MELUR CINA : Alternatif merawat penyakit
Dikenali dengan nama saintifik gardenia augusta dari keluarga rubiaceae . Bunga cina / melur cina ini juga dikenali dengan nama kacapiring .
Sifatnya yang merimbun dan banyak cabang sesuai ditanam sebagai hiasan dan tanaman berpagar . Berwarna putih dengan bentuk seperti bunga mawar serta berbau harum .
Warnanya yang putih akan bertukar kepada warna kekuning - kuningan apabila mekar sepenuhnya .
Ia boleh tumbuh di kawasan sejuk dan panas . Ia merupakan antara tumbuhan yang paling senang dijaga . Namun begitu, ia paling sesuai ditanam di kawasan yang agak sejuk seperti kawasan pergunungan dengan ketinggian kira - kira 400 meter dari paras laut .
Pokok ini boleh mencapai ketinggian satu hingga dua meter dan membiak melalui keratan batang . Cara menyemai adalah dengan memilih ranting yang agak tua yang dibuang semua daunnya dan ditanam di dalam beg poli berisi pasir . Apa yang penting air hendaklah sentiasa mencukupi semasa pertumbuhan akarnya .
Dari segi komersial pokok ini berpotensi dijadikan minyak wangi kerana bau bunganya yang harum .
Kegunaan :-
- sesuai untuk mengubati penyakit kencing manis ( diabetes mellitus ), sariawan , demam dan sembelit.
- untuk kencing manis disarankan mengambil 12 helai daun melur dengan kadar dua gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari .
- Sariawan ; tujuh helai daun diperlukan dan diramas di dalam secawan air. Campuran perlu ditapis dan dicampur dengan sebiji gula batu. Hendaklah diminum sebanyak dua kali sehari .
- Demam : ramuan yang sama / serupa tanpa menggunakan madu, sesuai untuk menyejukkan badan.
- Sembelit : pokok bunga melur cina diperlukan. Caranya, ambil 3 biji buahnya dan direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minum airnya sehingga hilang sembelit.
Bagaimanapun, apa yang dinyatakan di sini hanyalah petua dan amalan tradisi yang diwarisi turun temurun. Oleh itu nasihat/ penjelasan doktor perlu dalam usaha menyembuhkan penyakit yang dihidapi.
Sumber
******
ZA'FARAN/SAFFRON
Za'faran juga dipanggil Saffron dikenali sebagai bunga 'Krokus' atau nama botani 'Crocus (latin).
Tumbuhan yang berasal dari Asia Barat dan ditemui paling banyak di Parsi ini mempunyai khasiat yang mengagumkan. Ia merupakan herba yang paling mahal di dunia.
Di kenali juga sebagai Kum Kum (rama-rama).
Za'faran juga dikatakan hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu Iran dan Sepanyol, serta sedikit ditanam di Kashmir.
Za'faran sejenis rempah...rempah terbaik, terwangi dan termahal di dunia turut dikenali sebagai 'King Of Spices'.
Terlalu banyak di dalam kitab yang menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.
Di dalam kitab Tibbul Imama A'li:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (2 sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir . " -Saiyidina Ali (k.w)
Herba ini dikatakan tinggi kandungan Thiamine dan Riboflavin. Kaya vitamin B2, hydrocloric asid. Disebabkan bau dan pewarnanya yang sangat kuat, maka hanya sedikit sahaja diperlukan untuk tujuan tertentu.
Tujuan:
> perasa makanan
> perubatan
> alat solek
> masakan
> minyak wangi
> bahan pewarna, dll.
Za'faran didapati dari 3 stigma pada sekuntum bunga.
Untuk memperolehinya, bunga Saffron dituai dengan menggunakan tangan sahaja.
1 auns filame Saffron
75,000 bunga diperlukan.
Antara khasiat Za'faran :
Awet muda
> sebagai ubat sakit perut, anti pasmodik, membantu pencernaan, meningkatkan selera makan.
> melegakan kolik (kembung kerana angin), melegakan tekanan.
Ia juga dikatakan dapat mengubati masalah wanita yang mengalami haid tidak menentu dan yang mahu hamil.
Ia juga mampu menambahkan tenaga zahir batin.
Za'faran mampu merangsang minda dan pertumbuhan sel2 otak manusia, amat sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak bagi ikhtiar merangsang pertumbuhan akal dan fizikal yang lemah/berpenyakit.
Banyak kegunaannya namun perlulah juga mendapatkan nasihat pengamal perubatan bagi mengelakkan mudharat di kemudian hari.
Ulasan:
Bagi saya, untuk mendapatkan Za'faran itu sendiri memanglah sukar tinggal lagi harganya pun tentu saja mahal dan kadang-kadang kita mungkin tertipu dengan Za'faran palsu yang dipasarkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Amalan meminum Madu Naqia pun bagus. Ia tulen dengan kombinasi Za'faran asli.
MADU NAQIA dengan herba ZA'FARAN
Mengandungi 350gram. Madu asli Naqia dengan herba Zafaran yang di import dan diperkaya dengan bahan-bahan yang suci dan berkat seperti air Zam-Zam, Zafaran ( herba yang terbaik, terwangi dan termahal didunia ), Bacaan-bacaan ayat Syifa ( Pemyembuh ) dan doa-doa tertentu untuk kebaikan tubuh badan zahir dan batin.
Amat berkesan untuk kecergasan tubuh, minda dan rohani. Amalan terbaik untuk:
1. Membuang lender-lendir dalam saluran pernafasan.
2. Menguatkan sendi dan tulang
3. Membersihkan saraf daripada segala bahan toksik yang terkumpul.
4. Menguatkan antibody tubuh.
5. Mengawalkan jangkitan bacteria.
6. Menajamkan kekuatan minda.
7. Menguatkan rohani.
8. Membersihkan Darah.
9. Memulihkan dan menguatkan tekanan perasaan.
10. Iktiar terbaik untuk segala jenis kecederaan pada kulit dan tubuh.
Cara-Cara Menggunakannya:1. Membuang lender-lendir dalam saluran pernafasan.
2. Menguatkan sendi dan tulang
3. Membersihkan saraf daripada segala bahan toksik yang terkumpul.
4. Menguatkan antibody tubuh.
5. Mengawalkan jangkitan bacteria.
6. Menajamkan kekuatan minda.
7. Menguatkan rohani.
8. Membersihkan Darah.
9. Memulihkan dan menguatkan tekanan perasaan.
10. Iktiar terbaik untuk segala jenis kecederaan pada kulit dan tubuh.
1. Selawat, Bismillah dan doa
2. Minum satu sudu besar setiap hari, 3 kali sehari iaitu selepas bangun pagi, selepas makan dan sebelum tidur malam.
3. Boleh diminum terus dan diikuti dengan secawan air.
4. Boleh dicampurkan dengan air jus dan lain-lain minuman yang berkhasiat.
Wallahu'alam
******
RIWAYAT POKOK GHARQAD YAHUDI
Saya tidak dapat tidak rasa terpanggil untuk menitipkan serba - sedikit info semasa berkenaan pokok Yahudi yang dikenali sebagai Pokok Gharqad ini . Antara pembaca sekelian sudah pasti sudah membaca berkenaan riwayat pokok Gharqad ini yang juga dikenali dengan nama A´uwasaj, gharghad, sahnun, inab, A´uwasyaz, dan Al Ghardaq Pohon Al gharqad ataupun nama saintifiknya (Nitraria retusa) daripada Keluarga (zygophyllaceae).
Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah desert-thorn, Christmas berry, wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.
Di dalam sabda Rasulullah s.a.w :
Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung disebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini adaYahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". Hadis riwayat Imam Muslim (2922) Mu´min beriman sepenuh hati terhadap karasulan nabi Muhammad S.A.W.
Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini (artikel yang penulis baca ini pada tahun 2008) sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di negara haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.
Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw….namun, disebabkan sifat ego dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya.

Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok atad adalah sama dengan spesis Jujube.
Spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air. Pokok jujube juga ditanam dalam kawasan perumahan secara besar-besaran sebagai pokok hiasan. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.
Penulis mendapat sumber info berkenaan pokoknya yang sebenar. Subhanallah. . . pokok Gharqad Yahudi ada pelbagai jenis. Ada jenis China, Jepun dan Afrika. Dari sumber tersebut menyatakan jenis Afrika adalah yang ditanam orang Yahudi di Palestin. Pokoknya jenis berduri.
Lihat gambar,
Betapa takutnya puak Yahudi kepada Islam hinggakan sedang mempergiatkan usaha dan memohon dana untuk pertingkatkan penanaman pokok Gharqad sebanyak 220 juta pokoknya. . . .
***Jews will not have any land on earth.
Ini website Israel laknatullah. . . . -http://www.jnf.org/
Ketahui apa yang berlaku diluar sana dan bongkarkan. . .itu juga dikira jihad fisabilillah.
Penulis mendapat sumber info berkenaan pokoknya yang sebenar. Subhanallah. . . pokok Gharqad Yahudi ada pelbagai jenis. Ada jenis China, Jepun dan Afrika. Dari sumber tersebut menyatakan jenis Afrika adalah yang ditanam orang Yahudi di Palestin. Pokoknya jenis berduri.
Lihat gambar,
pokok berduri |
Ia juga berbuah |
pokok Gharqad, merimbun, kalau menyorok kt belakang pokok pasti tak nampak. |
***Jews will not have any land on earth.
Ini website Israel laknatullah. . . . -http://www.jnf.org/
Ketahui apa yang berlaku diluar sana dan bongkarkan. . .itu juga dikira jihad fisabilillah.
******
KHASIAT PISANG
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Sumber: Pakar Nutrisi Sihat
******
KHASIAT KURNIAAN ALAM
BUAH KISMIS (zabib)
Ibnu Qayyim dalam 'Tib an- Nabawi' memetik perkataan Imam az-zuhri, seorang penghafal hadis di kota Madinah, iaitu: "Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan buah kismis."
Khasiat : menghapuskan lendiran (kahak) dan membersihkan hati.
MADU LEBAH
madu itu menguatkan roh (kerohanian), menambah kerajinan
dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan.
HALIA
Dalam Al-Quran, Allah menceritakan tentang minuman halia kepada penghuni syurga. Ia menyegarkan dan menguatkan urat saraf, kepanasannya menghancurkan dan menghilangkan lendiran/kahak, menguatkan ingatan.
SUSU
membantu menambah tenaga fizikal, kuat tulang belakang, mengelokkan otak, tingkat kecergasan akal, menghilangkan suhu panas badan dan jantung, isteri yang mengandung hendaklah banyak minum susu kerana ia akan menambahkan kecerdasan otak bayi dalam kandungan.
KURMA
Makanan Rasulullah saw dan para Sahabat. Ibnu Qayyim dalam Tib An-Nabawi berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, daya ingatan, menyuburkan pertumbuhan badan, menyembuhkan penyakit dan menjadi makanan dan minuman yang menyegarkan."
BUAH TIN
menjaga diri dari kesakitan kerana ia mencegah penyakit buasir dan gaut.
KACANG HAZEL
mengatasi masalah sakit kepala, menurunkan kolestrol, memulihkan darah tinggi, memulihkan kencing manis, baiki sistem saraf, menguatkan sistem saraf wanita, menjauhi barah, sumber anti-pengoksidaan.
BUAH BADAM
terkenal dengan khasiat untuk mencerdaskan akal dan menguatkan hafalan (ingatan). Selain itu ia juga boleh membantu mencerahkan mata.
PEGAGA
menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia berfungsi sebagai penjana kesihatan berfikir terutama di kalangan kanak-kanak. Mujarab memperbaiki fungsi minda, meningkatkan daya ingatan dan menguatkan tumpuan fikiran (tidak terasa penat berfikir), menghilangkan lendiran (kahak) yang boleh menyebabkan lupa.
TELUR
pakar perubatan sepakat mengakui bahawa telur adalah makanan lengkap dan tinggi kandungan protein, lemak, vitamin dan zat galian serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh tubuh badan. Berkesan mengatasi masalah penyakit otak dan saraf.
LOBAK MERAH (carrot)
amat baik untuk gigi. Ia mengatasi keletihan, mencegah jangkitan kuman dan bakteria, menjaga sistem saraf, awet muda, mencerahkan mata, mencerdaskan akal, mencegah barah, melawaskan air kencing, membaikkan hati dan membasmi kelupaan. ~menurut Imam as-Sya'rani
MINYAK ZAITUN
dicampurkan sedikit garam dan dilumurkan di sebelah belakang kepala (bahagian otak yang berfikir) boleh menghilangkan sakit kepala dan ketegangan/stress.