Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada setiap individu yg menyukai penulisan saya. TERIMA KASIH :)
Kali ini saya ingin berkongsi tip..hehe tip apa pula ya..
Tip ini paling mudah diikuti.
Bagaimana nk ubat hati yg terluka... ? ? ?
10 TIP PERGILAH DUKA
Buang segala yang tidak bermakna
Bebaskan dirimu
Kenali diri
Jadi diri sendiri
Kekurangan itu biasa
Pelbagaikan citarasa
Buang barang-barang lama
- barang2 lama yg tidak berguna
Ungkapkan isi hati
- berterus terang kpd seseorang yg anda rindui, atau berselisih faham
Maafkan orang lain
Hidup tidak bahagia andainya kamu...
- mengharap orang lain membuat keputusan untuk diri kamu
- takut kepada perubahan
- tidak berani mencuba kelainan; makanan, pakaian
- sentiasa menganggap diri kamu sahaja yg betul
- takut menyuarakan pendapat dan apa yg kamu rasa
- memilih jalan yg salah ; mencuri, hamba dadah, dll
- tidak hormat orang tua dan tidak hargai mereka
- hidup sendirian TANPA teman dan orang yg disayangi
10 ATASI KESEPIAN
Menurut penulis buku Intimate Connections, David D Burns, punca orang2 yang berasa hidupnya sepi ini adalah kerana:
kerana mempunyai rasa percaya diri yang rendah.
>> takut ditolak, dikritik dan dicela sehingga bersikap terlalu kritis terhadap diri sendiri.
Ini juga membuatkan seseorang itu malas keluar, bertemu dengan orang-orang dan menjalinkan persahabatan.
Tip sumber: Dr. Burns
1. Sentiasa ingatkan diri sendiri tentang bakat dan ciri pembawaan anda yang membuatkan anda bangga pada diri sendiri/ sentiasa bayangkan diri anda sebagai seseorang yang menarik dan diperlukan. Orang2 lain umumnya tertarik pada seseorang yang mempunyai pandangan positif.
2. Laksanakan kegiatan yang selama ini anda inginkan misalnya belajar menari (contohnya), bermain muzik, ikuti kursus bahasa asing/ lakukan kegiatan sosial. Mahir dalam suatu bidang secara tidak langsung akan membangkitkan rasa percaya diri.
3. Jangan suka membandingkan diri dengan orang lain. Kerana anda pasti akan bertemu dengan orang yang lebih langsing, lebih muda, lebih cerdas daripada kamu. Jadi jangan sekali-kali berasa rendah diri. Ingatlah setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya sendiri, seharusnya anda bersyukur dilahirkan sempurna dan anda juga harus percaya untuk menjalinkan persahabatan yang tulus ikhlas, tidak perlu harus cantik/ tampan / kaya.
4. Bergabung dengan kumpulan yang mempunyai minat yang sama.
Yang penting disini ianya sejajar dengan minat anda, dapat mengisi ruang kekosongan di hati anda.
5. Sibukkan diri dengan kerja-kerja sukarela. Dengan kegiatan ini, anda akan lebih memikirkan apa yang anda mampu berikan kepada orang lain, daripada memikirkan apa yang anda boleh dapat dari orang lain. Secara tidak langsung anda akan sentiasa senang pada diri sendiri.
6. Lakukan sesuatu yang membuatkan anda berasa amat istimewa. Misalnya memanjakan diri anda dengan makanan yang sedap2, hiaskan rumah / bilik tidur anda cantik2, pergi ke gym atau sebagainya. Melakukan perkara2 yang menyenangkan ini membuatkan hidup anda sentiasa terisi dan masa dirasakan begitu pantas berlalu.
7. Hiaskan diri agar sentiasa berpenampilan menarik.
8. Jangan terlalu kritis terhadap diri ataupun terhadap diri orang lain. Jika anda mengharap dapat bertemu dengan orang yang sempurna, anda akan menunggu selamanya kerana tidak ada orang yang terlalu sempurna di dunia ini.
9. Selalu tersenyum dan lebih baik lagi katakan, hai / beri salam pada orang tidak dikenali di jalan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda bimbang dikatakan over ataupun perasan lakukan pada kaum sejenis ataupun pada orang yang lebih tua, atau anak-anak.
10. Jangan lokek untuk memberi pujian terutama pada orang2 yang haus dengan pujian. Namun biarlah pujian itu ikhlas dan ada logiknya. Jangan sampai mukanya bertampal dengan bedak sejuk anda boleh puji cantik. Pujian yang ikhlas boleh membuatkan orang2 yang dipuji terasa dirinya begitu dihargai dan membuatkan dia begitu senang berkawan denganmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan