KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

September 25, 2012

GAYA : ECOfriendly Home


Interior. . . Home Sweet Home

 

Eco-Friendly Home


practical

interactive 

" think global, but act local "

add value to your home

cleaner. . friendlier. . safer place

 




Recycle. . .







creating Green Space




sound barriers
Tall plants and bushes will keep your garden private, shielding it from the gaze of curious onlookers. A living willow like this will also help to block out any noise and absorb pollution from nearby roads.






IDEAL - ROOM - LOCATIONS

Room                                                                       Location
Bedrooms                                                                Facing north east to south east to see the sun rising.

Kitchen, workrooms                                                South east to south west so they stay bright and 
                                                                                 airy in the day. If southern space is cramped, they
                                                                                 can also be located to the north as these rooms
                                                                                 often produce their own heat.

Living, dining rooms                                               South to north west so they are washed by the 
                                                                                 evening sun.

Gardens                                                                    Facing south-east to west so they are sunny in the 
                                                                                 afternoon and early evening.

Halls and utility rooms                                            North facing to act as a buffer against the cold 
                                                                                 in winter. *(except Asia-Malaysia)

Bathrooms                                                                East for morning people and west for 
                                                                                 evening  people.



Letting the light in. . .

 


 




Encouraging clean air. . .

 

 

 



Keeping cool. . .




 LIVING naturally

Protection from the sun
If your home is over-heating because of a poorly designed roof, consider the following:
  • Installing heat reflecting aluminium foil and insulation in the attic space or under the roof tiles to reduce heat build up in the roof.
  •  Increasing ventilation to the attic space by adding some louvres and wind chimneys which catch the prevailing breeze.

  •  Building your roof out over sun-facing east and west sides of your home to protect it from direct sunlight.
  • Painting metal roofs a light colour to reflect more of the heat. Special paints that reflect more than two thirds of the sun's heat are now available in most hardware stores.




Ogos 28, 2012

Dipetik dari sumber ; Hiasi Percakapanmu


Semoga Allah Yang Maha Agung menolong kita supaya setiap perkataan yang kita ucapkan adalah baik. Sesungguhnya berbicara itu mudah, tetapi adalah berat bagi melaksanakannya. Mulut bagaikan muncung teko yang hanya tahu mengeluarkan isinya sahaja. Walau apapun yang kita katakan, ia menunjukkan siapakah diri kita sebenarnya. Contohnya, penghinaan kita terhadap seseorang sebenarnya menunjukkan kehinaan diri kita sendiri apabila dibandingkan dengan kehinaan orang yang kita hina.

Perkataan yang baik membuktikan keislaman seseorang. Sesungguhnya, setiap orang hendaklah memastikan kata-kata yang diucapkannya adalah benar-benar baik. Apabila kita tidak yakin dapat mengeluarkan kata-kata yang baik, berdiam diri adalah lebih baik. Tetapi, menghindari akibat daripada perkataan yang kurang baik lebih bermanfaat daripada memaksa diri berbicara yang mengakibatkan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri mahupun orang lain.
Alangkah rugi apabila waktu kita dihabiskan sekadar berbicara berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak penting. Kadang-kadang kita tidak mampu memastikan topik yang kita bicarakan itu bermanfaat ataupun tidak. Bahkan seringkali kita tidak berdaya menghindarkan diri daripada perbualan yang berbaur fitnah, umpatan dan permusuhan. Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menjaga lidah kita supaya sentiasa berbicara mengenai perkara yang bermanfaat.

RENUNGAN :
Ada baiknya sekiranya kita memahami kelebihan orang lain dalam berbicara. Ada empat jenis perkataan iaitu:

1- Perkataan yang bijak
Sekiranya berbicara setiap kata-katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu, hikmah dan zikir, sehingga setiap orang yang mendengar berasakan manfaat daripada kata-katanya. Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang yang mendengarnya. Kata-kata orang yang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yang bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan, dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah dari percakapan itu.

2- Perkataan orang biasa
Perbualan kosong tiada asasnya. Segala kejadian yang dilihat dijadikan cerita ataupun dijadikan ulasan. Waktu yang digunakan bagi berkata-kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama 2 jam digunakan bagi berbual kosong, tetapi kesemuanya tiada nilai walaupun sedikit. Contohnya, dia hanya sibuk bercerita mengenai bola sepak, pelanggaran kereta, gosip serta sesuatu yang tidak ada hikmahnya. Orang yang sibuk bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu, zikir adalah orang biasa. Orang yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu sahaja. Orang itu berada dalam kerugian.

3- Perkataan orang yang martabatnya rendah
Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapannya. Dia selalu sahaja mencari-cari kekurangan benda di sekelilingnya. Apabila diberi makan bersungut, “Sayang, makanan ini kurang panas.” Apabila sudah dipanaskan, “Kurang garam pula,” katanya. Apabila sudah diletakkan garam, merungut pula, “Lebih sedap sekiranya ada kicap.” Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.
Apabila melihat pada suasana biasa, mereka berkata, “Orang-orang bandar ada-ada saja kerjanya.” Melihat ustaz pula, “Ah, kerjanya hanya cakap kosong sahaja.” Semua menjadi perkara yang kurang senang dimatanya.” Ada orang hanya bercakap mengenai keburukan sahaja. Setiap perkataan yang diungkapkan hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.

4- Perkataan orang yang dangkal
Siapakah dia? Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan dirinya sendiri. “Ini adalah jasaku, dia itu aku yang mendidiknya.” Orang seperti ini mahu dirinya dihargai masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukannya.  Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.
Semoga Allah Yang Maha Mendengar meletakkan kita di kalangan orang-orang yang berasa dirinya sentiasa hampir dengan Allah, dan Allah sentiasa mendengar semua daripadanya.  Terjadinya pembohongan adalah kerana orang yang membuat pembohongan itu tidak merasakan segala percakapannya didengari oleh Allah. Kita tidak perlu kepada kata-kata yang indah. Apa yang kita perlukan adalah kata-kata yang dapat dipertanggungjawabkan di hadapan Allah dan manusia. Allah menjadikan setiap kata-kata kita terpahat di hati orang yang mendengarnya.

RENUNGAN :
Subhanallah! Kekuatan terbesar dari kata-kata adalah kata-kata yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain yang mendengarnya.
Mari kita renung kata-kata ini. Percayalah, diam itu emas. Orang yang sanggup memelihara lidahnya lebih hebat berbanding dengan orang yang suka menghamburkan kata-kata tetapi kosong dan tiada makna. Sentiasa berusaha supaya setiap perkataan yang kita ungkapkan benar-benar bersih daripada perkara-perkara buruk yang tiada ertinya.
Muhasabahlah diri kita selalu, di mana, bila dan dengan siapa kita berbicara supaya setiap perkataan yang terucap benar-benar bernilai dan tinggi maknanya.
Di dalam hadis ada menyatakan Nabi Muhammad SAW bersabda, “Keselamatan manusia terletak pada lisan yang terpelihara.”
Muslim berkata, “Sesungguhnya muslim adalah orang yang saudaranya selamat daripada gangguan lisan dan tangannya.”
Muslim juga pernah mengatakan, “Maka berkatalah yang baik atau berdiam sahaja.”
Allah menjelaskan di dalam al-Quran Surah Fussilah ayat 33 yang bermaksud,
“Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri’.”

sumber: Akhlak & Adab, Muamalah, Tafakur (Muhasabah), Tazkirah

Ogos 25, 2012

Selamat Hari Lebaran. . . .


 salam aidilfitri kepada semua pembaca, teman blogger, atau sesiapa saja yang berkunjung ke blog ini...anda dialu-alukan. Tiada sempadan, tiada sekatan, tiada perbezaan, kita semua sama disisi-Nya melainkan amalan-amalan taqwa yang hanya Allah s.w.t sahaja berhak membuat penilaian tinggi rendahnya seseorang insan itu menurut kehendak dan perhitungan-Nya. 

Ramadhan sudah berlalu kan. . . sudah pergi meninggalkan kita. Barakah, rahmat didalamnya pergi bersama-sama amalan yang telah sama-sama kita lakukan. Sama-ada diterima-Nya atau digantung-Nya. . .hanya DIA yang ketahui. Namun, berusaha menjadi manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya. Tak ada manusia sempurna tiada dosa di dalam dunia ini. Sebaiknya kesalahan-kesalahan lalu jadikan iktibar dan sempadan agar diri tidak akan lagi tertipu dengan muslihat Iblis syaitan laknatullah dan [N.A.F.S.U] dalam dada setiap insan merupakan alatnya menopang goda.



dan, Bagaimanakah ? ?

[Sekali lagi saya ulangi kata-kata saya ini. Saya bukanlah ustazah. Saya sekadar berkongsi apa-apa jua mengikut kadar pengetahuan saya sahaja dan sesuatu yang difikirkan benar berdasarkan batas-batas dalam sebuah kehidupan] berpanduan.. . 


Al - Quran Al - Karim Petunjuk Dan Penawar 
[oleh itu, bacalah ayat berserta tafsirnya, setiap sesuatu didatangkan pasti ada sebab dan barakahNya]


Bismillahirahmanirrahim,

Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap kamu akan menjadi seperti seorang sahabat karib. (34)

Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. (35)

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka pohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (36)

(surah Fushilat)




Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir andai terlanjur kata diakhiri keampunan batiniah (kalbu) andai terluka di hati. . . mohon maaf dipinta dari lubuk hati yang dalam ini.

Mei 11, 2012

Kita Berkata " Biarlah Rahsia..., namun.

Acapkali kita berfikir. Dan kita berkata-kata pun setelah kita berfikir dahulu. Wajar menyusun dahulu kalimah kata sebelum dilontar menjadi sepotong ayat yang manis enak didengari pendengar dikasihi. Samalah jua jikalau melontarkan kata-kata melalui tulisan pena maupun 'keyboard' komputer/laptop zaman global kini.

"Berfikir dahulu sebelum berkata-kata. atau sebelum berbuat sebarang keputusan wajarlah renung-renungkan, nilai dahulu pro atau kontra, positif dan negatif hasilnya kemudian. Andaikan anda di tempat orang lain sudah tentu anda suka untuk mendengar kata-kata yang membina semangat jati diri anda. Begitulah lebih kurangnya. Jikalau sebaliknya, itulah akan terbit timbulnya Bahaya Lisan.

==================================================



==================================================

BAHAYA LISAN

Ketahuilah bahawa bahaya lisan (lidah) itu amat besar sekali dan samasekali tidak ada suatu hal yang dapat menyelamatkannya, melainkan berkata-kata dengan yang baik.

"Belum dinamakan lurus keimanan seseorang itu sehingga lurus pula hatinya dan belum juga dinamakan lurus hatinya itu sehingga luruslah lisannya dan tidak akan dapat masuk syurga seseorang yang tetangganya itu belum dapat merasa aman dari kejahatan-kejahatannya"

-sabda, Nabi SAW Diriwayat Ibnu Abiddunya & Kharaithi








 Bahaya Lisan ada 20 hal iaitu:

1. BERKATA YANG TIDAK BERGUNA

2. BERLEBIH-LEBIHAN DALAM BERKATA

3. BERCAKAP-CAKAP DALAM KEBATHILAN
    maksudnya, mempercakapkan berbagai kemaksiatan spt. hal-ehwal wanita, kecabulan,                     cakap-cakap kosong, duduk-duduk di tempat peminum arak, tempat-tempat kefasikan.

4. BERBANTAH DAN BERTENGKAR LIDAH

    sabda Nabi SAW : " Janganlah engkau mengucapkan bantahan kepada saudara-mu, jangan pula mengajaknya bersenda gurau dan jangan pula engkau berjanji memenuhi suatu perjanjian, kemudian engkau menyalahinya." 
Riwayat Tirmidzi

Bilal bin Sa'ad : "Jikalau pada suatu ketika engkau melihat seseorang yang banyak cakap, suka berbantah dan lagi merasa bangga dengan pendapatnya sendiri, maka sudah sempurnalah kerugiannya."


Huraian mengenai cela suka berbantah-bantahan ini amat banyak sekali.

Apakah yang dimaksudkan dengan berbantah-bantahan yang terlarang itu?

Iaitu, semua sanggahan kepada pembicaraan orang lain dengan tujuan hendak memperlihatkan kesalahan, kekurangan atau ketidak tahuan orang itu menganggapnya seolah-olah bodoh dan ia lebih tahu atau pintar.

Ini adakalanya berhubungan dengan ucapannya, adakalanya isi yang dibicarakannya dan adakalanya lagi mengenai tujuan dari pembicaraan itu. Menghindarkan diri dari berbantah-bantahan ialah dengan jalan tidak menyanggah atau melawannya. 

Oleh sebab itu, semua perkataan yang engkau dengar, sekiranya memang benar menurut perasaanmu, baiklah dipercaya dan sekiranya kau anggap salah, bathil ataupun ia berdusta baiklah engkau berdiam diri saja, asalkan tidak berhubung soal kehormatan agama. Inilah cara yang sebaik-baiknya.

Apakah yang wajib kita lakukan?

Jikalau ada suatu perbantahan terjadi dan yang dipercakapkan itu persoalan ilmiah, baiklah dikala itu berdiam diri saja sambil merenungkan hujah / alasan di pihak masing-masing.
Jadi, samasekali kita tidak perlu mencampurinya, tetapi sementara itu kita dapat menyaring dan meneliti mana yang benar dan mana pula yang salah. Jikalau kita perlu bertanya dalam suatu hal yang tidak kita faham/mengerti, baiklah itu dilakukan, tetapi sifatnya janganlah dengan nada membantah, menyanggah atau lebih-lebih lagi menyalahkan pendapat orang yang kita tanyai itu.

 5. PERMUSUHAN

 6. MEMBUAT-BUAT KEINDAHAN KATA-KATA

 7. BERKATA KOTOR MEMAKI-MAKI SERTA UCAPAN YANG RENDAH

 8. MELAKNAT

 9. BERNYANYI DAN BERSAJAK (BERSYAIR)

10. BERSENDA GURAU
senda gurau yang tercela dan terlarang menurut agama ialah yang dilakukan secara terus menerus serta yang melampaui batas. 

sabda Nabi SAW: " Sayapun suka juga bersenda gurau, tetapi saya tidak akan mengucapkan melainkan yang haq" 
riwayat Thabrani dan Khatib

11. PENGHINAAN DAN EJEKAN

12. MENYIAR-NYIARKAN RAHSIA

13. JANJI DUSTA

14. BERDUSTA DALAM KATA DAN SUMPAH

15. GHIBAH (MENGUMPAT)

16. MENGADU DOMBA

..." Jangan kau ikuti orang yang suka mencela serta berjalan (kesana kemari) menyebarkan fitnah"
surah Qalam 11


17. UCAPAN ORANG YANG BERMUKA DUA

18. MEMUJI
dalam beberapa keadaan adalah terlarang. 
Bagaimana sebaiknya sikap orang yang menerima pujian itu ?

Orang yang menerima pujian, janganlah menjadi lupa sebab pujian itu. Sebaliknya hendaklah ia terus menjaga dirinya, terutama dari bahaya congkak, merasa megah dan bangga pada diri sendiri dan jangan sampai lupa meneliti keburukan diri sendiri. 


19. KESALAHAN-KESALAHAN DALAM PEMBICARAAN YANG PELIK-PELIK

20. BERBAGAI MASALAH YANG PELIK TENTANG LISAN

========================================================================
saya berkongsi ilmu Bahaya Lisan ini yang saya rujuk dan dikupas yang mana termampu saya lakukan kerana huraian asalnya sangat mendalam dan panjang lebar. Moga perkongsian ini membawa makna dan manfaat semua. Salam Jumaat semua. Mohon keberkatan dari-Nya, amin.
========================================================================

Mei 08, 2012

Saya bukan ustazah....

Assalamualaikum pembaca budiman semua.

Kita semua manusia yang sama sifat, kehendak, keinginan. Ada citarasa dan cita-cita sebagai matlamat hidup untuk peroleh kebahagiaan, kesenangan, kelapangan dan keselesaan di hari tua.

Namun dari suatu sudut yang lain kita semua berbeza. Berbeza pendapat, pandangan, idealistik, hujah, kelakuan, perangai iaitu sikap dan sebagainya. Walhal kita tetap insan, khalifah yang diciptakan oleh satu pencipta iaitu Allah s.w.t.

Kenapa Allah s.w.t. jadikan manusia di dunia ini?? Sungguh menyedihkan bilamana mendengar  anak-anak muda-mudi kini mengurai persoalan tersebut. Adakah masanya sudah tiba?!
Akhiran zaman. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

==================================================

Beberapa minggu yang lepas, penulis tergerak menyelak helaian tafsir Quran:surah Ali' Imran
ayat 118-120

iaitu,

Bismillahirrahmanirrahim.

"Larangan Mengambil Orang Yahudi Sebagai Teman Yang Dipercayai.
 
118. " Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan dari kalanganmu menjadi teman karib (yang dipercayai), ( kerana ) mereka tidak henti-henti ( menimbulkan ) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat lagi. Sesungguhnya kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat ( kami ), jika kamu memahaminya (memikirkannya).

119. Awaslah! Kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu. Dan kamu juga beriman kepada segala kitab. Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata : " Kami beriman," dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran perasaan marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah ( kepada mereka ): "Matilah kamu dengan kemarahanmu itu," Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.

120. Jika kamu memperolehi kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.

==================================================

Samalah juga insan bernama manusia islam. Kemunafikan yang lebih dahsyat lagi jikalau sifat bersamaan kaum yahudi. nau'zubillah.

==================================================

 


NetOops protected image