KALAM HIKMAH
Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.
Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.
Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.
Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.
Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.
Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.
Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.
Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.
Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.
Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.
Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.
Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.
KATA MOTIVASI
Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.
Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.
Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.
Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.
Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.
HIAS DEKO : Gaya Scandinavian
Scandinavian Style
-Scandinavia-
Kota Scandinavian yang menakjubkan.
Stockholm : Sweden
|
[ Stockholm : Venice Of The North ] , [ The City Hall ] , [ Carl Milles - Famous Sculptor ] , [ Gamla Stan ] |
|
[ Kungsholmen ] |
Simple elegant , ruang lapang , susunan kemas , segar - nyaman , eco - friendly home , hiasan : tak lapuk dek zaman . . .sepanjang zaman dan natural material . .hiasan dari bahan - bahan semulajadi. . .
Ringkas tetapi cantik . Ruang penyimpanan praktikal dan moden . Bagi peminat warna putih , Scandinavian adalah gaya anda kerana setiap ruang
A - Z seputih salju! . Warna yang bersahaja . Kombinasi warna pastel dan segar seperti hijau , kelabu, warna tanah , biru (babyblue) dan diadun campuran warna merah jambu agar ruang tampak tidak membosankan.
“Scandinavian design is meant to be very functional and accessible. It’s been called ‘democratic design’ — it’s not something only the rich can afford,” says Janice Simonsen, a Philadelphia-based IKEA
|
tersusun rapi di ruang keluarga |
|
Dapur tampak segar nyaman |
Dipetik dari buku ini :-
Scandinavian design is inspired by nature. It captures and reflects natural lighting however it can because it hails from an area in Northern Europe where an “endless winter” invokes people to “pile on the animal skins and woolens” and “load up on candles,” writes Heather Smith MacIsaac in her book “Lars Bolander’s Scandinavian Design” (Vendome Press, 2010), a celebration of one of Sweden’s best-known designers.
Apa Kata Pereka Rizalman Ibrahim :-
1. Kunci utama dalam menata rias kediaman adalah pemilihan warna cat atau kertas dinding yang tepat . Mulakan proses dekorasi hiasan dalaman seringkas anda mewarna lukisan .
2. Palet putih tidak semestinya dipadankan dengan perabot kayu jati . Mainan rona alam seperti coklat , kelabu dan hijau gelap untuk aksesori atau kertas dinding pada dinding tumpu mengundang kelainan .
3. Elakkan membeli set perabot berangkai seperti set sofa 1+2+3 . Hadirkan elemen berbeza pada setiap sentuhan perabot . Cuba mix and match supaya ruang tidak kelihatan terlalu keras .
4. Gunakan hanya satu konsep buat keseluruhan kediaman . Ini membuatkan kediaman kelihatan lebih teratur serta mengelakkan konsep caca marba .
5. Hadirkan bunga - bungaan segar untuk menghidupkan ruang sekaligus menerbitkan aura seri glamor kediaman .
Aura Seri Pelengkap Gaya Scandinavian :-
|
[ Scandinavian Country ] [Scandinavian Kontemporari / Moden ] [Scandinavian Minimalis] |
Warna Sinonim Gaya Scandinavian :-
Putih & Kelabu
Warna yang sangat popular kepada yang berjiwa maskulin . Putih membawa erti bersih dan suci . Kelabu dikaitkan dengan dunia industri atau sesuatu yang kusam , kotor dan lasak .
Gandingan yang menarik memperlihatkan ilham pudar , berkabut , keras , erti kelelakian sejati dan polos . Ia juga memberi satu erti yang mana rekaan itu mampu berdiri dengan sendirinya tanpa ada pengaruh warna yang agak keterlaluan .
Karektor :
Tegas , teguh , ringkas dan berterus terang .
DIY : DECO : DAPUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan