KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Februari 14, 2011

*RUMAHKU SYURGAKU*

Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah pembuka kata bicara tercipta satu ruang bagiku mencoretkan catatan tersurat mahupun tersirat dihati ini.
Luahan hati dan perkongsian idea tidak mudah dilakukan kerana bukan caraku untuk menyatakan segala rasa hati yg terpendam. Dari satu sudut yang lain; pandangan, idea, maklumat dan pengalaman seseorang sesuatu yg menarik utk dikongsikan bersama selagi ianya mampu memberi kemanfaatan buat semua yg bernama INSAN..




Seandainya diberikan kudrat dan kemampuan ingin benar impian itu menjadi kenyataan...












Kediaman se-gah ini sekiranya dimakbulkan olehNya, harapnya kita bernama INSAN, tetap TIDAK AKAN LUPA TUHAN...

Gambar sekadar hiasan bukan hak milik saya sepenuhnya, antara ruang2 menarik setiap sudut marilah kita sekadar menjamu mata sahaja ya..heheh
















'Rumahku syurgaku' ibaratnya begitulah jika kebahagiaan diperolehi dan didapatkan di rumah. Bukan dari segi faktor kecantikan isi rumah yang hendak diketengahkan di sini. Tepuk dada tanyalah selera dan iman diri. Adakah faktor keindahan/ kemewahan itu yang dipentingkan atau kualiti isi-isi rumah itu sendiri (suami/isteri/anak-anak) yang menenangkan, membahagiakan, menceriakan dan menyejukkan mata-mata hati... renung-renungkan bersama.

Ingin sekali saya mencuri kesempatan mengupas sedikit bicara / ilmu yang sedikitnya ini, moga-moga saya dan juga pembaca sama-sama merenung dan meneliti setiap yang kita perolehi.


JALAN MUDAH KE SYURGA BAGI WANITA
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Hai anakku Fatimah, orang perempuan yang menenun dan menjahit pakaian suami dan anak-anaknya diwajibkan ia masuk syurga dan diberikan oleh Allah kepadanya kota di dalam syurga untuk setiap orang yang memakai pakaian hasil jahitannya."

Maka beruntungnya bagi setiap perempuan yang berbakat menjahit, Allah sediakan Kota di dalam syurga buat mereka. Allahu akbar.

Namun begitu, bagi yang tiada berbakat, Allah itu Maha Adil setiap ganjaran diberi-Nya pada setiap manusia yang beriman.

Diriwayatkan oleh Siti Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Tidak seorang wanita yang berhaid melainkan haidnya menjadi penebus dosa baginya. Dan pada hari pertamanya ia dipastikan oleh Allah bebas daripada neraka, melintasi sirat, aman dari azab dan diberi untuk tiap-tiap satu hari satu malam darjat 40 syahid selama ia ingat dan berzikir kepada Allah di masa haidnya."

Subhanallah ! Besarnya ganjaran Allah buat kaum HAWA. Dalam setiap keadaan kesulitan Allah menjanjikan ganjaran pahala dan syurga buat HAWA. Maka rugilah bagi kaum HAWA yang sengaja menzalimi diri mereka sendiri.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Masud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Jika seorang perempuan membasuh pakaian suaminya, Allah mencatatkan baginya 1,000 pahala dan diampunkan baginya 2,000 dosa dan meminta ampun baginya segala sesuatu yang disinari matahari serta diberinya 1,000 tingkat darjat."

Subhanallah
Allahu akbar!


Kelebihan nikmat Syurga

Kelebihan nikmat syurga tidak dapat kita bandingkan dengan nikmat di dunia. Demikian pula dengan azab dan kepedihan di neraka amat jauh bezanya dengan azab dan kesusahan hidup di dunia. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing terhadap apa yang mereka amalkan, mengikut kadar dan bentuk kejadian yang Allah telah tetapkan.



Wanita mudah masuk Syurga

Bagi kaum lelaki untuk pulang ke syurga amat susah, kerana ia mempunyai beberapa tanggungjawab dan tugas-tugas yang perlu diselesaikan untuk melayakkan dirinya mendapat kedudukan yang mulia di akhirat. Ia terpaksa berjuang dan berjihad, menghadapi berbagai-bagai ujian, memimpin rumahtangga, mencari nafkah, memimpin masyarakat dan banyak lagi tanggungjawab kepada masyarakat dan alam sejagat secara khusus atau umum.

Bagi kaum wanita, amat mudah untuk pulang dan mendapat kedudukan yang mulia dan tinggi di syurga. Tugas dan tanggungjawabnya tidak seberat kaum lelaki. Inilah di antara kemuliaan yang Allah kurniakan terhadap kaum wanita yang perlu direnungi oleh para kaum wanita seluruhnya, supaya dalam hidup ini kaum wanita tidak tersalah merintis jalan yang membebankan diri sendiri di dunia dan di akhirat. Amin.



Syurganya seorang Isteri

Mentaati suami - perkara UTAMA. Setiap wanita tidak akan masuk syurga kalau kematiannya dalam keadaan bersalah dengan suami selagi tidak dimaaf dan diredhai oleh suaminya.
Redha Allah terhadap seseorang wanita itu terikat kepada redha suaminya. Kalau suami murka Allah ikut murka beserta para malaikat dan seluruh isi bumi ini ikut mengutuknya. Nauzubillah.


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tiap isteri yang mati dan diredhai oleh suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga."


Sepertimana yang kita tahu sembahyang di Masjid Nabawi pahalanya amat besar sehingga tidak terkira jumlahnya daripada sembahyang di masjid-masjid lain di dunia ini. Akan tetapi bagi kaum wanita, ada lagi tempat yang kalau mereka lakukan sembahyang pahalanya melebihi daripada sembahyang di Masjid Nabawi, iaitu di dalam rumahnya dan di dalam biliknya yang paling tersorok, iaitu di bilik tidur mereka. Allahu akbar.



Masjid Nabawi, Madinah.


Dijemput masuk syurga tanpa hisab


Banyak lagi keterangan tentang kelebihan dan gandaan pahala terhadap kaum wanita yang melakukan tugas mereka, yang tugas itu berkait rapat dengan tugas sebagai suri di dalam rumah dan sebagai isteri dan sebagainya.

Kelebihan wanita yang melayani suami dinilai dengan syurga dan mereka akan dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikuti pintu mana yang mereka sukai.


Jaminan ini diberi oleh Nabi SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka (mengikut pilihannya)"


Amin..amin ya rabb.




Seandainya teman2 sempat membaca ini, alhamdulillah... sama2 kita review balik apa yg dah kita semua tahu. Sekadar sama2 ingat mengingati dan sama2 bermuhasabah. Moga kita sama2 mendapat keberkatan-Nya.


NERAKA DAN PENGHUNINYA

Neraka mempunyai 7 pintu dan 7 tingkat.

Neraka itu semuanya 7 (tujuh) lapisan, yang satu di bawah yang lain:

1) Jahannam >> ia untuk orang-orang yang berdosa dari para ahli tauhid.

2) Saqar.

3) Lazha.

4) Huthamah.

5) Sa'iir.

6) Jahiim.

7) Hawiyah >> dan dialah yang terbawah sekali, tidak mempunyai dasar dan tiada berhujung.



Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji, meskipun di antara satu lapisan neraka dengan lapisan yang lain berbeza-beza jenis penyiksaannya, yang lebih bawah adalah lebih berat dan dashyat dari yang di atas.


BAHAGIAN AHLI NERAKA

Sesungguhnya ahli neraka itu terbahagi kepada 2 bahagian:

Pertama : Mereka yang dimasukkan ke dalam neraka dari ahli tauhid yang berdosa. Orang-orang ini tiadalah dibiarkan tinggal di dalamnya buat selama-lamanya, bahkan mereka akan dikeluarkan daripada neraka itu dengan syafaat Nabi SAW dan rahmat Allah Ta'ala.
Setengah mereka akan keluar daripada neraka itu sebelum cukup masa menjalani hukumannya, dan ada pula yang dikeluarkan sesudah cukup masanya.

Diriwayatkan, bahawa orang yang akhir sekali keluar daripadanya, dan orang yang paling lama sekali tinggal di dalamnya, ialah sesudah tinggal di situ selama 7000 tahun, iaitu umur dunia kita.

Dikatakan bahawa orang yang mengesakan Tuhan tidak akan dibiarkan tinggal kekal di dalam neraka samasekali, malah akan dikeluarkan daripadanya setiap orang yang ada di dalam hatinya cahaya iman, walaupun sebesar biji sawi sekalipun. Demikianlah menurut Hadis Rasulullah SAW yang sahih.


Kedua
: Orang - orang yang mengkufuri Allah, tidak beriman kepada-Nya, orang-orang musyrikin dan munafiqin (kaum munafiq) yang sentiasa melahirkan iman dengan lidah saja, tetapi di dalam hati mereka menunjukkan kufur.
Jenis orang-orang kafir ini banyak sekali ; kaum Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain seumpama mereka ; semua mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan tinggal KEKAL di dalamnya buat selama-lamanya.

Diriwayatkan, bahawa gigi orang kafir di dalam neraka umpama gunung Uhud, dan tebal kulitnya 42 hasta, dan orang kafir akan menyeret lidahnya sampai 1 farsakh / 2 farsakh, semua orang yang lalu di situ akan menginjak-injak lidah itu. Allah SWT membesarkan tubuh dan rupa orang-orang kafir itu di dalam neraka supaya bertambah siksaan, penderitaan dan kekejian mereka.
Kemudian apabila semua orang yang berdosa dari ahli tauhid keluar dari neraka, dan tiada seorang lagi yang masih tinggal, maka ditutuplah kesemua pintu-pintu neraka ke atas orang-orang kafir itu, dan tiada dibuka-buka lagi.

Di antara orang-orang kafir itu, ada yang dimasukkan ke dalam tabut (peti) dipenuhi dengan api, lalu ditutupnya. Maka mereka pun tinggal di dalamnya kekal di situ buat selama-lamanya dalam siksaan dan kutukan Allah Ta'ala dan kemurkaan-Nya sehingga tiada akhir atau penghabisan lagi.




SYURGA DAN KURNIA KEPADA AHLINYA

Sabda Rasulullah SAW:

" Di syurga ada seratus darjat, antara satu darjat dengan darjat yang lain, sama seperti antara langit dan bumi. Syurga Firdauslah yang paling tinggi darjatnya. Daripadanyalah terpancar keempat-empat sungai dalam syurga, dan di atasnya pula terletak Arasy Tuhan yang mulia. Lantaran itu, apabila kamu memohon Allah, pohonlah syurga Firdaus daripada-Nya."


" Sesungguhnya terdapat di dalam syurga suatu pohon, yang jika seorang penunggang lalu di bawah teduhannya seratus tahun lamanya, belum sampai lagi di penghujungnya. Dan sejengkal tempat seseorang kamu di syurga adalah lebih utama dari tempat yang diterangi oleh matahari ataupun yang digelapinya."


" Berkata Abu Hurairah r.a. : Aku pernah bertanya Rasulullah SAW kataku : Duhai Rasulullah! Makhluk itu dicipta dari apa?
Jawabnya: Dari air.
Kataku lagi : Syorga pula, dibina dari apa?
Jawabnya : Batunya, ada yang dari emas, dan ada yang dari perak, dan simennya dari kasturi yang sangat harum baunya, dan batu-batu kerikilnya dari permata yaqut dan mutiara, dan tanahnya dari za'faran (semacam wangi-wangian). Siapa yang memasukinya, nescaya ia merasa nikmat dan tidak akan putus asa lagi, dan ia akan tinggal di situ buat selama-lamanya, sedang ia tetap di dalam keadaan dewasa, tidak tua-tua lagi."


" Golongan pertama yang memasuki syurga, wajah mereka laksana bulan purnama, dan golongan kedua pula wajah mereka laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit, setiap orang di antara mereka mempunyai dua isteri, masing-masing mengenakan tujuhpuluh (70) pasang pakaian, kelihatan isi betisnya dari luar."


" Ahli syurga akan memasuki syurga dalam keadaan muda lela, tiada berbulu, bercahaya wajah masing-masing dan berumur sekitar tigapuluh (30), ataupun tigapuluh tiga tahun (33)."


Sabdanya:
Hendaklah kamu sekelian menyediakan diri untuk masuk syurga! Sesungguhnya syurga itu, demi Yang Empunya Ka'bah, tiada terlintas di hati sesiapa pun. Semuanya cahaya yang berkilau-kilauan, wangi-wangian yang membangkitkan syahwat, gedung-gedung yang memuncak tinggi, sungai-sungai yang tiada berhujung, anika macam buah-buahan yang masak ranum, isteri-isteri yang rupawan-jelitawan, pasangan pakaian yang bermacam-macam, di tempat tinggal yang kekal abadi, di dalam kehidupan yang riang-gembira, di dalam rumah-rumah yang tinggi lengkap dan teratur. Para sahabat lalu berkata : Kami tetap menyediakan diri untuk memasukinya, duhai Rasulullah.
Ujar baginda pula: Ucapkanlah Insya Allah.


Sesungguhnya penghuni syurga itu makan dan minum, tidak berludah, tidak kencing, tidak berak dan tidak berhingus.
Para sahabat bertanya : Bagaimana pula dengan makanan yang sudah dimakan?
Jawabnya: Keluar dengan sendawa dan peluh seperti bau kasturi. Mereka sentiasa didorong untuk bertasbih, mensucikan dan memuji Allah, dan pada riwayat lain, dan membesarkan Allah dalam setiap masa, sebagaimana mereka didorong untuk bernafas.


Ada suatu riwayat mengatakan, bahawa kaum FAKIR miskin MUSLIMIN akan memasuki syurga setengah hari terlebih dahulu sebelum kaum kaya raya, dan SETENGAH HARI itu (di akhirat) sama dengan LIMARATUS TAHUN lamanya (500 tahun).
Dan bahawasanya sungai-sungai di syurga mengalir tanpa parit di atas muka buminya. Dan bahawasanya orang yang paling rendah di dalam syurga diberi balasan seperti dunia SEPULUH KALI GANDA, dia mempunyai seribu(1000) khadam dan tujuhpuluh dua (72) isteri dari Huril-ain (bidadari), dan dia diberi melihat kenikmatannya dan segala apa yang disediakan Allah untuknya dari pemberian sekadar seribu tahun. Dan sesungguhnya pangkal setiap pohon di syurga dari emas, dan pintu-pintu syurga adalah delapan, dan bilangan anak tangganya sama dengan bilangan ayat-ayat Al-Quran Al-Karim.


Sabda Rasulullah s.a.w:

" Akulah orang yang pertama bangkit (dari kubur) apabila tiba hari manusia dibangkitkan, dan akulah menjadi pemimpin mereka apabila mereka mengunjungiku. Akulah orang yang memberi nasihat jika mereka mendengar, akulah orang yang mensyafaatkan mereka jika mereka tertahan nanti. Akulah orang yang memberi berita gembira jika mereka telah putus asa. Kehormatan dan segala kunci, pada hari itu, dalam tanganku, dan bendera kepujian, pada hari itu, dalam tanganku, dan akulah semulia-mulia anak Adam di sisi Tuhanku. Aku akan dikelilingi oleh seribu khadam yang rupanya laksana putih telur yang melepak, atau cahaya mutiara yang berkilau-kilauan."

Moga-moga Allah Taala merahmati Nabi kita Muhammad s.a.w serta menambahnya kemuliaan, kelebihan dan keutamaan. Amin.


Sumber

Tiada ulasan:



NetOops protected image