Saya ambil dari satu sumber yang saya baca pada tahun lepas, 2011. Terfikir dan termenung sendirian bahana terkini setelah baru 4 hari 3 malam menjalani kehidupan di tahun baru 2012. Namun, sebagai manusia, insan; makhluk yang paling tinggi status/ ciptaan di muka bumi Allah ini hendaknya kita selalu bermuhasabbah, berusaha, berdoa, bersabar, bertawakkal, bergantung nasib hidup HANYA kepada Yang Maha Pencipta ALLAH s.w.t.
Lebih ramai orang kini mengetahui dan membincangkan dengan meluas perihal tahun 2012 yang dikatakan berlakunya satu peristiwa bencana alam yang dashyat di muka bumi ini seperti yang digambarkan di dalam sebuah filem bertajuk " 2012 "
Bercakap tentang angka, memang ada orang yang bertanyakan kepada saya apakah benar " ramalan " tentang tahun 2012 tersebut ? Mereka risaukan berlakunya peristiwa sedemikian yang menjadi realiti!
Jawapannya adalah ya benar tahun 2012 dijangka berpotensi bermasalah sebegitu, TETAPI sebenarnya bukan hanya 2012 tetapi setiap tahun juga berpotensi bermasalah!
Jika anda perhatikan tahun-tahun kebelakangan ini pun telah berlaku pelbagai bentuk musibah yang lebih kerap dek kerana peranan manusia itu sendiri mendedahkan kehidupan kepada masalah membina rumah di cerun bukit yang tidak dijaga dengan betul dan sebagainya. Namun, kebetulan terdapatnya sebentuk " cerita " di sebalik tahun 2012.
Masuk ke zaman baru
Untuk mengetahui tentang ramalan mengatakan tahun 2012 berlakunya sebentuk kemusnahan atau musibah dashyat adalah berdasarkan kepada perihal satu kalendar kuno yang dibuat oleh Kaum Maya yang dikatakan berakhir pada tahun 2012. Misteri kenapa pengiraan kalendar tersebut berakhir tahun 2012 tidak diketahui tetapi banyak pihak mengatakan bahawa kalendar tersebut berakhir pada tahun 2012 adalah kerana berlakunya sebentuk perubahan di dalam kehidupan manusia iaitu masuk ke satu era atau zaman baru.
Namun, tidak dapat dipastikan bagaimanakah proses perubahan dan bagaimana bentuk perubahan tersebut yang bakal muncul pada tahun 2012 nanti. Kaedah penomboran boleh juga menjelaskan bagaimana tahun 2012 berpotensi tahun bermasalah. Bukanlah tujuan kaedah ini mahu menakutkan orang ramai atau membuat ramalan perhal peristiwa 2012 berkenaan.
Apa yang mahu dikongsikan di sini adalah sebagai sebentuk kesedaran dan peringatan kepada kita semua. Mudah-mudahan dengan pendedahan sebegini dapatlah kita membina kehidupan yang lebih berkesan mengatasi kata-kata orang yang mengatakan tahun 2012 adalah tahun bermasalah. Jika anda seorang pengguna kaedah penomboran maka anda dapat melalui tahun 2012 dengan baik kerana anda telah memahami kandungan konflik dan potensi yang ada serta memiliki persediaan untuk melaluinya.

Salah satu alasan kenapa kaedah penomboran mengatakan tahun 2012 berpotensi bermasalah adalah kerana terdapatnya angka 235 di dalam petak pengiraan untuk tarikh tahun 2012. Di dalam kajian saya mendapati angka 235 biasanya terdapat pada fenomena yang berbentuk negatif iaitu " perasaan mudah marah ".
Dengan kata lain, pada tahun 2012 dijangka ramai orang cepat marah, bertindak di luar kawalan emosi, menimbulkan huru-hara, memusnahkan harta benda malah mengancam nyawa orang lain dan seumpamanya. Begitu dashyat tahun 2012 ? Tentunya tidak jika apabila anda masuk tahun 2012 nanti janganlah cepat beremosi tetapi kawallah emosi di sepanjang tahun itu!
Tenang, tabah, tahan sabar dan seumpamanya menjadi kata kunci utama untuk melalui tahun 2012. Sejak akhir-akhir ini di dalam tahun 2011 menuju ke tahun 2012 terdapat pelbagai jenis musibah seolah-olah memberikan petunjuk apa yang bakal berlaku di tahun 2012 nanti.
Banyak peristiwa kemusnahan alam, wabak penyakit, pergaduhan, potensi peperangan, jenayah dan sebagainya makin lama makin meningkat malah berlaku lebih ngeri dan dahsyat daripada abad-abad yang lalu.
Emosi kuasai akal
Tentunya apabila masuk tahun 2012 nanti, kesemua keburukan ini menjadi lebih nyata dan meluas apabila emosi manusia digunakan berbanding akal fikiran yang positif untuk mengendalikan sesuatu isu. Maka memang betullah jika berlakunya kemusnahan/musibah dahsyat pada tahun 2012 adalah kerana perlakuan manusia itu sendiri jua.
Cubalah kita ikhtiar untuk mencipta dunia yang lebih aman. Kalaupun memang dunia bakal mengalami musibah pada tahun 2012 oleh kerana kehendak Yang Maha Kuasa, sekurangnya dunia ini berada dalam suasana aman daripada kemusnahan oleh perlakuan kita ini.
Oleh kerana tahun 2012 dikatakan tahun perubahan untuk masuk ke era baru, maka marilah kita bermula daripada sekarang untuk membuat perubahan yanng lebih positif. Hadapilah kehidupan dengan lebih positif, tabah, tenang dan bersistematik. Kesemua yang bakal berlaku dianggap sebagai sebentuk ujian yang perlu kita selesaikan dengan baik. Mulakan menjaga kesihatan daripada aspek kesihatan fizikal mahupun mental.
Tentu banyakkan membuat amalan-amalan ibadah dan jariah untuk memastikan kita sentiasa dalam suasana positif. Lihatlah dunia sebagai satu amanah kepada kita unutk kita jaga dan bersihkan serta bangunkannya menjadi lebih baik.
Ciptalah syurga di dunia kita ioni dan dengan sedemikian tahun 2012 bakal menjadi tahun perubahan yang lebih baik untuk mereka yang positif. Untuk mereka yang mahu kekal negatif, tentunya merugikan diri sendiri, masyarakat dan negara. Fikirlah untuk kebaikan generasi akan datang. Jika anda dapat melalui tahun 2012 dengan baik maka anda telah cipta diri dan generasi yang lebih baik untuk tahun-tahun seterusnya.
Sumber
Satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru..
Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian bawah (air).
Pada 30/12/11 - seperti ombak besar - di Segamat, Johor, Malaysia
Pada 30/12/11 juga fenomena sama yang berlaku di Segamat, Johor dan gambar ini diambil di Labuan, Sabah oleh seorang hamba Allah.
Dan kedua-dua tarikh kejadian Tsunami Besar di langit tersebut terjadi pada hari Jumaat. Subhanallah, Allahuakbar!!
Adakah ini suatu petanda ??? wallahu'alam.
Ingatlah wahai teman budiman, perkara pertama yang soal di akhirat kelak ialah as-solat..solat 5 waktu sehari semalam duhai teman. Tanpanya apalah guna segala amalan, kebajikan dan sedekah jariah kita semua. Moga-moga kita semua dibawah lindunganNya sentiasa.
Sama-sama kita bermuhasabah, berdoa kehadrat Ilahi agar kita semua dijauhi dari segala musibah bencana yang tidak diingini ini..amin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan