KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Mac 03, 2013

WANITA vs FITNAH ADDUNIA




" Dan katakanlah kepada perempuan - perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya ; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka . . . ."  
[surah 24, an-Nur ; ayat 31]



PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI DAN KAUM HAWA . . . 



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Kerana niat kita sama. Niat kita sedari awal ingin menuju ke syurga bersama-sama. Kita sama-sama berangan-angan mahu menjadi bidadari syurga. Mau menjadi bidadari tercantik buat suami. Memberi dan mendapat kenikmatan sekaligus kebahagiaan buat suami-suami kita di sana nanti. Mengapa pada suatu saat kita menjadi punah, bernanah, dimana maruah. . .Iman diri. Membuka aib diri dan saudara seIslam. Sedangkan Allah itu Maha Pengasih menyembunyi segala aib hambanya. Mengapa sengaja sendiri menelanjangi diri kepada khalayak. . . Janganlah dikalahkan emosi dan nafsu. Kan nafsu itu sebahagian bisikan Iblis laknatullah. Dia berjalan-jalan di dalam saluran darahmu dan urat nadi sarafmu. Sedarkah.. . . . , sedarlahh wanita-wanita dikasihi disayangi Allah dan Rasulullah.

***

" Semua umatku selamat kecuali orang-orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan melakukan dosa di waktu malam gelap, mendadak pagi-paginya diceritakannya kepada orang lain . Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu, tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu . " 
[sabda Rasulullah SAW]
[Riwayat Bukhari&Muslim]


***

Sudah terang lagi bersuluh . Renung, Istiqamah . moga2 saya dan wanita2 diluar sana  menyedari akan hal ini . Ummah akhir zaman sudah kita ini . Pelbagai onak dan ranjau berduri sudah sama-sama kita lalui sehingga saat ini diberiNya usia yang panjang melewati ragam, karenah hidup dunia .

Peringati diri dunia ini adalah fitnah. Berupa sementara itulah ia fitnah. Harta, kecantikan, anak-anak, kemewahan, kesulitan, kepayahan, kemiskinan, dan segalanya bersifat sementara itulah ia fitnah. Fitnah addunia. . . ..

Semoga Allah selamatkan kita dari segala musibah dunia . Menyelamatkan kita dari fitnah ad-dajjal



***

 
" Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Apabila bumi digoncang dengan goncangannya [yang dahsyat], dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat [yang dikandung]nya . Dan manusia bertanya : "Mengapa bumi [jadi begini]? , pada hari itu bumi menceritakan beritanya, Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan [yang sedemikian itu] kepadanya . Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam , supaya diperlihatkan kepada mereka [balasan] pekerjaan mereka . Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun , nescaya dia akan melihat [balasan] nya pula . Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun , nescaya dia akan melihat [balasan]nya pula . "
{Az Zalzalah 1-8} 



***



Bisikkan di dalam hati
pada awal gerak dan aktiviti 
meskipun hanya rutin sehari-hari
" kUlakukan ini kerana-MU, Rabbi
kUbuat ini meniru sunnahmu, Ya Rasulullah.. ." 
  
Aamiin .


 

Januari 10, 2013

KERANA KITA MANUSIA BIASA.

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia.

Celoteh saya tidak bermakna andai tiada pembaca yang sudi klik ke sini. Membaca sambil merenung maksud patah kata yang ditulis ini, . . . mungkin maksud kata (ayat) saya tidak tepat, maka sukar difahami semua. Jadi mula ditelaah dengan pelbagai maksud / istilah.

Saya suka berfikir dunia dalaman (kehidupan saya). Berfikir dan menafsir apa kan jadi kalau begitu...atau kalau begini apa pula impak yang akan berlaku. Namun, seronok berkongsi idea, pengalaman, dan memori di sini. Anda tidak mengenali saya, dan saya juga tidak mengenali pembaca saya. Kan seronok begitu,,, >Mysterious< 

Yang penting anda mengenali tulisan saya. . .itulah kepuasan pada diri ini. Kenal atau tidak itu soal kedua atau terakhir. Yang penting kita berkongsi. Anda seronok membaca dan saya dapat keseronokan dan kepuasan (bukan lagi maksimum). Tiada apa-apa yang saya mahu. Biar hanya saya dan Allah yang tahu, itu sudah cukup bagi diri saya, alhamdulillah, terima kasih! :-)

Dua bulan lepas, sempat saya menyinggah ke Popular. . .mencari buku untuk dibaca bagi mengisi minda ini yang agak kosong baru-baru ini. <Speechless> kan sejak dua menjak yang lalu. . . 

"CENDOL PULUT santan lebih" - ABD JALIL ALI  , takdir Allah pertemukan saya dengan buku bacaan spontan dan sempoi ini. 

minta keizinan, saya cedok sepatah sepuluh ayat dari mukabuku penulis, iaitu:-


" boleh manis, asalkan tidak terlebih manis. Banyak manis akhirnya menangis. "


maaf, tak dapat nak share lebih-lebih sebab ini buku baru jugak ler. Nak tahu detail terpaksa beli laaa,


OK

OK

Setakat ini saya seronok dengan al-kisah " Kalaulah Wanita Mogok Raya " , he he..saya gelak seorangan!!
Memang menjadi. . . .  menjadiii!!





Selamat minum petang. . .
Selamat petang khamis, esok Jumaat. . .
Jangan abai, maniskan senyumanmu!

Januari 07, 2013

Para - Para. . . separa normal kehidupan,,

: : Perspektif : :

Assalamualaikum. 

Hidup bernama kehidupan apabila berprinsip dalam hidup. Hidup perlu ada prinsip dan berpegang kepada perspektif agar hidup ada nilai untuk diri sendiri dan untuk manusia sekeliling diri kita juga! Jangan sekali-kali tamak, pentingkan diri sendiri untuk mencapai suatu nilaian bahagia, kepuasan hidup, wang, atau harga sebuah kesihatan, ihsan, kekeluargaan dan sebagainya.

Saya juga belajar dari pengalaman hidup. Merantau, merasa hidup di tempat orang. Lain tempat lain gaya pembawaan diri. Sungguh! Bukan mudah membawa diri dan keluarga di tempat / negeri orang. Diri dan keluarga membawa nama "negeri", secara manual dan automatic .

Pemikiran dan gaya berfikir 'perlu setiap hari, di-refresh, di-backup, agar input dan output dapat di-manage tanpa tersekat atau di-hang oleh virus kehidupan sejagat. 

Betul cakap aku kau ! 
Cuba kau pikir balik. . . ada tak . . .ada tak..??  



. . . .jawab ajo . . . . tak marghoh eshhh . . . .




 



November 02, 2012

Kau Di Dalam EMOSI vs RASIONAL

Harus ' bagaimanakah' mengekang perasaan agar tidak berlebih-lebihan dalam setiap perkataan?
Sedangkan hati melonjak-lonjak, berkobar-kobar untuk menyatakan isihati yang tersimpan terkunci kemas di dalamnya. . . . . . .

Hari yang dilalui bersama rutin setiap hari. Ibarat, dari hari ke sehari, dari seminggu ke minggu sesudah itu, dari bulan hingga berganti ke bulan lainnya, dari tahun ke setahun berikutnya. . .,
Anak-anak. . . dari saat, detik, saban hari saban tahun, terasa cepatnya tempoh tumbesaran mereka!

Tidak . . . bukan mengeluh bukan juga merengus. Dalam mendidik anak-anak perlu ada keikhlasan. 'Wajib'. Ikhlas tu datang dari hati, bukan ada niat, tujuan untuk menunjuk. .  tunjuk bagus kepada umum. Konon, menjaga sahsiah diri di depan khalayak bermaksud 'control bagos ' / 'menunjuk baik' / ' manusia plastik' / ' baik diluar dalam busuk' / dan berbagai istilah seangkatan dengannya. Menjaga sahsiah diri memang wajib. Praktikal di dalam rumah akan automatic semulajadi pabila diri di depan khalayak umum. Ingat! menjaga sahsiah atau akhlak itu dituntut dalam agama. Moral muda-mudi kian luntur dek budaya  "ada aku kisah"??!






Bagaimana. . . . . .

"PENDEKATAN EMOSI"

Contoh:
Kerapkali dalam hidup ini, sesuatu keputusan dibuat berdasarkan emosi bukannya rasional. 

Misalannya, kita perlukan sebuah kereta, rasionalnya supaya memudahkan pergerakan, lebih selamat berbanding motosikal, tidak ditimpa panas dan hujan. Jika begitu, membeli kereta Kancil / Proton Saga sudah memadai dan memenuhi rasionaliti. 
Tetapi, kenapa apabila seseorang itu berduit mereka membeli kereta berjenama ? [ Toyota vs Honda ]
Sebab mahukan keselesaan dan keselamatan, kata mereka. 

Jika begitu, kenapa pula membeli kereta berjenama BMW vs Mercedes ? . . . .supaya lebih lagi selesa dan selamat ?

Bagaimana pula dengan memiliki kereta Ferrari vs Porsche ? . . . Jawapannya adalah kerana "keputusan nafsu"  bukan  kerana "rasional" .

Keputusan emosi ini bukan sahaja dalam soal memiliki kereta tetapi ia mencakupi semua aspek kehidupan kita. Sebab itulah, apabila kita menggunakan pendekatan emosi dalam mendidik / memotivasikan anak-anak, maka mereka lebih mudah membuat keputusan untuk berubah.

[dipetik dari sumber bacaan]

Anak-anak lebih bertindak balas kepada emosi kita dan bukannya kata-kata kita. Malah setiap peristiwa yang berlaku jika disertai dengan kekuatan emosi dapat membuatkan ia tertanam di minda dan terpahat di hati bagi satu tempoh yang panjang. 

Cuba imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Apakah kenangan ataupun peristiwa antara kita dan ibubapa yang tidak dapat dilupakan hingga sekarang. Kenapa peristiwa itu lebih diingati berbanding peristiwa lain ? 
Mungkin sebabnya, peristiwa itu begitu menyentuh perasaan, menyedihkan, menakutkan, menggembirakan. . . . .

Kekuatan emosi yang wujud waktu itu membuatkan peristiwa itu kekal dalam ingatan.. . . .

Benarkan ??
Apa kata kita sama-sama praktikkan. :-)




Oktober 04, 2012

WALAU APAPUN, tersenyumlah...

Assalamualaikum. . . . 

Bulan ni. . . .bukan, bulan lepass 'september'. Dan hari ini Oktober, saya masih 'speechless'.. . .. .
Tiada ucapan. Tiada mesej. Tiada teks. Tiada catatan.. . .tiada. . .tiada. . .tiada..

. . . .tiada sebab menjadi penyebab yang menyebabkan diri beralasan tiada sebab, .

: :   BENAR   : :

' Hakikat Diri Seorang Manusia '


: :   NAMUN   : :


Duhai Hati.. .


 




NetOops protected image