[Gambar hiasan sahaja] |
- Luangkan masa lapang untuk bermain dan jangan mengganggu anak anda sepanjang masa ; lebih banyak memerhati dan kurang campur tangan
- Sediakan ruang aktiviti di mana benda-benda boleh di susun dengan elok yang membolehkan anak anda memberi lebih tumpuan
- Sediakan mainan mudah dan ringkas yang memerlukan penggunaan daya imaginasi untuk menyiapkannya
- Galakkan anak anda bermain di luar rumah supaya dia boleh berhubung dengan alam semulajadi dan berpeluang bermain dengan pasir, tanah, air dan udara
- Beri contoh kerja yang sebenarnya kepada anak anda supaya dia boleh menirunya ; suruh dia menolong anda mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, memasak ; aktiviti-aktiviti ini boleh disepadukan dalam permainannya, dan ia boleh menolongnya belajar tentang kehidupan sebenar
- Sediakan beberapa aktiviti seni yang membolehkan anak anda meluahkan perasaannya dengan bebas, misalnya melukis dengan jari, berus atau span, menggunakan warna-warna terang yang menarik; ia bukan sahaja menolong anak anda menyatakan perasaannya tetapi juga belajar tentang warna
- Ajarkan anak anda merekodkan pendapat, penemuan dan soalan di atas kertas atau pada pita audio/video
- Perdengarkan cerita kepada anak anda , terutama sekali cerita kisah nabi dan teladan kerana cerita ini memberikan imej-imej sihat dan pengajaran yang dapat membentuk peribadi yang baik
- Hadkan jumlah masa anak anda menonton televisyen, video dan filem
TELEVISYEN MENGHALANG ANAK ANDA DARIPADA:
Meneliti, menapis dan menganalisa maklumat dan kemudian mengaplikasikannya dalam situasi sehari-hari
Berlatih kemahiran motor , sama ada yang kasar atau halus
Berlatih koordinasi mata dan tangan
Menggunakan lebih daripada dua deria pada satu masa untuk meluaskan apresiasi persekitarannya
Bertanya soalan dan beroleh jawapan yang memberi pendidikan
Menerokai dan menggunakan sifat ingin tahunya sendiri
Mengamalkan inisiatif atau motivasi
Dicabar
Menyelesaikan masalah
Berfikir dengan analitis
Menggunakan daya imaginasinya
Berlatih kemahiran berkomunikasi
Meningkatkan kemahiran berbahasa
Menulis dan membaca
Menjadi kreatif atau konstruktif
Tidak dapat memupuk kebolehan memberi penumpuan untuk jangka masa yang lama disebabkan imbasan televisyen
Tidak dapat memupuk pemikiran yang lojik dan berurutan disebabkan tindakan sentiasa beralih ke depan ke belakang dan ke sisi
==================================================
Ibu bapa mungkin berpendapat bahawa televisyen boleh merangsangkan daya imaginasi kerana kanak-kanak kerap kali melakonkan watak kegemaran mereka. Seperti kanak-kanak, tentunya kita semua suka meniru watak kegemaran kita, tetapi jika dirangsangkan dalam cara yang lebih aktif, misalnya dari segi berpakaian, kanak-kanak memang bijak mencipta watak mereka sendiri. Televisyen menerbitkan kemalasan imaginatif kerana ia memainkan fungsi ciptaan imaginatif.
Kadang-kadang televisyen memberikan pengalaman imaginatif yang bernilai kepada anak anda kerana mereka boleh belajar konsep-konsep baru, seperti memberitahu masa, dan berasa seronok melakukannya. Ia merupakan satu sumber maklumat kepada anak anda. Namun begitu, para pakar berpendapat bahawa menonton televisyen satu jam sehari sudah cukup untuk kanka-kanak kecil. Jika tidak, masa yang sepatutnya digunakan untuk permainan aktif, membuat penemuan dan perhubungan akan hilang dan boleh menghadkan perkembangan anak anda sepenuhnya.
sumber