KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Mac 23, 2011

C.E.M.E.R.L.A.N.G

ISTILAH CEMERLANG

CEMERLANG FIZIKAL
Lincah dalam mengelakkan diri dari kecederaan...
Lincah dalam menghasilkan keindahan diri...
Lincah dalam menyelamatkan maruah dan hayat...



CEMERLANG EMOSI
Sering ceria dan syukur; jika sedih, cepat pulih...
Mirip kepada yang Maarof, indah, suci dan sempurna...
Mudah menggunakan akal bagi mengawal nafsu...


CEMERLANG ADAB - AKHLAK
Anak yang menceriakan hidup Ibubapa...
Anak yang syukur dan kagum terhadap ilmu...
Anak yang faham dan hormati Ta'adib dan Adab...


CEMERLANG INTELEK
Cerdas menerima dan faham berbagai ilmu dan kemahiran...
Cerdas mengesan perkaitan di antara berbagai ilmu...
Cepat menghasilkan pemahaman yang lebih afdhal...



CEMERLANG KEBAJIKAN

Faham dalil membuat baik...
Lazim memilih Maarof dan menolak Mungkar...
Arif memilih dalil - sebab dalam membuat kebaikan...
Istiqomah dalam amalan membaikkan diri sendiri...
Istiqomah dalam membuat kebaikan kepada masyarakat...
Istiqomah dalam membuat kebaikan terhadap alam dunia.


Daripada Abdul Rahman bin Mas'ud r.a katanya: " Rasulullah SAW telah memberitahu kami dan baginda adalah seorang yang benar dan dibenarkan: 'sesungguhnya seseorang dari kamu dikumpulkan penciptaannya di dalam perut ibunya sebagai setitis air mani dalam masa 40 hari, kemudian menjadi segumpal darah dalam masa 40 hari berikut, kemudian menjadi seketul daging dalam masa 40 hari yang berikut kemudian dihantar kepadanya malaikat lalu ditiup kepadanya rohnya, dan ditulis baginya akan empat kalimat iaitu ditentukan akan rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada ia seorang yang celaka atau berbahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia sesungguhnya seseorang dari kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya di antara syurga satu hasta dan telah terdahulu dalam ilmu Allah lalu dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu dia masuk neraka. Dan sesungguhnya seseorang dari kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya di antara neraka satu hasta dan telah terdahulu di dalam ilmu Allah lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga maka dia masuk ke dalam syurga.' " (HR. Bukhari dan Muslim)

 

HADIAH TERBESAR KEPADA ANAK


Bahasa bina maruah
Bahasa bina intelek,
Bahasa bina emosi
Bina bonding




Yang pertama, yang utama, yang agung : Dari masa di dalam rahim ibunya, sistem pendengaran anak adalah di antara organ yang mula-mula terbina. Kemampuan mendengar juga merupakan kemampuan yang diperolehinya pada peringkat yang amat awal.

Manfaat dari amalan bertutur dengan anak:
  • Kaedah ini amat murah dan mudah
  • Hubungan mesra akan wujud di antara ibu atau ayah dengan anaknya ('bonding')
  • Melalui pertuturan, anak dapat bahasa, vocal kata, cebisan ilmu, nama-nama benda.
Yang penting juga bahan-bahan dan perkara-perkara yang dituturkan, dan cara bertutur dengan anak. Beberapa panduan tentang cara bertutur bersama anak:
  • Bertuturlah dengan anak dengan suara lunak, ceria, ikhlas dan mengkagumkannya
  • Pandanglah muka atau matanya dan lihat serta rasa responnya
  • Gunakan bahasa dan pertuturan untuk memahamkan anak tentang:
-Nama benda2 dengan ciri-ciri benda2 itu
-Erti -Adab beri salam, bersabar, bersyukur, memuji Allah SWT, dan selawat Nabi
-Erti -Dalil yang menerangkan mengapa sesuatu itu baik, berguna ; tidak berguna.
  • Terangkan sesuatu itu ada fungsi atau kegunaannya dan tunjukkan perkara itu
  • Banyakkan perbualan yang menceritakan asal-usul keluarga, tempat, benda, idea
  • Bercerita yang menerangkan dalil agama, sains, warisan atau sejarah.
Jika hal-hal ini diamalkan, anak akan membina pengertian bahawa ibubapa adalah sumber utama yang memudahkan ia bina ilmu, adab, akhlak dan pemikiran. Hubungannya dengan ibubapa menjadi mesra dan kukuh kerana ia telah dibiasakan mendapat penerangan dari ibubapa hingga yakin bahawa kesayangan ibu dan ayah dinikmati melalui ilmu dan akhlak.



Kenapa perlu cemerlang?

Apa yang saya telah baca dan sedikit berilmu mengenai takrif istilah cemerlang itu sendiri, ada dua perkara yang ketara menurut sumber yang telah dikaji itu iaitu:

1) Mendidik anak agar 'cerdik dan pandai' adalah suatu perkara yang amat mudah.

2) Mendidik anak agar 'baik dan berakhlak mulia' adalah suatu hal yang amat rumit.


Ulasan sumber :
Ramai ibubapa mampu mendidik anak hingga pandai membaca, menulis, mengenal benda-benda, cerdas dalam Matematik, mempunyai ilmu yang luas, petah dalam bahasa dan komunikasi, mahir dalam berbagai kebolehan. Tetapi, ramai ibubapa juga mengalami masalah anak-anak cerdik yang menggiris hati ibubapa, sering perlu dipesan untuk solat, tidak ceria membantu ibubapa, utamakan kehendak diri sendiri, tidak minat terhadap berkebajikan.
Ada pula yang biadap terhadap ibubapa.

Bagi anak-anak cerdik, lulus cemerlang dalam persekolahan, InsyaAllah, tidak menjadi masalah kerana mereka telah menunjukkan tanda-tanda bahawa berjaya dalam persekolahan adalah perkara lumrah. Apa yang mereka lebih memerlukan adalah penyemaian akhlak agar kecerdikan yang ada pada mereka dimuliakan.


Tujuh (7) perkara yang perlu diutamakan :

1) Faham hal-hal yang lebih luas dari apa yang biasa diajar di sekolah.

2) Minat mempelajari ilmu dan akhlak serta senang menjaga akhlak.

3) Faham adab-adab hidup.

4) Senang berfikir dengan menggunakan dalil-dalil mutlak dan bernas.

5) Taat mendalami ilmu Al-Quran, Hadis, Sirah, Tauhid dan Fiqh, dan menghayatinya.

6) Mudah mengurus diri setiap hari atas amalan maarof dan adab.

7) Mudah tahu yang mungkar, dan senang menjauhkan dirinya dari keburukan.


** Semua diatas perlu diperolehi semasa kanak-kanak/ anak-anak berusia 7, 10 tahun. Dan selewat-lewatnya, bila akil baligh.



Mengapa pada usia 7, 10 tahun dan akil baligh?

Bila pada usia 7 tahun anak sudah mula melakukan solat, pada usia 10 tahun ia sudah lazim menunaikan solat tanpa didenda.
Pada baligh ia WAJIB mengerjakan solat (dan Fardhu 'Ain-Kifayah)

Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. [Hadis HR. Muslim]



Konsep Rububiyat

Diterangkan
di buku The opening Chapter Of the Qur'an oleh Abul Kalam Azad diterjemahkan oleh Dr.Syed Abdul Latif (Edisi 1962)

"....Rububiyat means 'nourishing.
.... in its widest sense, the term means "to develop a thing from stage in accordance with its inherent aptitudes, needs and its different aspects of existence, also in a manner affording the requisite freedom for it to attain its full stature"

[ Rububiyat adalah 'sesuatu yang menyempurnakan'. ... dalam erti yang luas ia adalah proses yang menyempurnakan sesuatu secara bertahap-tahap selaras dengan ciri-ciri, keperluan dan bidang kehidupannya mengikut cara-cara yang sesuai bagi membolehkannya menyemarakkan keagungannya. ]



PROSES PEMBANGUNAN & UNSUR2 PENCAPAIAN

Dengan menggunakan konsep Rububiyat, kita boleh melihat tahap-tahap dan aliran pembangunan anak seperti berikut:

Pada detik Hamil :
  • Kehamilan berlaku dengan Redha dan Rahmat Allah SWT
  • Ibu sihat ; Ayah syukur - Kedua-dua beriman & beribadah
  • Ibu tidak mengalami muntah2 secara berterusan
  • Ibu tidak mengalami penyakit jangkitan seperti German measles
  • Ibu ambil Vitamin B12 & Folic acid bantu tutupan 'neural tube'

Pada Hamil 4 bulan dalam rahim :

  • Kesihatan & pemakanan ibu dijaga dengan sempurnanya
  • Ibu perhebatkan ibadah & tilawah Al-Quran, berzikir & berdoa
  • Ibadah genting pada detik 120 hari Roh ditiup bersama 4 Kalimat
  • Sel2 neuron membesar & kepelbagaian sistem2nya disusun
  • 120 hari sejumlah 100 billion sel neuron terbina
  • Proses kecambah mula [ Neuron ; axon, dendrite, glial; myelin ; LTP ]
  • Janin mula menjadi makhluk dan mampu menerima stimulasi

Pada waktu LAHIR :

  • Selamat dilahirkan - disambut dengan Azan/Qamat, dll. ikut Sunnah
  • Selamat lahir dengan 25% kematangan sistem otak-sarafnya
  • Bayi ditiarapkan, dakap, diusap, disusukan, baru potong tali pusat
  • Pembangunan Reflex sempurna [Babinski ; Moro; Silau; Tersentak ]
  • Bayi didodoi, usap, urut, peluk, dakap, dll
  • Sering ditiarapkan agar mudah menjulur, angkat kepala, buka jari2,
  • Anak terus didengarkan zikir2, doa2, surah2 & selawat

Pada usia 6 bulan :

  • Kematangan sistem otak-sarafnya membesar pada tahap 50%
  • Terus diberikan susu ibu
  • Prasarana sempurna : Fizikal, Emosi, Bahasa, CitaRasa, Nama Benda
  • Boleh mula jalan2 - jatuh pada usia 6 bulan

Pada usia 2 tahun :
  • Dari usia 1.5 tahun mula hentikan susuan ibu pada usia 2 tahun

Pada usia 3 tahun :
  • Kematangan sistem otak-sarafnya membesar pada tahap 85%
  • Anak mencapai pembangunan tahap 3 tahun

Pada usia 4 tahun :
  • Dari usia 4 tahun anak dibiasakan bantu ibubapa selaku 'khadam'
  • Anak mula diminatkan mengikut ibu/ayah solat

Pada usia 6 / 7 tahun :
  • Anak perempuan dipisah tempat tidurnya ( 7 - 10 tahun)
  • Anak dibiasakan solat ; sediakan tempat solat ; menjadi bilal; dll
  • Otak-saraf mencapai tahap 95% bersama susun template asasi
  • Anak minat & ghairah dengan ilmu, ibadah & kebajikan
  • Anak mula ke dunia persekolahan
  • Anak mula menjadi pembantu, penghibur & asset kepada ibubapa
  • Anak mencapai pembangunan tahap 6-7 tahun

Pada usia 10 tahun :
  • Anak diperlukan melakukan solat
  • Anak perempuan dipisahkan tempat tidurnya dengan sempurna
  • Anak minat & ghairah meluaskan ilmu-ibadah-kebajikan
  • Anak cemerlang dalam hal2 persekolahan & kebajikan
  • Anak mencapai pembangunan tahap 10 tahun

Pada Akil Baligh :
  • Anak menunaikan tuntutan Fardhu 'Ain & peka tentang Fardhu Kifayah
  • Anak minat-tekun halusi-meningkatkan ilmu-ibadah-kebajikan
  • Anak berjaya cemerlang persekolahan tahap Sekolah Rendah
  • Anak telah sedia menjejak persekolahan tahap Sekolah Menengah
  • Anak mula meneruskan pembangunannya ke usia remaja
  • Anak mencapai pembangunan dalam bidang2 IKPAM

Kesimpulan
Anak-anak kecil memerlukan seorang dewasa yang membiasakannya kepada perkara-perkara yang mencetuskan hal baru yang lebih bermanfaat. Mesti ada yang mengajaknya : " Jom ikut ibu/ayah/ atuk/opah! "

Faktor jom ini genting. Anak perlu ditemani dan dilibatkan kepada kegiatan2 yang kreatif, atau pengalaman baru, atau pandangan baru sebagai penghayatan harian.

" Pada Sabtu petang, atuk mesti bawa saya ke sungai untuk melihat macam mana ikan tidur! Pada pagi Ahad, atuk suka ajak saya tolong buat perabut. Pada malam Jumaat, atuk ajak saya baca Yasin sama2, bercerita tentang tokoh2 Islam, Sirah Rasul, dan orang2 yang berilmu. "


Jika anak kerap ditemani secara ini, ia akan membina kemiripan ke arah kreativiti. Kerana sudah lazim menemui perkara2 baru, ia akan mudah membina pengharapan, bahawasanya mesti ada sesuatu yang baru, yang lebih baik dari apa yang sudah ada.


Jika kebiasaan harian ini dibina sepanjang usia 3 hingga 6 tahun pertama, anak akan membesar dengan agenda harian yang berunsurkan ciri-ciri kreatif.

Jika tidak, anak tidak akan mampu menghayati kehidupan berasaskan kreativiti.


Tiada ulasan:



NetOops protected image