KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

September 10, 2013

Niat kerana siapa.. .

Assalamu`alaikum.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w.
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad.

Bismillahirrahmanirrahim.
Semenjak kebelakangan ini hati saya memujuk agar "bertenanglah..."berehatlah..."istighfarlah banyak2..."fokuskan hatimu dan fikiranmu agar kamu terkesan dan luruskan niat pada matlamat hidup kamu agar seimbang, tidak tercicir, atau kecundang dunia akhirat kamu.

Terkadang jauh kat lubuk hati ini berkata, "rugi pahala kamu...."buat dapat, tak buat..sajje kau! (zero, maksudnya).


Ya Allah.

Bukan senang mentarbiyyah diri sendiri. Apalagi nak ajak kawan-kawan agar turut sama terkesan dengan perubahan yang sedang/tengah diri kita alami.... Namun, beginilah saya ini, suka menyimpan hati. Bukanlah mengekang perasaan, bukan.
Mungkin....mungkin da'ie(dai'eyah) yang ini pemalu agaknya...mungkin ya..mungkin tak tepat telahan saya.. .

Ya Allah.

Seperti biasa. Hari ke hari saya lalui dengan baktinya saya terhadap keluarga; suami dan anak-anak, saudara-mara, serta keluarga kedua-kedua belah pihak.
Namun, diri masih terasa ada yang kurang sempurna. Fisabilillah ini bukan takat itu sahaja duhai hati!

Ya Allah.

Saya termenung...merenung lagi. Selalu saya bila terjadi sesuatu pada diri akan saya pandang ke langit.... dan melihat ragam perangai manusia. Dari situ pelbagai hikmah hidup terjawab terumus sendiri.
Diri kembali bangkit kerana Ilahi.


***


Ramadhan 1434-hijrah sudah sebulan berlalu. Walaupun baru sebulan, kini sudahpun di bulan Zulkaedah, dan tak berapa lama lagi kita akan menyambut Aidiladha pula. Begitulah hari demi hari..saban tahun berganti. Namun, halnya disini sudahkah kita berubah setapak ke depan?
Ertinya, menjadi hamba, insan, manusia yang lebih baik...,

Soalnya, bulan mendidik jiwa tadi sudahkah memberi impak besar dalam diri, hati kita..??

atau, adakah perasaan kita biasa-biasa sahaja. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Subhanallah
Maha Suci Allah



***


Persepsi isteri/suami terhadap dunia dalaman mereka :

"Jauhkan prasangka buruk terhadap pasangan sama ada yang diucapkan dengan kata-kata atau dibicarakan dalam minda dan hati kita, kerana Allah akan bertindak sebagaimana yang kita fikirkan. Jika kita berfikiran buruk terhadap pasangan kita, maka perkara yang buruk yang difikir-fikirkan itulah yang akan terjadi".  - Prof Muhaya

Benar.

Apa kita fikir, otak/fikiran secara automatik menyampaikan signal kepada seluruh rohani dan spiritual seseorang agar bertindak atas apa yang seseorang itu fikir.
Manakala, andai rahsia dihati itu terungkap dalam perkataan, bahayanya rahsia itu mulai diketahui musuh kita akan kekurangan dan kebodohan diri kita. .nauzubillah . .siapa,,, anda agaklah sendiri . . .

Oleh itu, banyakkan berdoa di dalam hati, kalbu, agar rahsia kita biar hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Ya Allah.

Wallahu'alam.
Hanya Allah Maha Mengetahui.


"Sesetengah manusia susah untuk berubah kerana seseorang itu tidak memiliki kepercayaan bahawa dia boleh berubah" . - Prof Muhaya


***

Setiap orang adalah pintu hidayah dalam keluarga.

Setiap orang apa yang Allah takdirkan untuk kita itulah yang paling baik untuk kita.

Mana kita duduk Allah hantar kita ke sana untuk menghidupkan agama.

Duduk dan menangis depan Allah minta diampunkan segala dosa.

Wujudkan keamanan membaca Al-quran dan hadis di dalam rumah kita.

Wanita adalah kunci hidayah untuk suami dan anak-anak di dalam ahli keluarga.

Dipetik dari bait-kata : Ustaz Ebit Lew


Ilmu ini tuntutannya amat berat dan besar. Setiap ilmu perlu disebarkan dan setiap perkataan dan setiap huruf yang kita cerita adakah kita amalkan. . . .??
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa saya dan semua pembaca tulisan saya ini. Semoga sama-sama kita mendapat keberkatan dan rahmat dari ilmu yang sedikit ini.  
aamiin.. .

***





Tiada ulasan:



NetOops protected image