KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

November 09, 2014

Aku menulis kerana aku ada ..sesuatu untukmu..teman.


Bismillahirrahmannirrahim.

Allahumma salli a'la sayyidina Muhammad wa'ala Ali sayyidina Muhammad.

Assalamualaikum pembaca budiman .

Bukan sengaja blog ini dibiar sepi . Bukan sengaja menghilang diri tanpa khabaran berita .
Mencipta, merakam kisah kehidupan bukan mudah . Apalagi ianya  berkisar tentang perjalanan hidup sendiri . Adakah..insan yang mau membaca kisah-kisah hidup peribadi orang lain. di sini ?
Andai kisah itu berkisar tentang bagaimana menjadi cantik. jelita. putih mulus itu. mungkin ada yang mau membaca .... 


:-(

:-(


Kelu lidah fikiran  hendak berkata-kata melalui mata pena keyboard ini . Kerana saban tahun ini sahaja pelbagai musibah terjadi dalam kehidupan saya . Kehidupan saya meliputi kaum keluarga seluruhnya. 
Allah menguji hati kami. Allah menguji keikhlasan kami. Allah menguji ukhuwah kami. Allah menguji kesabaran kami menghadapi kesakitan. Allah menguji kesetiaan kami antara satu dengan yang lain. Allah menguji sikap kami terhadap ujian-ujianNYA. Dan yang paling kemuncak adalah Allah menguji kami dengan kematian salah seorang ahli keluarga kami. Allah memilih insan terbaik. Insan yang paling bertolak-ansur dalam kehidupan. Insan yang paling menjaga tali silaturrahim. Insan yang tidak mengeluh dengan segala anugerahNYA kepadanya. Insan yang paling mudah tersenyum walaupun duka datang menyapa. Insan yang paling dibangga dalam ahli keluarga dengan kejayaannya yang cemerlang. Insan yang sangat penyantun dan  berakhlak mulia. Insan yang paling penyabar dalam seramai-ramai ahli keluarga kami. Insan yang paling mulia dengan manusia dan Penciptanya. . . . .Allah . . .Allah . Allah . Bahkan saat beliau menghadapi kemuncak kesakitannya  masih lagi beliau memikirkan makan dan minum ahli keluarga seluruhnya . Ya Rabbi ..


-

-

-


Masa kecil kita teringat nak masuk syurga itu mudah .
Cukuplah dengan berbuat baik kepada manusia . solat jangan tinggal . 
Ibarat , semudah belajar ambil wudhu' , semudah hari-hari pergi ke sekolah , semudah makan Ibu siapkan , semudah bercakap perkara-perkara baik , semudah solat pabila disuruh Ibu, semudah tolong Ibu memberi hidangan kepada jiran , semudah memakai baju yang bersih dan sedap dipandang ..dan macam-macam berupa kebaikan .

Perbuatan yang baik-baik itu kononnya sudah sempurna cukupnya untuk masuk ke syurga idaman . Itulah anggapan naluri zaman kanak-kanak dahulu .

Betapa sayangnya Allah kepada kita semua . Memberi peluang dan waktu berfikir . Matang . Membesar . Mencari seberapa banyak ilmu selama di dunia . Dari masa ke semasa cara kita menilai syurga ITU semakin dalam . Semakin sukar, ya ..semakin besar halangan..semakin mencabar Iman di dada . semakin terluka di jantung hati . semakin merana jasad dan rohani ..semakin berat pondak di belakang..Ya Allah!! ..bukan senang .

Meraih syurga sejujurnya amat mahal untuk dimiliki setiap mukmin pilihan . Beruntungnya bagi orang-orang terpilih . Yang berjaya mengatasi halangan ujian Allah di dunia.. menuju kematian husnul khatimah.. dibangkit di mahsyar untuk timbangan menuju akhirat ..samada selamat ke syurga ataukah celaka ke neraka..nauzubillah himinzaaliq.


***

Kata ustaz, mahsyar ini lamanya sampai kita hari ini tidak mampu fikir berapa lamakah kita akan berada di alam mahsyar . 
Para sahabat Rasulullah saw bertanya, mahsyar di mana?

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ini di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung-ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. 
Ini terjadi pabila malaikat Israfil meniup sangkakala pada pertama kali.
Kali kedua ditiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga .
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita ??

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as. sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.

-Rujuk surah Yassin ayat 52-54

Ditambah dengan binatang, tidak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari itu . Saidatina Aisyah ra. pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita .
Lalu dijawab Rasulullah saw dengan memetik ayat Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri .

-Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37)

" setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya " 


Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.

Apabila sampai di mahsyar, perbicaraan tidak berjalan lagi . Penantian entah berapa lama .
Lalu keseluruhan umat manusia pergi kepada Nabi Adam as. hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab .

Jawab Nabi Adam as. dia tidak dapat memberi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa .
Pergilah seluruh umat manusia kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh as, Musa as, Isa as, dan Ibrahim as. tetapi nabi-nabi ini hanya berdoa keselamatan masing-masing. 

Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab .

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada manusia yang sudah meminta pada Allah swt agar awal-awal disegerakan masuk ke neraka kerana tidak tertahan lamanya berdiri di mahsyar .
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja kerana padatnya manusia pada hari itu .

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash .
Ketika itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab itu . Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tidak menjamin kita ke syurga . 

Kemudian, Allah swt panggil seorang demi seorang untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt menyuruh kita membaca semua amalan yang tercatat di dalam buku kita disaksikan seluruh umat manusia. Tiada satu pun yang tertinggal.

Setelah selesai dibaca, Allah swt akan tanya kita 3 soalan.

1. Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid

2. tak ingat

3. Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. 



Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita Ia melebihi dosa kita .
Ianya seolah sedikit lagi kita ke syurga, tetapi di akhir penelitian...Allah swt menanya semua manusia siapa yang mengenali kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka .

Antara yang mula-mula bangun adalah anak, isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan sebagainya.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa diberi kepada mereka.
Jika pahala sudah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan menanggung dosa anak-anak dan isteri ). 

Diingatkan kita. sebagai perempuan. jagalah diri kita . Kerana. apa yang kita buat tak menjejaskan diri kita seorang sahaja, tetapi  kesannya akan menjejaskan orang-orang yang kita sayang. 
Ayah kita , abang, adik-adik lelaki kita , suami kita . ..

Peliharalah aurat. Jagailah maruah . Jagailah akhlak . Jagailah agama kita .

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. 
Kata ustaz, hidup di dunia jangan kita mengejar populariti, mau terkenal. takut tak tertanggung kesannya di akhirat nanti . 
Jagailah amanah dan kejujuran kita...kerana ianya akan membantu bila di sana nanti ...

Benar.
Nak masuk syurga bukan senang ..











Tiada ulasan:



NetOops protected image