KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

April 29, 2014

WANITA EKSKLUSIF itu MUSLIMAH...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu`alaikum.
{ Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad }






Pakaian dan Perhiasan yang memenuhi ciri tepat syariat :
(LEBIH MURAH)

 1. Tudung

--Fabrik sederhana tebal, tidak terlalu licin, kurang hiasan ketara padanya . Pilihan warna tidak terlalu menonjol apabila dipakai . Hiasan aksesori minimum yang hampir tidak kelihatan . Labuh tudung selesa menutup bahagian depan dan belakang badan . 



2. Fesyen pakaian

--Tidak nipis, tidak ketat, tidak jarang, tidak melekat, tidak terlalu menarik perhatian, tidak dihiasi berlebihan hiasan (sulaman, kerawang, manik berkilat).
Aurat tubuh tertutup sempurna. Sangat praktikal diguna sebagai pakaian harian dan "solat-ready" (siap-sedia diguna untuk solat tanpa perlu bertelekung) .




3. Corak dan paten

--Corak sederhana yang tidak terlalu menyerlah.




 4. Padanan aksesori

--Reka bentuk ringkas, bersesuaian jenis pakaian serta tidak terlalu menonjol . Saiz sederhana mengikut saiz badan pemakai . 
Kedudukan aksesori dan hiasan pada pakaian adalah pada posisi yang sopan dipandang orang lain (kedudukan di tubuh) .







***


Pakaian dan Perhiasan yang tidak tepat syariat :
(LEBIH MAHAL)

1. Tudung

--Dibuat daripada fabrik nipis, licin, jarang dan sarat hiasan - ropol, lapisan bertingkat-tingkat berwarna-warni . Sulaman mewah dan hiasan aksesori besar lebih menjadikan tudung pusat perhatian mata memandang . Tudung kebiasaannya singkat dan bersaiz kecil .

Kebanyakan fesyen tudung turban menampakkan bahagian leher dan pangkal dada (tidak menutup aurat). 

Cenderung untuk menggunakan gaya tudung bersanggul tinggi (tidak tepat syariat).




2. Fesyen pakaian

--Nipis, ketat, singkat, melekat dan menarik perhatian mata memandang . Sarat perhiasan dengan kombinasi warna menyerlah (penggunaan color blocking).

Lebih terhad dipakai hanya dalam suasana khusus (seperti menghadiri majlis).

Lebih singkat atau lebih kecil sesuatu pakaian ia akan bertambah 'eksklusif ' dan mahal (tidak menutup aurat ).



3. Corak dan paten

--Corak eksklusif, unik dan ketara hingga menjadi perhatian umum.

mengutamakan jenama terkenal .




4. Padanan aksesori

--Pilihan aksesori glamor dan ketara untuk lebih mencantikkan pakaian . Sulaman mewah dan manik berkilat seringkali diguna untuk menjadikan pakaian nampak mahal berbanding biasa . 




***



a. Larangan membazir (menyalah guna harta)

" Tidak berganjak kaki anak Adam di akhirat nanti sehingga dia ditanya mengenai empat perkara.
Antara empat perkara itu ialah mengenai hartanya, dari mana ia diperolehi dan ke mana pula ia dibelanjakan " .   - sabda Rasulullah S.A.W (Riwayat Bukhari)



b. Larangan tabarruj (berhias cara jahiliah).

" Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang jahiliah zaman dahulu .."  (surah Al-Ahzab 33:33)

Sheikh Syamsuddin Az-Zahabidy dalam Kitab Al-Kabair (Dosa-dosa Besar) menjelaskan maksud tabarruj sebagai wanita yang keluar rumah dengan memakai pakaian yang mewah, indah dan cantik, dan memperdayakan orang lain . Walaupun dirinya selamat, akan tetapi orang lain terpedaya kerana dia .



c. Fungsi pakaian adalah untuk menutup aurat.

" Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan perhiasan bagimu...."  (Al-A'raf 7:26)




d. Larangan pakaian syuhrah

Daripada Ibnu Umar r.a Rasulullah S.A.W bersabda :  " Sesiapa yang berpakaian bagi mencari populariti di dunia (pakaian syuhrah), maka Allah akan mengenakan baginya pakaian yang hina pada hari akhirat lalu dinyalakan api di dalamnya . "  (Riwayat Abu Dawud)

Imam Syaukani berkata , hadis ini bukan hanya merujuk kepada pakaian yang mewah dan glamor bagi menunjukkan status seseorang . Ia juga merujuk kepada pakaian lusuh yang dipakai bagi mendatangkan rasa kagum dan hormat orang lain konon dirinya zuhud dan alim .




***




" Wahai orang yang beriman !  Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi segala hukum-hakamnya) secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan .
Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata bagimu . "  (Al-Baqarah 2 : 208)



"  Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum TuhanMulah kesudahan (segala perkara) ; Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan seseorang (yang gembira) tertawa, dan menyebabkan seseorang (yang berdukacita) menangis ; Dan bahawa sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan .  (An-Najm  53 : 42 - 44 )



***





Anak perempuan senang nak didik tapi susah nak dijaga -Ustaz Azhar Idrus.


Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi

1. Dai'eyah
Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih , dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw.
Dan dalam masa yang sama menggalakkan suami dan mahramnya untuk memperbaiki diri mereka juga dengan membuat pengorbanan diri , harta dan masanya untuk berjumpa dengan umat di serata alam .


2. A'limah
Fasih dalam ilmu pengetahuan agama , mengetahui selok-belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama)
dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa'lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita dan anak-anak di kawasan kejiranannya .


3. A'bidah
Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid .

4. Khodimah
Mahir dan suka berkhidmat untuk suami , anak-anak , ibubapa , keluarga dan masyarakat . Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dan lain-lain . Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu' dan taat .

5.Murobbiyah
Menjadi pendidik buat anak-anaknya , kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anaknya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw dan sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka . Kerana matlamat kejayaan yang dikehendaki olehnya adalah
matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

InsyaAllah , semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan kepada orang lain . Aamiinn .


Sumber: anakkusoleh




Tiada ulasan:



NetOops protected image