Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri itu : Silakan masuk, silakan... Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak : Pencuri! Tolong tolong...! Saya dicuri!
Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya.
Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!
Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?
Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu selamanya akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.
Cita-cita wanita tertinggi adalah PERKAHWINAN. Bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan, karier, populariti, prestasinya, namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.
Tidak ada seorang pun lelaki yang mahu menikahi ".............", sekalipun ia lelaki hidung belang. Apabila akan berumah tangga ia tetap akan memilih wanita yang baik, kerana ia tidak rela suri rumah tangganya dan ibu kepada putera dan puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.
Demi untuk berubah mengembalikan wanita kini menjadi keperibadian Muslimah yang benar, kembalilah ke jalan yang benar walau setapak demi setapak, sebagaimana mereka telah berusaha membina kerosakan ini sedikit demi sedikit.
Perbaikan tersebut tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu singkat, melainkan dengan kembali ke jalan yang benar walaupun jalan itu sekarang nampaknya amat jauh, namun ianya tidak menjadi soal. Orang yang tidak mahu menempuh jalan yang hanya satu-satunya ini, tidak mungkin akan sampai.
Kita mulai dengan membanteras pergaulan bebas. Ingatlah, seorang wanita menutup aurat tidak bererti ia sudah selamat dan boleh bergaul dengan lelaki yang bukan mahramnya dengan bebas, kecuali semuanya itu ada batas dan sempadannya.
Jangan lupa bahawa Allah menjadikannya seorang wanita dan pasangannya adalah lelaki, yang mana satu dengan lainnya amat saling terangsang. Baik wanita, lelaki, atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu mengubah keindahan ciptaan Allah ini, menafikannya atau menghapus tarikan dari dalam jiwa mereka. Ianya adalah keperluan bagi semua manusia, namun disalurkan pada jalan yang betul menurut syariat Allah.
Mereka yang menggembar-gemburkan kebebasan dan pergaulan bebas atas dasar kemajuan adalah pembohong, dilihat pada dua sebab :
Pertama: Kerana mereka lakukannya untuk kepuasan diri sendiri, memberikan kenikmatan melihat anggota badan yang terbuka dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan. Akan tetapi mereka tidak berani berterus-terang, oleh kerana itu mereka berselindung di sebalik kalimat kemajuan, modernisasi, hak asasi dan pelbagai ungkapan lain.
Kedua: Kerana mereka berpaksi kepada Barat, bagaikan kiblat, seolah-olah kebenaran adalah apa yang datang dari sana, dari Paris, London dan New York, yang berupa tari menari, pergaulan bebas di pusat-pusat pengajian, mendedah aurat dalam khalayak, di pantai, di kolam renang. Kebatilan menurut mereka adalah segala sesuatu yang datangnya dari Timur, sekolah-sekolah Islam dan masjid-masjid, walaupun berupa kehormatan, kemuliaan, kesucian dan keamanan. Kata mereka, pergaulan bebas itu dapat mengurangi nafsu berahi, mendidik watak dan dapat menekan libido seksual.
MasyaAllah!
Kehormatanmu terletak di tanganmu.
Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu...
Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.
Sumber
|
Mata terpejam
untuk ku tahan
tangis ku linang
berpanjangan
makin ku lawan
makin ku ronta
tangis ku luruh bercucuran
untuk ku tahan
tangis ku linang
berpanjangan
makin ku lawan
makin ku ronta
tangis ku luruh bercucuran
Berkilau cahaya
di ufuk pandangan
masih ku nampakkan
wajahmu..
yang terindu – rindukan
di ufuk pandangan
masih ku nampakkan
wajahmu..
yang terindu – rindukan
Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
Makin ku lawan, makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan
tangis ku tangis
berlarutan
Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu.. tak lagi ku akan…
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu.. tak lagi ku akan…
Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya…
tak pernah ku agungkan….
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya…
tak pernah ku agungkan….
Makin ku pejam
makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan
makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan
Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu tak lagi ku akan
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu tak lagi ku akan
Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya…
tak pernah ku agungkan….
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya…
tak pernah ku agungkan….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan