Syukur diatas segala nikmat yang diberi oleh-Nya kepada kami sekeluarga. Perjalanan hidup kami cukup sederhana namun anugerah kebahagiaan itu amat bermakna dan tidak terhitung dengan kata-kata..
Bagaimana untuk meraih kebahagiaan??
..sukarkah?
ATAU
ATAU
senangkah?...
Senang atau sukar untuk meraihnya, pertama sekali kita seharusnya berpijak ke bumi . Tidak berangan-angan semata. Cara berfikir juga adalah salah satu faktornya. Reset minda . Mula membuat pilihan di antara mana-mana jua imaginasi dan cara keputusan yang kita mahu rumuskan. Apa-apa jua permasalahan pertama sekali percaya kepada qada' qadar Allah Taala. Dan paling penting selalu bermuhasabah diri di atas setiap ujian, cabaran.
Mencipta Bahagia
miliki bahagia dengan fikiran yang positif sentiasa.
Dasar terpentingnya adalah percaya kepada ALLAH
BAHAGIA itu milik-Nya
DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ketahui kita ini positif ATAU negatif ,
Mari sama-sama berubah demi kebaikan.
KAMU SEORANG YANG NEGATIF SEKIRANYA... .
1. Takut untuk berhadapan dengan risiko dan cabaran
2. Sentiasa duduk di jalan yang selamat dan tidak pernah cuba untuk mengubah diri.
3. Sentiasa berprasangka buruk pada orang lain biarpun orang itu sebenarnya mahu membantu.
4. Tidak bersyukur dengan apa yg dimiliki.
5. Sentiasa menyalahkan diri setiap kali gagal menyempurnakan sesuatu kerja.
6. Setiap kali kamu berselisih faham dengan seseorang kamu tidak pernah mencuba perbaiki keadaan malah semakin mengeruhkan keadaan dan sentiasa berfikiran tidak baik terhadap orang tersebut sekalipun dia mahu berbaik dengan kamu semula.
7. Suka mencari kesilapan orang setiap kali kamu bekerjasama dalam sesuatu komuniti.
8. Lebih suka berganting pada nasib daripada berusaha sendiri untuk mencapai sesuatu.
9. Suka lari dari masalah daripada berhadapan dengan masalah tersebut.
10. Sekali orang buat silap, selama-lamanya kamu menghukumnya biarpun dia sebenarnya telah berubah.
11. Hidup dalam dunia kamu sendiri dan tidak suka bercampur dengan orang.
12. Iri hati melihat kejayaan orang lain.
***
A TO Z BE POSITIF
ACCEPT
Terimalah diri sebagaimana adanya.
BELIEVE
Percayalah terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup.
CARE
Ambil berat terhadap orang sekeliling kamu agar mereka juga akan membuat perkara yang sama untuk kamu.
DIRECT
Arahkan fikiran pada hal2 positif yang boleh meningkatkan kepercayaan diri.
EARN
Terimalah penghargaan yg diberi orang lain tanpa ada perasaaan riak sebaliknya teruslah berusaha menjadi yang terbaik.
FACE
Hadapilah masalah dengan berani dan yakin.
GO
Bergerak menuju kebenaran.
HOMEWORK
Melakukan homework sebelum memulai sesuatu kerja itu adalah langkah paling penting untuk pengumpulan informasi.
IGNORE
Abaikan apa sahaja yang menghalangi jalan kamu untuk mencapai tujuan.
JEALOUSLY
Rasa iri hati akan membuatkan kamu tidak menghargai kelebihan diri sendiri, jadi HINDARILAH.
KEEP
Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal.
LEARN
Belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.
MIND
Jaga urusan sendiri dan tidak menyebar gosip tentang orang lain.
NEVER
Jangan pernah QUIT dan PUTUS ASA.
OBSERVE
Amatilah segala hal di sekeliling. Perhatikan, dengarkan dan belajar dari orang lain.
PATIENCE
Sabar adalah kekuatan tak ternilai yang membuat kamu terus berusaha.
QUESTION
Pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu.
RESPECT
Hargai diri sendiri dan juga orang lain.
SELF CONFIDENCE, SELF ESTEEM, SELF RESPECT
Percaya pada diri, mempunyai keyakinan yang tinggi, dan menghormati diri. Tiga elemen tersebut akan membebaskan kita dari saat2 tegang.
TAKE
Bertanggungjawab pada setiap tindakan yang kamu lakukan.
UNDERSTAND
Fahami bahawa hidup itu pasti akan ada naik turunnya.
VALUE
Menilai diri sendiri dan orang lain, agar kita sentiasa dapat melakukan yang terbaik.
WORK
Bekerja denngan bersungguh-sungguh dan jangan lupa berdoa.
X-TRA
Usaha yang lebih keras pasti akan membawa hasil.
YOU
Kamu... harus percaya bahawa kamu dapat membuat suatu yang berbeza.
ZERO
Tiada usaha tiada hasil.
Dari Petikan: Buku INOVASI PENERBITAN KREATIF kompilasi ruangan psikologi Majalah Remaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan