KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Memaparkan catatan dengan label Lihat dengan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lihat dengan hati. Papar semua catatan

April 18, 2013

Lihatlah dan renunglah ke langit dapatkah kau meneliti hikmah itu... .

Allahumma solli `alaa sayyidina Muhammad wa`alaa ali sayyidina Muhammad.
------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta

Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi "Lillahi Taala"
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar SYIAR AGAMA

Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi

Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan mujahadah.

Dari hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman

Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa

Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
-----------------------------------------

Ya Rasulullah
Ya HabibAllah

Pabila terkenangMu 
mengalir air mataku.......

 Terima kasih admin video lagu Kasih Padamu. Video diperoleh dari sumber : Lirik Lagu Melayu.Net


------------------------------------------------------------



Bismillahirrahmanirrahim.

Segala Tipu Daya Akan Gagal
Dan sesungguhnya mereka telah membuat tipu daya yang besar padahal di sisi Allah-lah (balasan) tipu daya mereka . Dan sesungguhnya tipu daya mereka tidak mampu melenyapkan gunung - ganang.

Kerana itu janganlah sekali - kali kamu mengira Allah akan menyalahi janjiNYA kepada rasul - rasulNYA; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan .

(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit dan mereka semuanya (di Padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadrat Allah Yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa .

Dan kamu akan melihat orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama-sama dengan belenggu.

Pakaian mereka adalah daripada minyak yang mudah menyala dan muka (termasuk seluruh badan) mereka dilitupi oleh jilatan api neraka .

Agar Allah memberi pembalasan kepada setiap orang terhadap apa yang dia usahakan. Sesungguhnya Allah Maha Cepat hisabNYA.

(Al-Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia dan supaya mereka diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran . 
 
{ surah : Ibrahim }
{ ayat : 46 - 52 }




Berfikir sejenak itu adalah lebih baik daripada beribadat (sunat) 
selama setahun. Betapa peranan sabar, merenung berfikir ambil masa
memuhasabahkan diri sangatlah besar nilainya. Menilai, mengimbang 
sesuatu permasalahan dalam kehidupan  secara rasional. Tidak dipengaruhi emosi 
kecewa, amarah, sakithati dan sebagainya. 
Allah memberi panduan kehidupan menurut Islam. Maka BACALAH.
Walau apapun keadaan kita. Tersasar, putus asa dalam kehidupan, dalam bersahabat,
dalam bersaudara, dalam berjiran, dalam menuntut harta, bagaimana mengawal diri apabila 
dikhinati, dicemuh, difitnah, termasuklah ujian yang Allah sengaja putuskan terhadap diri manusia dalam
hidup berkeluarga seperti ujian anak-anak maupun ujian suami/isteri. Bersabar. Bukanlah sabar itu sabar tanpa berbuat
apa-apa. Carilah solusi yang lebih memanfaatkan diri dan menenangkan agar terbangun kembali jiwa dan diri iaitu dengan membaca Al-Quran. 
Bacalah maksudnya (Al-Quran) andai kita merangkak-rangkak tidak tahu membaca bagai pentahfiz hafizah (nasihat buat diri juga). 
Tetaplah berbuat baik kepada manusia yang berbuat buruk dibelakang kita. Itulah yang susahnya kan. Bersabar, berusaha kearah kebaikan dan Do'a kan yang terbaik buat mereka moga Allah membuka pintu2 hati dan diberiNya kepada kita duakali ganda ganjaran pahala. Bersabarlah duhai hati.

wallahu'alam.
***

Kehidupan tanpa semangat juang tiada membawa apa-apa makna. Laksana makan tiada rasa. Tidur tapi masih mengantuk. Mandi juga masih tak basah..tak wangi pun. Kan aneh tu.. . 

Hidup adalah sunnatullah...cara hidup berdasar menjurus apa yang telah Allah nyatakan terkandung di dalam Kitab Suci. 

Walau bagaimana rock dan sempoi pun kita dalam kehidupan jangan takut kepada sunnatullah. Tidak akan tersasar tidak akan terkandas mengamali sunnatullah.

wallahu'alam.

salam jumaa't.
Allahumma salli 'ala muhammad.  


NetOops protected image