Jom baca N3 Dr Hm Tuah ini, ambil mood motivasi kendiri ya petang ni....
Masalahnya ramai orang lebih suka dan selesa apabila dipuji dan selalu berharap agar dia menerima pujian setiap masa.
Kerana itu dia sanggup buat apa saja asal mendapat pujian. Dia sangka pujian sentiasa membawa untung dan kejian membawa rugi.
Sebenarnya tidak begitu. Kadang-kadang pujian bermaksud KEJIAN.
Pujian juga kadang-kadang berbentuk penghinaan yang lebih sakit jika difahami makna di sebalik maknanya yang sebenar.
Contoh:
Seorang suri rumah didatangi seorang promoter di rumah. Sebaik sahaja dibenarkan masuk, si promoter ini mula memuji-muji hiasan dalam rumah berkenaan.
Moral Value:
Katanya :
Puji-puijian terbit daripada lidah dan mulut tetapi penghargaan ikhlas datangnya daripada hati yang jujur.
Masalahnya ramai orang lebih suka dan selesa apabila dipuji dan selalu berharap agar dia menerima pujian setiap masa.
Kerana itu dia sanggup buat apa saja asal mendapat pujian. Dia sangka pujian sentiasa membawa untung dan kejian membawa rugi.
Sebenarnya tidak begitu. Kadang-kadang pujian bermaksud KEJIAN.
Pujian juga kadang-kadang berbentuk penghinaan yang lebih sakit jika difahami makna di sebalik maknanya yang sebenar.
Bukan semua pujian ikhlas bersebab, banyak juga pujian tanpa sebab dan tidak ikhlas, semata-mata untuk menghina dan menjatuhkan air muka.
Misalnya, dalam satu majlis seseorang berkata, " Kita semua patut berbangga kerana ada di kalangan kita orang seperti Encik Madun. Dia telah membayar zakat sebanyak RM1 juta padahal perniagaannya tidaklah terlalu besar. "
Bagaimana perniagaan yang tidak terlalu besar perlu membayar zakat sehingga sejuta? Bukankah itu satu bentuk sindiran yang sangat tajam, pedas dan penuh penghinaan? Sebenarnya Encik Madun tidak pernah mengagihkan kekayaannya kepada sesiapa, jauh sekali membayar zakat.
Jika anda terlalu mendambakan pujian, ingatlah itu satu kekurangan. Atasi sikap ini sebab ramai orang mencari kesempatan pada kekurangan anda. Orang yang cepat dimakan pujian akan berbelanja luar dugaan.
Contoh:
Seorang suri rumah didatangi seorang promoter di rumah. Sebaik sahaja dibenarkan masuk, si promoter ini mula memuji-muji hiasan dalam rumah berkenaan.
Katanya, " Langsir akak ni cantik. Tentu mahal harganya. Rumah ni pun unik bentuknya, berbeza sikit daripada rumah-rumah yang lain. Sekarang kalau nak jual tentu mahal harganya kan kak? "
Suri rumah ini segera membesar-besarkan dirinya apabila dipuji begitu. Beberapa ketika kemudian, promoter memperkenalkan satu barangan yang tidak begitu berfaedah dan tidaklah begitu mendesak unutk dimiliki. Tetapi disebabkan sudah kembang dimakan puji, barangan yang tidak begitu berfaedah itu dibelinya dengan cara hutang dan luar dari batas kemampuannya yang sebenarnya.
Setiap bulan selepas itu, dia susah hati kerana terpaksa melangsaikan hutang yang membebankan, sedangkan sehingga sekarang barangan berkenaan masih disimpan di satu sudut, kurang digunakan, hanya cantik sebagai hiasan.
Moral Value:
Manusia jarang memuji tanpa sebab. Apabila sesuatu pujian diberikan, kebanyakannya ada maksud. Contoh lain, 'jika seorang kakitangan terlalu memuji bosnya, ia mungkin bermaksud 'bodek'. Jika seorang isteri terlalu memuji suaminya barangkali inginkan sesuatu. Jika seorang pengikut terlalu memuji orang yang memimpinnya barangkali sebab mahukan imbuhan.
Kesimpulan ialah :
Pujian sebenar adalah doa yang dipanjatkan ke hadrat ALLAH, untuk orang itu tanpa diketahui olehnya. Selebihnya masih tertakluk pada maksud meskipun tidak dinafikan ada yang ikhlas. Yang lebih tahu sebenar-benarnya adalah si pemuji tadi dan ALLAH semata-mata.
Contoh mudah anda lihat gambar dibawah ini....
..apa tafsiran anda? 'cantik'... kan!!
baiklah beralih pula pada gambar di bawah ini...
cantik juga kan...tapi ada sesuatu yang kurang ... apakah yang kurangnya...?
hmm..sama2lah kita merenung dan berfikir sejenak. Jawapan ada pada anda!
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan