KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Februari 06, 2012

KESAN PERSONALITI DARI GAYA BERPAKAIAN

Dalam bidang komunikasi terdapat istilah komunikasi objek iaitu istilah lain bagi 'objektiks' . Istilah ini merujuk kepada semua jenis benda - benda fizikal . 

Ianya terdiri daripada pakaian yang kita pakai hinggalah kepada kereta yang kita miliki. Benda - benda yang kita gunakan , pakai dan makan , semuanya boleh memberitahu siapa diri kita . Semuanya termasuk buku - buku yang kita baca , barang kemas yang kita pakai , rumah di mana kita tinggal , perabot yang kita beli , muzik yang kita dengar , pokok - pokok yang kita tanam dan lain - lain lagi yang berunsur peribadi dan kita sebagai pemiliknya . 

Haisss....cerita tentang apa pulak ni...suspennya. Takut pulak iye nak keluar rumah kalau camni. . hehe. . .sebab apa, , , , ' orang nanti boleh tahu rahsia kita hasil kesan daripada apa yang kita tonjolkan. Bukannya nak riak' ya , Jangan salah faham pulak nanti...kesian saya buat topik sekadar nak berkongsi aje. . . Okey sambung balik. . .makanya . . . ' Mata - mata nakal memandang dengan pandangan keburukan atau kebaikan . *Impak maksima.

Tak faham ya. ?? nanti saya baca satu - satu . Okey saya sebut satu persatu . Mohon dipermudahkan .

" Siapa diri kita sangat mempengaruhi layanan yang kita terima daripada orang - orang lain . Jikalau orang lain memandang diri kita seorang yang baik , mereka akan bercakap kepada kita dengan cara - cara yang baik . Betul tak ?? Ada pengalaman tak ??

Pernah tak anda pada hari - hari tertentu mood anda macam nak keluar tapi bercampur dengan perasaan malas. Pelik kan? Nak keluar tapi malassss. . .malas pasal apa. . . .*bersebab. . . . 'malas pikir apa nak pakai. . . .haisss. . . Itu bab lain. . . .

Sambung cerita tadi. . . ' Oleh itu adalah sangat penting supaya kita memahami beberapa faktor yang menyebabkan orang - orang lain memandang kita begitu ataupun begini . Apabila kita sudah memahami perkara itu , maka kita akan dapat memperbaiki cara - cara kita menampilkan diri supaya orang - orang yang belum kenal kita akan memahami kita dengan cara yang kita mahukan .

MasyaAllah....boringnya topik ni. Apasal pulak kita nak buat ikut apa pandangan orang kepada kita ??      " Aku adalah aku " . Aku pakai apa yang aku suka pakai , naper pulak nak ikut - ikut perspektif orang lain pulak. . .huh susah tul la hidup ni ". . . , , , *Subhanallah , ' adikk. . . .adik tak patut cakap gitu. Cuba adik pikir , *Pakaian kita adalah lambang peribadi kita , ISLAM kah kita kalau ikut suka hapa nak pakai dot dot dot dot. . . .  - abaikan. . . . ( Isu Sensitif )

Pakaian , kemasan diri dan penampilan selalu sahaja dijadikan asas bagaimana orang lain mentafsirkan diri kita , terutama sekali apabila mereka memandang kita buat kali pertama . Tafsiran itu selalunya kekal lama , tidak berubah - ubah .

Contoh :-
Cara kita menjaga dan menyikat rambut pun boleh dibaca . Perempuan yang menggunakan stail rambut menggerbang akan dibaca berlainan daripada mereka yang berambut pendek . Lelaki yang berambut panjang dan yang berambut pendek juga akan dibaca dengan tafsiran yang berlainan .

STATUS
Status adalah salah satu daripada pelbagai ciri yang kita miliki . Ada orang mempunyai status yang tinggi dan ada orang yang kurang tinggi statusnya . Selain daripada ketinggian badan , dua faktor lain yang mempengaruhi anggapan kuasa dan status ialah  pakaian dan benda - benda yang kita miliki .

Banyak pakaian , walaupun mahal ; tidak melambangkan kuasa ilmu , kepakaran , kemahiran dan hak membuat keputusan .
Pilihlah kasut , jam tangan , tali leher dan lain - lain artifak daripada jenis yang melambangkan kuasa yang kita mahu . Banyak artifak adalah lambang orang yang memakainya memiliki banyak wang , tetapi ia bukan lambang kuasa membuat keputusan / kuasa ilmu dan kepakaran . Jadi hati - hati apabila memilih simbol - simbol kuasa . Pastikan dahulu apakah jenis kuasa yang hendak kita tonjolkan , kemudian baru pilih lambang yang betul .

Contoh Simbol Ilmu dan Kepakaran :-
Baju lengan panjang bersaiz longgar , berwarna putih / keputih -putihan , tali leher jalur , seluar panjang hitam / biru tua potongan berkelim pada pinggang , tali pinggang kulit , stoking hitam / biru tua dan kasut bertali . Jam tangan fesyen konvensional ; berbingkai logam , bulat , berangka romawi ( I , II , III ) dan bertali kulit .

Kajian telah dibuat berdasarkan kaitan antara pakaian dan peribadi .

Orang -orang yang sangat teliti dengan pakaian mereka  adalah :-
Orang - orang yang mudah patuh kepada arahan dan mengambil berat apa kata orang - orang lain . 

Orang - orang yang agresif  dan tidak pedulikan pendapat orang lain adalah :-
Orang - orang yang tidak berapa teliti pada pakaian mereka .

Orang - orang yang gemar memakai T-shirt , seluar jean dan kasut kanvas adalah :-
Orang - orang yang sentiasa suka berhati muda dan remaja . Mereka orang yang hidup mudah , tidak penuh kepura - puraan dan suka kepada keseronokan . Tetapi mereka juga suka memberontak dan kepala angin / moody . Mereka tidak suka dikongkong dan sangat mementingkan kebebasan mereka sebagai individu . Mereka suka pasangan yang pandai memanjakan dirinya . 

Orang - orang yang selesa memakai pakaian seragam syarikat / jabatan :-
 Orang - orang yang suka berpegang kepada nilai - nilai tradisional . Mereka pandai bekerjasama dengan orang - orang lain . Mereka suka bercampur gaul dengan orang - orang yang seperti mereka juga . Mereka tidak suka kepada orang - orang yang terlalu mementingkan kebebasan peribadi .

Orang - orang yang kadang - kadang berpakaian kemas tetapi tiba - tiba suatu hari berpakaian selekeh:-
Orang - orang seperti ini berpakaian ikut citarasa dan emosi mereka . Mereka mementingkan hati dan perasaan mereka sendiri lebih daripada hati dan perasaan orang lain . 

Orang - orang yang suka membeli dan memakai pakaian berjenama mahal :-
Orang - orang yang mementingkan status . Mereka mementingkan apa orang lain kata terhadap diri mereka . Mereka itu tidak pandai menerima diri sendiri sebagaimana adanya . Oleh kerana mereka mengambil berat mengenai apa orang lain kata , mereka juga gemar mengata orang .

Orang - orang yang berani memakai pakaian yang garang , lain daripada yang lain , dan tidak menyerupai orang lain daripada segi potongan dan gabungan warnanya :-
Orang - orang yang mempunyai banyak tenaga dalaman dan penuh emosi . Mereka suka menjadi perhatian orang . Mereka berjiwa seni dan sangat mengutamakan kebebasan individu . Mereka berjiwa sensitif , suka menunjukkan sikap terbuka dan berterus - terang .

Orang - orang yang pakaian / barang bersepah  - sepah dalam bilik tidur , pejabat / dalam keretanya :-
Tidak suka kepada peraturan - peraturan yang menyekat kebebasan . Mereka mempunyai sedikit sikap tidak suka kepada tanggungjawab . Mereka tidak suka menyusah - nyusahkan hidupnya dengan mengambil berat perkara - perkara kecil dan remeh - temeh . Mereka mempunyai banyak semangat hidup dan menyukai kehidupan . 

Seseorang yang menyimpan banyak pasang kasut , lebih daripada biasa , ialah :-
Seorang yang hatinya sukar dipuaskan . Tidak pernah puas dengan apa yang diterimanya . Tidak puas dengan apa yang sudah dimilikinya dan tidak puas dengan apa yang diterimanya daripada orang lain. 

Seseorang yang memakai / menyimpan satu / dua pasang kasut sahaja :-
Orang yang tidak boros . Mereka orang yang setia dan tidak suka berubah - ubah fikiran dan citarasa. Mereka tahu apa yang penting dan apa yang tidak penting dan mereka tidak suka terikut - ikut orang lain . 

Orang yang suka memakai kaca mata yang gelap  
Dianggap orang yang menyembunyikan sesuatu mengenai diri mereka . 

Orang yang memakai kaca mata berbingkai hitam
Dianggap seorang yang terpelajar dan berdisiplin . 




Walau bagaimanapun, " Jangan menilai isi buku berdasarkan kulitnya . Pepatah tersebut memang benar cuma realitinya , lazimnya penampilan kita sangat menentukan apa yang orang - orang lain fikirkan mengenai diri kita .

Daripada pakaian yang kita pakai orang akan tafsir siapa kita . Mereka cuba meneka taraf kita di dalam masyarakat , pendidikan kita , sikap , nilai , gaya hidup kita dan terpenting sekali Agama kita .
Malah mereka cuba meneka sejauh mana kita seorang yang menghormati adat dan budaya kita . Dengan lain maksud , mereka cuba meneka adakah kita seorang yang cekap , mahir , serius dan bercita - cita tinggi . . . . . SEMUANYA DARIPADA CARA KITA BERPAKAIAN .

Jangan bimbang dan jangan gundah gulana kerana yang terbaik adalah kita di sisi Yang Maha Esa . Bersederhana itu adalah terbaik . Kerana dunia pinjaman semata . Tidak salah berpakaian indah asal saja tiada pembaziran dari sudut agama dan penekanan harus disebut disini iaitu FIKIR DAHULU SEBELUM PAKAI , UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI , AURAT WANITA WAJIB DIJAGA .

Selamat Berhijrah dan Salam Maulidur-Rasul .

Tiada ulasan:



NetOops protected image