KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

November 02, 2012

Kau Di Dalam EMOSI vs RASIONAL

Harus ' bagaimanakah' mengekang perasaan agar tidak berlebih-lebihan dalam setiap perkataan?
Sedangkan hati melonjak-lonjak, berkobar-kobar untuk menyatakan isihati yang tersimpan terkunci kemas di dalamnya. . . . . . .

Hari yang dilalui bersama rutin setiap hari. Ibarat, dari hari ke sehari, dari seminggu ke minggu sesudah itu, dari bulan hingga berganti ke bulan lainnya, dari tahun ke setahun berikutnya. . .,
Anak-anak. . . dari saat, detik, saban hari saban tahun, terasa cepatnya tempoh tumbesaran mereka!

Tidak . . . bukan mengeluh bukan juga merengus. Dalam mendidik anak-anak perlu ada keikhlasan. 'Wajib'. Ikhlas tu datang dari hati, bukan ada niat, tujuan untuk menunjuk. .  tunjuk bagus kepada umum. Konon, menjaga sahsiah diri di depan khalayak bermaksud 'control bagos ' / 'menunjuk baik' / ' manusia plastik' / ' baik diluar dalam busuk' / dan berbagai istilah seangkatan dengannya. Menjaga sahsiah diri memang wajib. Praktikal di dalam rumah akan automatic semulajadi pabila diri di depan khalayak umum. Ingat! menjaga sahsiah atau akhlak itu dituntut dalam agama. Moral muda-mudi kian luntur dek budaya  "ada aku kisah"??!






Bagaimana. . . . . .

"PENDEKATAN EMOSI"

Contoh:
Kerapkali dalam hidup ini, sesuatu keputusan dibuat berdasarkan emosi bukannya rasional. 

Misalannya, kita perlukan sebuah kereta, rasionalnya supaya memudahkan pergerakan, lebih selamat berbanding motosikal, tidak ditimpa panas dan hujan. Jika begitu, membeli kereta Kancil / Proton Saga sudah memadai dan memenuhi rasionaliti. 
Tetapi, kenapa apabila seseorang itu berduit mereka membeli kereta berjenama ? [ Toyota vs Honda ]
Sebab mahukan keselesaan dan keselamatan, kata mereka. 

Jika begitu, kenapa pula membeli kereta berjenama BMW vs Mercedes ? . . . .supaya lebih lagi selesa dan selamat ?

Bagaimana pula dengan memiliki kereta Ferrari vs Porsche ? . . . Jawapannya adalah kerana "keputusan nafsu"  bukan  kerana "rasional" .

Keputusan emosi ini bukan sahaja dalam soal memiliki kereta tetapi ia mencakupi semua aspek kehidupan kita. Sebab itulah, apabila kita menggunakan pendekatan emosi dalam mendidik / memotivasikan anak-anak, maka mereka lebih mudah membuat keputusan untuk berubah.

[dipetik dari sumber bacaan]

Anak-anak lebih bertindak balas kepada emosi kita dan bukannya kata-kata kita. Malah setiap peristiwa yang berlaku jika disertai dengan kekuatan emosi dapat membuatkan ia tertanam di minda dan terpahat di hati bagi satu tempoh yang panjang. 

Cuba imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Apakah kenangan ataupun peristiwa antara kita dan ibubapa yang tidak dapat dilupakan hingga sekarang. Kenapa peristiwa itu lebih diingati berbanding peristiwa lain ? 
Mungkin sebabnya, peristiwa itu begitu menyentuh perasaan, menyedihkan, menakutkan, menggembirakan. . . . .

Kekuatan emosi yang wujud waktu itu membuatkan peristiwa itu kekal dalam ingatan.. . . .

Benarkan ??
Apa kata kita sama-sama praktikkan. :-)




Tiada ulasan:



NetOops protected image