah pinggang

- Bentuk kepala seperti menonjol pada bahagian belakang, mulut dan dagu bersaiz kecil, kedudukan telinga lebih rendah, jarak antara mata yang luas dan kelopak mata atas yang menurun.

- Ketidaknormalan tulang n Susunan tulang jari tangan dan kaki

- Gangguan pembesaran tubuh dan gangguan perkembangan mental

Berbeza dengan sindrom Down, sindrom Edward lazimnya tidak bertahan lama. Separuh kes berakhir dengan keguguran atau kematian dalam kandungan.

Bayi yang lahir hidup pula tidak dapat bertahan lama, 50 peratus daripadanya meninggal dalam tempoh dua bulan kelahiran dan angka ini meningkat kepada 90 peratus sebelum bayi mencapai usia setahun, kebanyakannya disebabkan masalah pernafasan dan ketidaknormalan jantung.

Secara amnya, dalam setiap kandungan seterusnya, risiko untuk sindrom Edward kurang daripada satu peratus.

Maklumat kromosom bayi anda dahulunya amat penting diketahui untuk mengetahui risiko sindrom Edward berulang:

- Trisomi 18 sebenar (non-disjunction meiosis) berlaku dalam 90 peratus kes namun risiko berulang rendah (hanya kurang daripada satu peratus).

- Trisomi 18 mosaik (non-disjunction mitosis) berlaku dalam 10 peratus kes, risiko berulang lebih rendah.

- Kromosom 18 translokasi jarang berlaku namun risiko berulang paling tinggi kerana ia boleh bersifat keturunan. Anda dan suami seeloknya turut menjalani ujian kromosom jika bayi dahulu mempunyai translokasi Trisomi 18.

Selain itu, peningkatan usia wanita juga memberikan risiko ketidaknormalan kromosom yang lebih tinggi seperti sindrom Edward dan sindrom Down.

Setakat ini, sindrom Edward belum boleh dicegah atau dirawat. Tiada kaedah atau petua untuk mencegahnya daripada berlaku. Ujian yang ada hanyalah untuk mengesan kehadirannya pada embrio atau janin atau bayi.

Bergantung kepada jenis ujian, ia hanya boleh dikesan selepas pembentukan embrio sama ada pada peringkat embrio, janin atau selepas lahir.

Sekiranya bayi dahulu mempunyai translokasi kromosom 18, seeloknya anda menjalani mana-mana ujian di bawah.

- CVS (chorionic villous sampling) dilakukan pada sekitar 10 hingga 12 minggu kehamilan secara mengambil sampel daripada uri. Jarum panjang akan dimasukkan melalui kulit abdomen, menembusi rahim sehingga kepada uri.

Sel uri ini akan dilakukan ujian kromosom. Risiko keguguran akibat prosedur ini sekitar dua peratus.

- Amniocentesis dilakukan sekitar 14 hingga 18 minggu kehamilan secara mengambil sampel air ketuban menggunakan jarum panjang yang ditusuk melalui kulit abdomen menembusi rahim. Sel bayi yang menggelupas dan terapung di dalam air ketuban ini akan diuji ujian kromosom. Risiko keguguran sekitar satu peratus.

- Jika menggunakan teknik persenyawaan tabung uji, sel pada embrio yang terbentuk akan diambil untuk ujian kromosom melalui kaedah PGD (Pre-implantation genetic diagnosis). Harus diingat, tidak semua ujian ketidaknormalan janin dilakukan, ia lebih bergantung kepada bahan uji yang tersedia.

Lebih mudah lagi untuk menjalani ujian saringan (tidak tepat keputusannya) namun ia hanya membantu dan bukanlah bersifat diagnostik:

Memandangkan anda sudah bersalin secara pembedahan, lazimnya tempoh dua hingga tiga tahun digalakkan sebelum anda hamil lagi.

Keutuhan dinding rahim anda kini tidak seperti wanita yang tidak pernah menjalani pembedahan Caesarean, anda juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keadaan yang dinamakan ‘parut merekah’ atau ‘rahim pecah’ (scar dehiscence atau uterine rupture) ketika kehamilan trimester ketiga atau ketika sakit bersalin kelak.



Sumber


***


NAFSU WANITA : Dingin Seks



Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi atau nafsu seks dingin. Kalau impotensi pada pihak lelaki merupakan musibah seks mereka begitu pula frigiditi pada kaum wanita merupakan musibah seks kaum hawa. Frigiditi adalah sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak acuh terhadap hubungan seks.

Tugas seorang wanita dalam perkahwinan antara lain memupuk rasa cinta dan kasih sayang di antara kedua mereka untuk mencapai kerukunan dan kedamaian rumah-tangga. Tugas seperti itu boleh berhasil bilamana seorang isteri sanggup dan pandai melayani keperluan suaminya baik dari segi zahir mahupun batin.

Keperluan zahir isteri bukan menjadi persoalan bila suami dapat memberi perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi persoalannya merupakanaspek batiniah isteri. Mengapa demikian? Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini merupakankeperluan seks dan isteri memainkan peranan penting sebagai faktor yang mempengaruhinya.

Seorang suami perlu menyalurkan libido seksnya dengan wajar dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri hidup dalam perkahwinan dan dengan itu mahu menaanggung risiko menyara kesemua keperluan isterinya. Sebagai imbalannya, pihak isteri patutlah melayani dan berusaha memberi keperluan seks kepada suaminya dengan baik dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia tidak patut mengabaikannnya.

Timbul pula tanda tanya samaada tugas itu dapat dilaksanakan bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seknya dingin. Seorang wanita yang frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan tugas seksnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai perkara yang memuakkan dirinya.. Dia tidak boleh menikmati hubungan seks dan tidak dapat menghargai belaian dan pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak mampu mencapai orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi tidak normal seperti orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.

Menurut bentuk dan sifatnya frigiditi pada wanita itu ada dua kemungkinan. Pertama, frigiditisementara sedangkan yang kemungkinan keduafrigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini merupakan yang lumrah menimpa para wanita. Frigiditi ini bersifat sementara.

Untuk lebih mengetahui masalah frigiditi ini kita perlu mengkaji satu per satu kedua bentuk dan sifat frigiditi itu. Kerana dengan mengetahui selok-belok frigiditi itu, sedikit sebanyak ia akan membantu pasangan suami-isteri mengatasinya.

Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara iaitu:

I. Frigiditi Semu
Frigiditi semu
atau pseudo frigiditi ini banyak menimpa para wanita kerana mereka belum pernah dirangsang dengan baik nafsu seksnya.
Jadi, tidak ada sebab utama yang serius.Mereka tidak sungguh-sungguh frigid, hanya mereka tidak dapat mencapai orgasme sewaktu bersetubuh.
Untuk mengatasi frigiditi semu mudah, asal suami pandai melayani perasaan isteri dan melaksanakan peranan seksnya dengan baik. Suami dalam soal ini mempunyai kewajipan untuk merangsang isteri sebelum melakukan seks. Cumbu rayu memainkan peranan yang penting. Kealpaan suami dalam hal ini sudah tentu akan menyebabkan isterinya merasa semakin dingin untuk mengadakan hubungan seks. Pihak suami perlu membangkitkan nafsu isteri dengan belaian, ciuman, rayuan dan kasih sayang. Usahakan pelbagai cara untuk menaikkan ghairah seks isterinya. Carilah tempat-tempat yang erotisdi bahagian tubuhnya. Kemudian bangkitlah nafsunya melalui tempat-tempat erotisnya. Mulut, muka, pangkal tengkok, daun telinga, leher, puting buah dada, pinggang, pangkal peha, tumit atau lain-lain merupakan tempat-tempat yang mempunyai saraf yang mudah dirangsang. Bila kelihatan kemerah-merahan pada pipinya bererti ghairah seksnya sudah mulai bangkit. Pada saat itulah suami harus berusaha meningkatkan ghairahnya sehingga kalau boleh, mencapai orgasme dalam persetubuhan. Bila sekali ia telah merasakan nikmat orgasme pastilah kedinginan seksnya akan cair lantaran keperihatinan suaminya terhadap kehendak seksnya. Ia akan menyambut dengan hangat setiap kali diajak bersetubuh, bahkan lebih agresif daripada sebelumnya sewaktu mengalami frigiditi semu. Demikian seterusnya sehingga fenomena frigiditi semu itu akan pupus langsung.

Jadi di dalam usaha menyembuhkan wanita yang mengalami frigiditi semu ini suami perlu mengamalkan kaedah Nabi s.a.w. iaitu didahului dengan ciuman dan rayuan terlebih dahulu. Ia merupakan petua yang sangat mujarab.

          II.Frigiditi Sepintas Lalu
          Frigiditi ini umumnya berpuncadari gangguan jiwa disebabkan perilaku suami yang tidak perihatin. Wanita yang sedemikian biasanya mempunyai keinginan seks yang sedang walaupun sudah dibangkitkan keghairahannya. Akan tetapi di lain waktu ghairahnya akan padam kembali. Dia boleh mencapai orgasme pada tingkat yang rendah dan lemah. Malahan kadang-kadang dia sama sekali tidak dapat merasakan orgasme. Sebagaimana yang telah diperkatakan frigiditi jenis ini terjadi kerana perilaku suami. Suaminya memuakkan perasaannya menurut penilaiannya, sehingga ia menjadi tertekan jiwa dan mentalnya. Walaupun demikian ada sebab-sebab lain yang juga boleh menyebabkan frigiditi jenis ini. Kehidupan yang terlalu aktif dan memerlukan tenaga yang banyak; keletihan jasmani dan pekerjaan yang bersifattekanan yang tinggi dan yang meletihkan otak. Sebab-sebab tersebut ini merupakan pengaruh terbesaryang menyumbang kepada keletihan jasmaniah. Keadan yang demikian boleh diatasi dengan suami meningkatkan jatidirinya supaya tidak terlalu egoistik dalam pergaulannya hari-hari. Pihak suami perlu perlu menjaga kesihatan badan/jasmaniah dan mental isterinya. Dia juga wajib memperlihatkan kasih-sayang secara terang dan menyatakannnya, seterusnya dia patut mem beri kesenangan hati pada isterinya . Ini akan membuat isterinya merasa jinak untuk bersenggama . Ini mungkin akan memulihkan perhubungan seksual mereka. Seperti frigiditi semu, frigiditi jenis ini memerlukan keperhatinan suaminya terutama terhadap perasaannya.Pihak suami boleh melegakan isterinya daripada tugas mencari nafkah dan juga memberi semangat dan dorongan untuk menawan hatinya kembali kepada suasana kasih-sayang.
III. Frigiditi Relatif
Wanita yang mengalami fenomena ini sebenarnya tidaklah frigid. Hanya mungkin kerana dia merasa tidak sesuai dengan pasangannya lantas dia merasa dingin setiap kali diajak untuk bersenggama. Hal ini terjadi disebabkan dia kena kahwin paksa. Pihak isteri yang didesak mengahwini lelaki yang tidak disetujuinya menyebabkan dia merasa beci terhadap suaminya. Maka dalam soal ini tidak ada kaedah perubatan sebagai jalan penyelesaian. Jalan terbaik adalah untuk suami membebaskanisterinya daripada ikatan perkahwinan. Sekiranya bekas isteri itu berkahwin dengan jejaka lain yang disenanginya pula, secara otomatik frigiditinya hilang dengan sendirinya.

IV.Frigiditi Pathologi
Frigiditi seumpama ini dikategorikan sebagai penyakit dari aspek perubatan. Pesakit frigiditi pathologi mempunyai keinginan seks yang kuat. Dia boleh melibatkan dirnya secara aktif dan agresif dalam bercumbu rayu. Namun dia sukar mencapai orgasme. Kecacatan ini dikenali sebagai anorgasmedalam istilah saintifik.. Setiap kali ia akan mencapai orgasme, tiba-tiba ia lenyap. Pendekata wanita penghidap fenomena initidak pernah mencapai orgasme, kerana walaupun orgasmenya di ambang waktu pencapaiannya sewaktu coitus, ia lenyap sebelum ia dapat dicapai. Sebab lain wanita mengalami frigiditi pathologi ialah kerana sering melakukan masturbasi untuk memenuhi keperluan seksnya. Ia tidak disalurkan secara coitus yang normal. Cara mengatasi frigiditi jenis ini agak sukar berbanding dengan yang lain.. Akan tetapi menghentikan hubungan kelamin semasa melakukan usaha rawatan adalah langkah yang baik dan tepat.

Mengenai frigiditi mutlak atau frigiditi sejati pula ia juga tetap perlu diketahui, walaupun ini jarang menimpa kaum wanita terutama di zaman sekarang kerana mereka sudah terdedah kepada perbincangan terbuka berkenaan seks.

Wanita yang mengalami frigiditi jenis ini biasanya bertanggapan salah terhadap alat kelaminnya. Seakan-akan dia kecewa dilahirkan sebagai seorang wanita. Dia menyifatkan kewanitaannya hina kerana dia tidak mempunyai hakdan pengiktirafan masyarakat. Ada pula yang beranggapan bahawa hubungan seks adalah perbuatan haiwan yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Anggapan sedemikian mengakibatkan seorang wanita terlalu apatisi terhadap seks. Akhirnya ia mengalami frigiditi mutlak.

Dari keterangan di atas dapatlah digariskan sebab-sebab frigiditi atau nafsu seks dingin adalah seperti yang berikut, yang diakibatkan oleh gangguan mental:
  • Kecurigaan terhadap kaum lelaki. Curiga kerana ketiadaan perasaan cinta terhadap suaminya.
  • Takut hamil merupakan sebab seorang wanita takut dan benci bersetubuh.
  • Takut mendapat luka pada alat-alat kelamin.
  • Adanya kegoncangan mental dan jiwa.
  • Perasaan benci terhadap suami.
  • Tanggapan negatif mengenai seks.
Semakin banyak kemajuan dan pandangan dalam permasalahan kehidupan seks,semakin banyakpula persoalan-persoalan seks timbul di antara suami-isteri. Bila persoalan-persoalan ini tidak diambil perhatian oleh suami-isteri ia akan memberi kesan mental terhadap hak dan kewajipan isteri di dalam hubungan antara mereka berdua. Timbulah kepincangan dari aspeks komunikasi seks yang tidak sihat yang mengakibatkan isteri menjadi bersifat acuh tak acuh dalam menangani kehendak suaminya. Masalah frigiditi dapat diatasi sekiranya suami-isteri ada persefahaman yang baik bersangkutan masalah peribadi atau masalah rumahtangga.


sumber : Dr. Hamid Arshat



***



LELAH (Asthma) - Sejenis Penyakit Alahan



Satu  contoh kanak-kanak yang menghidap penyakit lelah boleh dilihat daripada riwayat kes dibawah ini:-
            
           Ismail yang berumur enam tahun dibawa oleh  ibunya ke klinik kanak-kanak
           kerana selalu batuk.  Dari umur setahun setengah lagi Ismail selalu dikatakan
           batuk terutamanya pada masa cuaca sejuk atau pada musim hujan. Dia selalu
           terjaga pada waktu malam dalam keadaan terbatuk -batuk dan sesak nafas dan
           kadangkala pernafasannya berbunyi. Rawatan yang diberi oleh doktornya kadangkala
           dapat mengurangkan keadaan ini tetapi penyakit ini selalu datang kembali . Di waktu
           dia bersekolah di tadika dia selalu tidak hadir. Ismail tidak dapat bermain bersama
           kanak -kanak lain kerana cepat penat. Guru sekolahnya mendapatisukar
           menumpukan perhatian pada pelajaran dan dia selalu terbatuk -batuk di dalam kelas.

Ismail merupakan seorang kanak -kanak yang besar kemungkinan mengalami keadaan yang dipanggil' asthma ' atau lelah. Lelah kerap berlaku di kalangan kanak -kanak. Adalah dianggap sebagai satu keadaan yang mencemaskan dan merbahaya tetapi dengan adanya maklumat -maklumat baru tentang penyakit ini dan ubat - ubatan yang sangat berkesan kini ia tidak lagi merupakan satu penyakit yang sukar diubati. Selain daripada rawatan , pengetahuan perlu diberi kepada ibu bapa kanak -kanak berkenaan supaya mereka sendiri dapat mengambil langkah -langkah untuk mencegah lelah. Jika penyakit ini tidak dikawal , tumbesaran , perkembangan intelek serta pergaulan sosial dan keyakinan pada diri sendiri kanak -kanak yang menghidapinya mungkin rendah dan perasaan seperti ini akan berlanjutan hingga dia dewasa. Memandang kepada hakikat inilah maka adalah mustahak bagi ibu bapa mengenali tanda -tanda penyakit lelah supaya anak -anak mereka itu akan dapat diperiksa dan dirawat dengan sempurna.

Apakah yang dikatakan penyakit lelah ?
Lelah ialah keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit menyebabkan seseorang itu susah bernafas dan mungkin berbunyi pernafasannya ( ini dipanggil wheezing ). Dia terbatuk -batuk dan batuknya itu banyak mengeluarkan kahak. 

Faktor -faktor yang boleh menyebabkan lelah di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada 3 kategori :-

1. Unsur alahan
2. Unsur jangkitan seperti kuman virus yang membawa penyakit di saluran pernafasan.
3. Unsur emosi.

Unsur alahan berbeza di antara kanak -kanak. Unsur -unsur alahan yang biasa terdapat ialah telur ayam , bulu kucing dan sejenis organisma yang terdapat pada habuk -habuk. Seseorang kanak -kanak yang alah kepada organisma habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh dengan habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh dengan habuk -habuk ini boleh lelah. Kanak -kanak begini , apabila sahaja terjangkitan kuman virus yang biasa menyebabkan batuk selsema boleh lelah.

Tekanan emosi boleh timbul dikalangan kanak -kanak apabila dia terdedah kepada suasana yang kurang menyenangkan. Umpamanya kanak -kanak yang sensitif yang mula bersekolah boleh mendapat lelah akibat gangguan emosi. Tetapi perlu diketahui bahawa suasana di sekolah boleh membawa unsur -unsur lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu lelah seperti jangkitan virus dan pendedahan kepada berbagai - bagai lagi unsur alahan.

Kanak -kanak yang lelah mempunyai saluran pernafasan sangat sensitif di mana saluran pernafasannya mudah sempit ekoran dari unsur alahan , jangkitan dan gangguan emosi.

Seseorang yang lelah tidak semestinya menunjukkan tanda pernafasan yang berbunyi ( wheezing ). Batuk yang tidak berhenti -henti sepanjang masa sama ada di waktu siang atau malam mungkin berpunca dari kesempitan saluran pernafasan atau lelah. Adakalanya kanak - kanak yang menghidap penyakit ini susah bernafas dan terbatuk selepas menjalani aktiviti jasmani. Ada pula kanak - kanak yang lelah yang selalu batuk pada waktu malam terutama pada jam 2pagi hingga 6pagi dan terpaksa duduk kerana susah bernafas(nocturnal asthma ).

Para penyelidik Immunologi telah dapat menunjukkan bagaimana sesuatu unsur alahan dapat menimbulkan asthma. Seseorang akan lelah jika menyentuh sesuatu unsur alahan ( allergen ) seperti satu organisma yang terdapat dalam hama - hama atau habuk ( Dermatophagoides ) dan ini akan bercantum dengan antibodi di dalam darah. Kombinasi antigen - antibodi ini akan melekat pada sel - sel yang di panggil mast cell , mengakibatkan pengeluaran bahan - bahan  kimia seperti ' histamine ' , SRS-A dan beberapa lagi bahan - bahan kimia yang akan menyebabkan kesempitan saluran pernafasan. Ini adalah cara reaksi immunologi yang biasa sekali terdapat pada kanak - kanak yang menghidap lelah ( allergic asthma ).

Bolehkah kita mengenali bayi - bayi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat lelah ?
Para penyelildik dalam bidang alahan telah dapat mengenali bayi - bayi yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat lelah apabila mereka besar . Caranya ialah dengan  mengukur tahap satu jenis antibodi yang dipanggil   IgE  dari darah yang diambil dari darah saluran uri ( cord blood ) selepas kelahiran bayi. Seseorang bayi yang ada riwayat alahan didalam keluarganya serta mempunyai tahap antibodi  IgE  yang tinggi dalam saluran darah urinya memang berkemungkinan besar untuk menghidap  penyakit lelah pada masa akan datang.

Apakah yang perlu dibuat jika lelah menyerang kanak - kanak ?
Ibu bapa hendaklah sentiasa bertenang supaya anak mereka itu tidak mudah berasa takut kerana ini boleh memburukkan lelahnya itu. Ubat - ubatan yang boleh mengembangkan saluran pernafasan sama ada diberi dengan cara pil atau dengan cara sedutan ( inhalation ) boleh digunakan dengan berkesan untuk meredakan keadaan. Jenis dan cara pemberian ubat ini akan ditetapkan oleh doktor mengikut keterukan lelah dan umur kanak - kanak itu tetapi memang diakui  yang ubat - ubatan ini jika diberi dengan cara menyedut adalah lebih selamat kerana dos yang digunakan adalah kecil kalau dibandingkan dengan dos yang terdapat dari pil - pil. Jika kesesakan nafas meningkat hingga kanak - kanak itu berasa resah tidak berupaya bercakap, adalah dinasihatkan supaya dia dibawa berjumpa doktor.

Ada beberapa jenis ubat - ubatan yang boleh digunakan oleh para doktor seperti ubat yang mengandungi bahan theophylline , steroid , sodium chromoglycate dan ketotifen. Walaupun pengunaan ubat - ubatan ini mungkin berbeza sedikit di antara doktor - doktor , ada suatu prinsip umum yang dipatuhi oleh mereka. Faktor - faktor seperti unsur alahan , unsur jangkitan , gangguan emosi , tekanan jasmani dan sebagainya patut diambil kira kerana maklumat - maklumat ini akan dapat membantu seseorang doktor itu memberi nasihat dan rawatan yang sewajarnya kepada ibubapa. Ada ubat - ubatan yang khusus bagi memberhentikan lelah dan untuk digunakan bagi mengelakkan berlakunya lelah.

Satu perkara yang penting difikirkan apabila seseorang kanak - kanak itu sesak nafas ialah kemungkinan saluran pernafasan tersekat oleh benda - benda seperti biji kacang atau biji saga dan sebagainya kerana ini menampakkan satu keadaan yang seakan - akan penyakit lelah. keadaan ini memerlukan rawatan khas dengan segera untuk mengelakan kerosakan pada paru - paru yang boleh membawa maut.

Bagaimana hendak mencegahnya?
Pokok dari program pencegahan lelah ialah menghindar unsur alahan. Unsur - unsur alahan yang biasa dikenali ialah organisma yang terdapat dari habuk habuk , bulu - bulu kucing  atau anjing , "pollen " dari pokok - pokok , telur , susu lembu atau makanan laut seperti kerang. Ibu bapa sendiri perlulah perhatikan unsur - unsur yang membawa kepada lelah di kalangan anak - anak mereka kerana unsur alahan berbeza diantara kanak - kanak.  

Merokok dihadapan kanak - kanak tidaklah digalakkan kerana asapnya boleh menyebabkan kanak - kanak itu mendapat lelah. Kadangkala makanan - makanan yang sejuk seperti aiskrim dan air jus buah - buahan boleh menyebabkan kanak - kanak itu menghidap lelah.

Walaupun  ukuran antiobodi  IgE  tidak mudah diuruskan dari saluran darah uri adalah digalakkan ibu - ibu yang mempunyai alahan yang kuat dalam keluarganya memberi susu badan kepada anak - anak yang baru dilahirkannya dan melambatkan pemberian susu tepung formula dan makanan peralihan yang lain kerana ada data - data yang menunjukkan bahawa pemberian makanan - makanan ini kepada bayi dibawah usia tiga bulan boleh menyebabkan bayi - bayi menghidap penyakit alahan.

Dalam usaha mengenali alahan - alahan para doktor menyarankan supaya ujian - ujian kulit dijalankan keatas kanak - kanak yang menghidap lelah. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan ' antigen ' yang disyaki sebagai unsur alahan kepada seseorang kanak - kanak itu.
Ujian - ujian ini kadangkala boleh mengelirukan kerana walaupun seseorang itu sudah dipastikan alah kepada sesuatu unsur mengikut keputusan ujian ini tidak semestinya pendedahan kepada unsur ini akan menimbulkan lelah.

Untuk merawat lelah dengan berkesan ibu bapa perlulah memahami keadaan ini dan bekerjasama dengan para doktor supaya nasihat yang disarankan diikuti dengan seberapa boleh. Pengawasan dan rawatan mungkin terpaksa diteruskan dengan berpanjangan untuk memastikan fungsi pernafasan kanak - kanak itu tidak terjejas.

Kesimpulan
Ibu bapa yang anaknya lelah perlu tahu dengan mendalam tentang penyakit ini kerana mereka memainkan peranan yang penting di dalam program rawatan anak mereka itu.  Mereka perlu mengetahui faktor - faktor yang boleh menyebabkan berlakunya lelah supaya dapat diawasi faktor - faktor seperti alahan , jangkitan , emosi dan sebagainya .
Ubat - ubatan yang ada sekarang adalah efektif untuk merawat dan mencegah lelah. Tidak ada sebab mengapa sebahagian besar kanak - kanak yang menghidap lelah itu tidak boleh menjalani aktiviti - aktiviti seharian sama seperti kanak - kanak biasa kalau mereka mendapat rawatan dengan sempurna. Lelah yang berlaku diwaktu tidur pada waktu malam dan selepas menjalani aktiviti jasmani mesti dan boleh dicegah dengan ubat-ubatan yang ada pada masa kini

sumber : Dr Hamid Arshat


***



ANAK SUKAR MAKAN


 Satu masalah yang selalu dikemukakan di Klinik Kanak -kanak oleh ramai ibu -ibu ialah anak mereka tidak suka makan. Keluhan seperti 'bentuk badannya yang terlalu kecil ' , ' susah nak beri dia makan ' , ' puas saya mengikhtiarkan supaya dia lebih minat makan tetapi tidak berjaya ' , ' badannya terlalu kurus ', selalu di dengar.

Ibu bapa berasa sangat gelisah dengan keadaan anak yang kelihatan kurus , tetapi kebanyakan kanak -kanak seperti ini didapati sangat aktif dan kesihatan mereka jarang sekali terganggu.
Saiz kanak -kanak pasti berbeza. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti baka dan persekitaran. Saiz dan bentuk badan seseorang kanak -kanak itu mungkin mengikut bentuk ibu atau bapanya. Tetapi adakalanya juga kanak -kanak itu telah terencat tumbesarannya dalam peringkat janin lagi dan oleh itu dia dilahirkan lebih kecil daripada biasa. Keadaan ini yang di panggil small for dates akan menyebabkan kanak -kanak ini lebih kecil saiz atau bentuk badannya apabila dia meningkat dewasa walaupun dia beri tahap pemakanan yang memuaskan. Seterusnya , ada pula kanak -kanak yang normal yang terlalu kecil kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang terlalu besar daripada kanak -kanak lain. Walaupun kedua -dua kumpulan kanak -kanak ini adalah sihat belaka .

Jika kanak -kanak itu menghidap jantung atau penyakit -penyakit yang berpanjangan seperti cirit -birit , penyakit infeksi di buah pinggang , penyakit barah seperti leukemia dan sebagainya tumbesarannya mungkin terbantut. Itulah sebabnya ibu bapa khuatir kalau-kalau anak-anak mereka itu menghidap sesuatu penyakit yang menyebabkan bentuk badannya kelihatan kurus.

Seseorang bayi sehingga empat bulan mendapat keperluan kalori untuk membina badannya daripada susu sahaja. Tetapi semakin dia membesar susu sahaja tidak akan mencukupi ; dia memerlukan bahan besi , dan ini yang tidak banyak didapati didalam susu. Makanan peralihan ( weaning food ) adalah perlu untuk memberikan kalori yang mencukupi. Kalau kita meneliti tumbesaran seseorang kanak -kanak dari kecil jelas bahawa timbang beratnya tidak sentiasa sahaja naik dari masa ke masa. Di bawah usia satu tahun biasanya tumbesaran seseorang bayi itu adalah pesat tetapi dari satu tahun hingga peringkat remaja timbang berat kanak -kanak itu ada masanya naik dan ada masanya turun kalau dilihat dari seminggu ke minggu yang lain. Tetapi kalau timbang beratnya di catat sekali setahun timbang beratnya tentu akan kelihatan bertambah. Memang selalu terdapat di klinik kanak -kanak dimana seseorang kanak - kanak itu dalam peringkat atas dari satu atau dua bulan walaupun keadaan kesihatannya tidak terjejas tetapi ketinggiannya jelas lebih meningkat. Tetapi bagi seseorang ibu yang khuatir tentang bentuk badan anaknya yang kurus situasi ini akan lebih mencemaskan.

Seseorang bayi mengharapkan ibunya untuk menyusukannya dan memberinya makan setiap masa. Semakin dia besar, boleh berjalan dan menunjukkan minat tentang perkara-perkara dipersekitarannya , dia mungkin tidak suka diganggu apabila dia menumpukan perhatiannya kepada sesuatu permainan. Pada peringkat inilah ibu bapa selalu mengatakan yang anak mereka degil dan tidak mahu makan. Ada ibu- ibu yang kadang - kadang memaksa anak - anak mereka minum susu atau makan. Konflik selalu berlaku hingga memburukkan keadaan. Pengamatan seseorang ibu tentang  saiz anak - anak berbeza. Ada ibu - ibu yang merasakan yang anak mereka tidak membesar walaupun jelas pada pandangan doktor yang persepsi itu tidak benar dan ini perlu ditegaskan oleh doktor supaya konflik seperti ini dapat dikurangkan. Dengan perubahan sikap dan caragaya keibubapaan dengan sendirinya kanak - kanak itu akan kurang membantah apabila dia diberi makan. Ibu bapa perlu mengetahui yang anak - anak mereka mempunyai caranya yang tersendiri di mana kalau dia lapar dia sendiri akan meminta atau mengambil bahan - bahan makanan yang terdapat di persekitaran tampa ibunya sendiri mengetahui.

Seseorang doktor yang menilai kanak - kanak yang dikatakan tidak mahu makan akan mengambil riwayat yang tertentu dari ibu atau bapanya. Kanak - kanak yang sihat biasanya aktif dan rekod tumbesarannya yang dilihat dari carta tumbesaran ( growth chart ) menunjukkan kadar pertumbuhan yang memuaskan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak - kanak itu tidak menunjukkan apa - apa abnormaliti. Ini akan meyakinkan doktor yang kanak - kanak itu sihat dan tidak memerlukan apa - apa ujian yang terperinci atau rawatan yang spesifik.
Kebanyakkan kanak - kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan adalah termasuk dalam lingkungan ini. Ibu bapa setelah diyakinkan yang anak - anak mereka tidak menghidap apa - apa penyakit akan dapat mengubahsuaikan cara 'parenting ' yang digunakan supaya lebih positif seperti mengalakkan kanak - kanak memakan makanan yang berzat dan tidak selalu memaksa anak - anak mereka makan.

Sebaliknya seseorang doktor perlu juga mengawasi kanak - kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan itu untuk memastikan yang dia tidak menghidap sesuatu penyakit. Tanda - tanda seperti demam , timbang berat yang berkurangan , keletihan , pengeluaran najis yang tidak normal seperti yang berdarah , sakit perut , sakit bila kencing dan sebagainya perlu diteliti. Ini mungkin memerlukan pemeriksaan yang terperinci seperti ujian - ujian darah atau pemeriksaan pancaran X untuk mengenal pasti penyakit - penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak - kanak itu.

Kanak - kanak yang dikatakan kurang makan perlu dibawa dari masa ke masa ke klinik supaya kadar tumbesarannya dapat di awasi. Timbang berat serta ukuran tingginya akan dicatatkan pada rajah tumbesarannya. Ibu bapa pula mestilah mengawasi anak - anak mereka di rumah dan melaporkan kepada doktor jika terdapat perubahan pada anak - anak mereka.

Ramai pula ibu bapa yang memberi anak - anak mereka bitamin untuk mendatangkan selera. Lazimnya bitamin - bitamin ini tidaklah perlu kecuali jika ada tanda - tanda yang anak itu kekurangan bitamin. Tetapi ada kalanya juga ibu bapa mereka memberi "appetizers " seperti Periactin yang boleh dalam beberapa kes mempengaruhi pusat selera didalam  hypothalamus di dalam otak kanak - kanak menyebabkan kanak - kanak itu makan dengan lebih sehingga berat badannya naik. Tetapi lazimnya berat badannya turun naik apabila ubat ini diberhentikan. Pakar - pakar kanak - kanak biasanya tidak menyarankan ubat seperti ini digunakan kerana kebanyakan kanak - kanak yang sihat yang dikatakan kurang berselera akan pulih seleranya tanpa diberi apa - apa rawatan khas.

sumber : Dr Hamid Arshat 



***



KESAN SAMPINGAN UBAT - UBATAN

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat - ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.

Pesakit - pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat - ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat - ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat - ubatan yang jarang - jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat - ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.
  
Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggil risk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat - ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat - ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.

Kesan sampingan sesuatu ubat - ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai - bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya. Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam seleselma dirawat dengan ubat seperti panadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat - ubatan itu timbullah merah - merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat - ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab. Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah - merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat - ubatan yang digunakan.

Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat ' gastritis ' sehingga boleh membawa kepada pendarahan  di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin. Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak - kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak - kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye's yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak - kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang - hayang (vertigo) dan muntah - muntah. 

Seseorang kanak - kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak - kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar - debar. Ubat - ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung - hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.

Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia .

Ada terdapat kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai - bagai jenis anti - convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat - ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit - pesakit perlulah diawasi oleh doktor - doktor semasa mereka menerima rawatan ini . Kalau timbul kesan - kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala - gejala itu disebabkan oleh ubat - ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala - gejala itu dengan ubat - ubatan yang telah diberi ubat - ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan. Umpamanya seseorang kanak - kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak - kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyak phenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan. Jika kanak - kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat - ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. 
Ubat ini didapati sesuai bagi kanak-kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim (Sodium Valproate ) tetapi ada laporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak - kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi saya tegaskan disini bahawa ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan - kesan sampingan seperti ini jarang - jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda - tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak - kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak - kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.

Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai - bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya. Ada banyak lagi kesan - kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak - kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ' Benign intracranial hypertension ' dan akan reda dengan sendirnya tampa apa - apa rawatan.

Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ' tetracycline '. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak - kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak - kanak.
Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak - kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan - bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak - kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak - kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ). Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang - tulang, sakit kepala dan sakit otot - otot.

Kesimpulan
Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan. Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketapikan.

Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit - penyakit berjangkit . Tetapi jarang - jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit - penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.


sumber : Dr. Hamid Arshat 


***




KECERDASAN OTAK :
PUNCA KEPANDAIAN - BAKA ATAU PENGALAMAN   

Para penyelidik dalam bidang perkembangan kanak -kanak sudah lama membincangkan sama ada kepandaian atau kepintaran seseorang kanak -kanak itu berpunca dari baka atau berkaitan dengan pengalaman dan latihan yang diterima oleh mereka itu. Pendapat yang kepandaian adalah berpunca dari baka ( Naturist View ) adalah lebih popular pada masa dahulu. Baka ialah sesuatu yang diturunkan kepada seseorang itu dari ibu dan bapanya. Dari itu seseorang kanak -kanak yang lembab akalnya dikatakan mendapat ciri -ciri ini daripada salah seorang itu sudah ditentukan dari peringkat janin lagi dan pencapaiannya akan terhad mengikut baka yang diperolehi.

Ujian intelek (I. Q TESTS) dirangkakan untuk membolehkan seseorang ahli psikologi itu mengukur tahap intelek seseorang kanak -kanak itu . Ini seolah -olah menjadikan intelek seperti ini mudah diperolehi bagi kanak -kanak. Jika ia didapati tinggi , perasaan ibu bapa itu senang , seolah -olah anak itu akan boleh dibiarkan sendiri untuk belajar tanpa usaha -usaha yang khas . Sebaliknya jika ujian intelek didapati rendah kanak -kanak itu dianggap susah dilatih atau diajar dan difikirkan yang tidak ada apa -apa usaha yang boleh dilakukan untuk mempertinggikan pencapaiannya.

Pendapat yang kepandaian seseorang kanak -kanak itu hanya berpunca daripada baka sahaja telah dinafikan oleh para penyelidik pada masa kini. Banyak kaedah telah dicuba untuk mempertingkat daya kretif , daya peringatan dan daya penyelesaian masalah. Perkembangan dalam bidang spikologi pendidikan dan spikologi perkembangan telah dapat memberi kita maklumat bahawa kebolehan seseorang itu boleh dipertingkatkan jika pesekitaran yang penuh dengan stimulasi , pengalaman -pengalaman yang positif yang dapat membentuk konsep diri yang baik serta strategi pendidikan dan latihan yang sesuai dapat meningkat pengetahuan dan kebolehan seseorang itu. Rumusan -rumusan penyelidikan baru telah mengubah pemikiran para penyelidik tentang konsep kepandaian seseorang kanak -kanak dari pendapat baka (Naturist  View) kepada pendapat di mana kepandaian boleh dipertingkatkan dengan ada pengalaman -pengalaman dan latihan -latihan yang sesuai.

Seseorang yang menganggap kepandaian itu berpunca dari baka sahaja mungkin akan mudah menerima bahawa seseorang kanak -kanak itu boleh maju didalam usahanya mengikut kemampuan pemikirannya sahaja. Rancangan -rancangan yang diaturkan untuk mempertingkat daya pemikirannya melalui strategi-strategi pembelajaran akan dianggap tidak perlu dan tidak akan membawa kesan -kesan yang ketara. Ini boleh merugikan kanak -kanak. Penyelidikan yang dijalankan dinegara -negara maju seperti di Amerika Syarikat keatas kanak -kanak yang datang dari golongan miskin telah menunjukkan yang prestasi intelek kanak -kanak itu pasti boleh dipertingkatkan jika mereka di dedahkan kepada kaedah-kaedah pembelajaran dan pengalaman- pengalaman yang kaya. Jika kanak -kanak ini terus dibiarkan tanpa diberi latihan -latihan dan pendedahan kepada keadaan yang boleh mencabar pemikirannya sudah tentulah prestasi yang ditunjukannya akan tetap tidak memuaskan. Akibatnya dia akan terus berada di lapisan bawah masyarakatnya dari segi sosio ekonomi. 

Ekoran dari pendapat Head Start Project , ( iaitu suatu projek kanak -kanak yang berusaha untuk memberi rangsangan dari peringkat seawal -awalnya ) , menunjukkan bahawa baka bukanlah satu -satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman -pengalaman , kaedah -kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya

Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak -kanak itu. Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi , perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman Asuhan dan Tadika yang ditubuhkan di merata -rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak- kanak itu.

Pengalaman dari kanak -kanak cacat yang datang ke klinik menunjukkan yang sebahagian besar dari kanak-kanak ini mengalami kekurangan stimulasi ( Psycho-social  Deprivation ). Kanak -kanak yang pekak menunjukkan tahap kefahaman bahasa yang rendah sementara kanak -kanak yang buta kurang menunjukkan perasaan atau daya perhubngan dengan orang disekelilingnya. Kanak -kanak yang mengalami kecacatan fizikal seperti palsi -cerebral dan kanak -kanak yang cacat akal juga menunjukkan perkembangan yang lebih rendah dari potensi mereka. Apabila rancangan pemulihan diaturkan dan ibu bapa sendiri di ajar dan digalakkan untuk menjalankan rancangan pemulihan ini dirumah selalu didapati kanak -kanak cacat ini dapat menunjukkan kebolehan yang lebih tinggi. Mereka berupaya mencapai kemahiran sosial jika ini ditekankan dalam latihan.
Kesimpulannya ialah keupayaan pemikiran seseorang kanak -kanak itu bukan hanya dipengaruhi oleh baka , bahkan yang lebih penting lagi , oleh faktor -faktor seperti kesihatan, tahap pemakanan yang baik , cara gaya keibubapaan yang positif , persekitaran yang kaya dengan stimulasi , kaedah -kaedah pembelajaran yang sesuai, galakan dan minatnya sendiri.

Cara keibubapaan ( parenting ) yang positif yang boleh meninggikan keyakinan diri adalah sangat penting. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan otak , walaupun terhad keupayanya akan boleh dipertingkatkan kebolehannya untuk berdikari dan menyesuaikan diri didalam masyarakatnya jika dia diberi bimbingan yang sesuai. kebolehannya didalam sesuatu aspek adalah penting dikesani sementara kelemahannya perlu diketahui supaya dia boleh diajar cara -cara untuk mengatasi kelemahannya itu.




***




PSIKOLOGI WARNA

Selama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana tanggapan dan momokan  sesetengah pihak bahawa hanya warna tersebut sahaja yang beridentitikan Islamik atau digemari Rasulullah.

Rasulullah tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda turut menyukai warna hitam, putih, kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.

Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya'Ulumiddin berkata : "Yang amat disukai oleh Nabi ialah warna putih."

Ketika beribadat Rasulullah s.a.w. juga suka berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.

1. Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.

2. Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi s.a.w. memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya.

3. Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. adalah hijau.

4. Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.

5. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi s.a.w. keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.

6. Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah s.a.w berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.

7. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.

8. Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi s.a.w. menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.







***






AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER.


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya itu adalah lebih baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh meminta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

InsyaAllah.




***





Tanda-Tanda Sakit Di Badan



Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.




Sumber:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis






***







Rahsia Garam 
Amalan sunnah yang tak diketahui.

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

 

Dari Abdullah Bin Umar

" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam. "


Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya.

Dari Anas Bin Malik, 

nabi bersabda, " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. 


 
Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai)  1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.


 

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.







***




2 ulasan:

mohd zuhairi bin noordin berkata...

*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

mohd zuhairi bin noordin berkata...

*Testimoni² pesakit kanser yg mngambil Herba Warisan:*

▪Cucu Pn Mazili, 3tahun, mngidap kanser Leukimia ALL B- Cell. Dia mengalami komplikasi limpa & hati. Dh lama bengkak tp dia skg dh sembuh dgn rwatan doktor & minum jus herba warisan dgn konsisten. Skg makin sihat & kehidupan spt knkk² lain.
........................................
▪Pn Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2. Pd 2019 doktor mngesahkan dia mnghidap kanser payudara. Ujian Memogram di KK Bkt Mertajam, ada ketulan kanser di payudara kiri. Tp doktor tak dpt pastikan itu kanser sbb bentuknya bulat biasa, sptutnya ketulan kanser bulat dn tajam².Jadi dia ke hospital & kputusannya negatif. Skg ni dia bebas dr kanser slps buat rwatan di hospital & minum jus dlm masa yg sama. Dia buat gabungan rawatan moden & herba.
........................................
▪Pn Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.
Disahkan kanser payudara pd 2018. Dia mula sedar ada 1 garis keras bwah pyudara kanan. Jd dia terus buat memogram & doktor sahkan dia mnghidap kanser pyudara agresif & perlu operate segera. Dia buat rwatan hospital & ambil herba sekali. Gabungan rwatan moden & herba buat dia sembuh smpai skg.
........................................
▪Pn Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap3, Shah Alam.
Pd Mei 2017, dia disahkan kanser payudara. Saiz ketulan kanser 13.3 cm. Dia buat kimo & buang ketulan dgn operation. Dia jalani mastectomy, radiotherapy & herceptin slama 1tahun. Mnantunya tjumpa blog En.Zuhairi & mnyarankan utk ambil rawatan herba ini, dia teruskan rawatan hospital iaitu kimo & serentak mngambil herba. 4bln 1x dia ke Oncologist. Result memuaskan spt tak ada pnyakit kanser pun. Badan kuat wlpn kimo. Smpai skrg dia ambil herba utk kekalkan kesihatan.
Harga herba sgt berpatutan dn mampu milik,jgn rsau.Kami sedia membantu.
Hubungi sy utk order & prtanyaan di nombor berikut :
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*



NetOops protected image