KALAM HIKMAH

Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

Perbanyakkanlah mengucap La haulawala quwwata illa billah, kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan, dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Dzat Yang Maha Kuasa.

Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Maniskanlah wajah anda kepada siapa saja, nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata anda, pasti mereka akan mencintai anda. Dan tawadhu'lah terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati anda.

Lihatlah orang yang lebih rendah dari anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya.

Carilah rezeki yang halal, dan jauhilah rezeki yang haram dan janganlah anda meminta-minta kepada yang lain. Berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai. Gandakan harta anda dengan berniaga, dan hiduplah dengan kesederhanaan.

Janganlah marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah budi pekerti, memperburukkan pergaulan, menghancurkan kasih-sayang, dan memutuskan tali silaturrahim.

Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain, maka perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka memperlakukan anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka.

Berbincang dengan teman dapat menghilangkan kesedihan. Bersenda gurau dapat menciptakan suasana santai. Mendengarkan syair dapat menenangkan hati.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya, membantu kesulitan anda, ikut prihatin dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia anda.


KATA MOTIVASI

Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Mei 15, 2011

TAHU TAUHU

Saje-saje... disebabkan suka sangat makan tauhu goreng, makanya saya rasa apalah salah andai diselitkan sedikit info berkenaannya disini. Sebut 'tauhu goreng' bunyinya cam kolestrol tinggi jgk tu nk mkn pun menung/fikir dua tiga kali dulu yea? hehee...




Kelebihan Tauhu
>zat minyak omega 3
ia membantu menurunkan kadar kolestrol dan kaya protein & asid amino.

>mempunyai kandungan vitamin A, B, E, kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium.

TAUHU BANTU CEGAH KANSER

Tauhu merupakan produk kacang soya yang sangat penting kerana mengandungi nilai gizi tinggi.
Kajian terhadap wanita Jepun memperlihatkan peratusan risiko kanser payudara rendah kerana pengambilan tauhu dan kacang soya yang tinggi di sana. Malah, hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika membuktikan bahawa lelaki yang gemarkan susu kacang soya dapat mengurangkan risiko pengembangan kanser prostat sebanyak 70 peratus berbanding mereka yang tidak menggemarinya. Hal ini disebabkan oleh kandungan isoflavon yang terdapat di dalam tauhu dan kacang soya mampu melawan kanser dan kesan fitoestrogen.


Bukannya nk mula beralih ke topik resepi pula....saya tidaklah pandai keluarkan N3 'masak-masak' ni cuma nk berkongsi cara-cara menyedapkan lagi tauhu yg lazimnya kurang digemari kerana rasanya dan teksturnya yg lembik.
Ok, tanpa panjang lebar saya uploadkan foto cara-caranya yg mudah aje, anak-anak saya pun suka makan...lega!


tumbuk 1 sudu kecil garam + lada putih & lada hitam -sbyk mana sukahati (saya import sarawak punyer)



sebati/lumat.....




pukul telur 1 biji, satukan bahan tumbuk tadi....pukul rata/sebati....



celup tauhu (belah dua), kemudian goreng....


siap upload goreng lagi...overnya..hehee (sukar nk citer pjg lebar) mudah begini...
dah tu tunggu aje masak, satgi siap...boleh terus hidang, taburkan lebihan serbuk lada tumbuk tadi..




beginilah rupanya...nanti upload satu lagi yang ni cam 'blur' sikit...



sedap juga dicampur dalam masakan sup sayur atau apa saja...


Untuk guru-guru/ibu2 pendidik dirumah juga tidak dilupakan....

'SELAMAT HARI GURU'
sinsan
sensei
 Jasamu di kenang dunia akhirat.

Tiada ulasan:



NetOops protected image