RAHSIA WANITA BERDASARKAN EMPAT ( 4 ) UNSUR
Rahsia wanita : tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:-
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:-
Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam gerak-laku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:-
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.
Sumber
***
RAHSIA PERSONALITI DARI KIRAAN TARIKH LAHIR
Contoh:-
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm)
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni muzik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Sumber
***
PROSES PENENTUAN JANTINA MENGIKUT AL-QURAN
Didalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu?
Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan,
“Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”
Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi di dalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud, ”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma. Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.
Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani.
Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini
disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara teroerinci
ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.
Y dan XX
Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.
Oleh kerana kedua-dua kromosom seks
wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki
adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah aturkan
cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari
pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan
kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan
mendengar dan melihat.” (Surah Al-Insaan 76:2)
“Dialah yang membentuk kamu
dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam….
sumber
***